[Fikrul Islam] Persoalan Terkait Pelbagai Parti/Jemaah Islam (Bahagian 3/4)
Penulis: Ahmad Mahmud
Jama’ah al-muslimin adalah umat Islam yang disatukan dan dipersaudarakan oleh akidah Islam dan bukan oleh hukum-hukum syariat. Jadi, umat Islam mungkin saja berbeza pendapat dalam berbagai perkara cabang (furu’), tetapi perbezaan itu tidak akan menafikan persaudaraan mereka.
Andaikan hukum-hukum syariat menjadi standar persaudaraan umat Islam, seorang muslim boleh jadi tidak akan bersaudara dengan muslim lainnya. Sebaliknya, siapa saja—baik individu maupun jemaah dari kalangan umat Islam—yang keluar dari akidah mereka, maka dia dianggap telah keluar dari jama’ah al-muslimin dan ia akan terlempar ke dalam neraka.
Pengertian separti inilah yang dimaksud oleh hadis Nabi saw. yang berbunyi,
التاريخ لدينه المفارق للجماعة
“Orang yang meninggalkan agamanya adalah orang yang berpisah dari jemaah.” (HR Bukhari dan Muslim)
Maksudnya, seorang muslim yang meninggalkan agamanya tidak lagi termasuk jama’ah al-muslimin. Pengertian ini pula yang dimaksud oleh hadis Rasulullah saw. berikut,
وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله؟ قال ما أنا عليه وصحابي
“Umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, semuanya ada di neraka, kecuali satu.” Mereka bertanya, “Golongan manakah itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Golongan yang mengikutiku dan para sahabatku.” (HR. Abu Dawud, Turmudzi, lbnu Majah, dan Ahmad bin Hanbal)
Sebagai jemaah, umat Islam adalah umat yang satu; tidak separti umat-umat lainnya. Umat Islam sekufu (setara) dalam darah dan harta mereka. Orang yang dianggap paling rendah di antara mereka sama dengan orang yang dianggap paling tinggi di tengah mereka. Mereka itu merupakan satu tangan, meskipun pemahaman mereka beragam dan hasil ijtihad mereka berbeza-beza.
Dengan demikian, ada perbezaan yang jauh antara jama’ah al-muslimin dengan jama’ah min al-muslimin. Jadi, keliru besar jika kita menerapkan dalil untuk jama’ah al-muslimin pada jama’ah min al-muslimin.
Allah Swt. berfirman,
إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
“Sesungguhnya umat kalian ini adalah umat yang satu dan Akulah Tuhan kalian semua. Oleh kerana itu, hendaklah kalian menyembah-Ku.” [TMQ Al-Anbiya’ (21): 92]
وَإِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ
“Sesungguhnya umat kalian ini adalah umat yang satu dan Akulah Tuhan kalian semua Oleh kerana itu, hendaklah kalian bertakwa kepada-Ku.” [TMQ AI-Mukminun (23): 52]
Nabi saw juga bersabda,
“Perumpamaan orang-orang yang beriman di dalam kasih sayang di antara mereka adalah separti satu tubuh: jika salah satu anggotanya sakit, seluruh tubuh akan merasakan demam dan tidak boleh tidur.” (HR Bukhari, Muslim, dan Ahmad)
Nas-nas di atas memberi maksud bahawa umat Islam dengan seluruh komponen yang ada di dalamnya bukan merupakan salah satu jemaah Islam (jama’ah min al-muslimin). Jika suatu jemaah mendakwa dirinya sebagai jama’ah al-muslimin, maka dakwaan tersebut merupakan kesalahan besar dan merupakan pemahaman yang pelik.
Dakwaan tersebut akan mengakibatkan hal-hal yang berbahaya, separti menganggap orang yang tidak bergabung dengan mereka sebagai orang yang tidak ikut serta dalam ukhuwah bersama mereka; sebagai orang yang meninggalkan agamanya dan keluar dari jemaah; atau sebagai orang yang akan terjerumus ke dalam neraka.
Mereka yang mengharamkan kepelbagaian parti/jemaah dari tubuh umat lslam berdalih dengan ayat-ayat berikut,
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
“Janganlah kalian menjadi separti orang-orang yang berpecah-belah dan berselisih setelah datang kepada mereka beberapa bukti yang nyata. Mereka itulah orang-orang yang layak mendapatkan azab yang pedih.” [TMQ Ali ‘Imran (3): 105]
إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikit pun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.” [TMQ AI-An’am (6): 159]
Dalil-dalil ini tidak relevan dengan realiti yang dimaksudkannya. Dua ayat ini tidak ada kaitannya sama sekali dengan banyaknya parti/jemaah. Topik yang dibahas oleh dua ayat ini adalah akidah, tidak berhubungan secara langsung dengan hukum-hukum syariat. Tafsirnya, “Janganlah kalian separti orang-orang yang melepaskan diri dari agama mereka dan berbeza pendapat tentangnya setelah datang kepada kalian bayyinat, iaitu akidah-akidah yang jelas dan bukti-bukti yang tegas (qathie). Yang dimaksud dengan mereka di sini adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani.”
Bahkan, Imam Al-Baydhawi, ketika menafsirkan ayat yang ertinya, “Janganlah kalian berselisih dan bercerai-berai [TMQ Ali ‘Imran (3): 105],” menyatakan demikian, “Maksudnya adalah separti orang-orang Yahudi dan Nasrani yang berselisih dalam masalah tauhid, penyucian Allah, dan beberapa keadaan alam akhirat; sementara mereka telah mengetahui—setelah datang kepada mereka bukti-bukti—berbagai tanda dan hujah yang menjelaskan kebenaran yang wajib mereka sepakati. Tampak jelas bahawa larangan di dalam ayat ini khusus ditujukan pada perbezaan pendapat dalam masalah ushul, bukan masalah furu’, berdasarkan sabda Rasulullah saw. yang menyatakan”,
“Siapa saja yang berijtihad dan ijtihadnya benar, maka baginya dua pahala, sedangkan jika ijtihadnya salah, maka baginya satu pahala.”
Potongan ayat yang ertinya, “Mereka itulah yang akan mendapatkan azab yang berat,” merupakan ancaman bagi orang-orang yang berpecah-belah dan bagi orang-orang yang menyerupai mereka. Demikianlah pernyataan Al-Baydhawi.
Perbezaan satu parti Islam dengan parti Islam lainnya bukanlah dalam masalah akidah, tetapi dalam masalah hukum-hukum syariat. Oleh kerana itu, ayat ini telah mengeluarkan orang yang akidahnya bertentangan dengan akidah umat Islam—bukan orang yang berbeza dalam masalah hukum-hukum syariat— dan agama lain. Ayat ini tidak ada kaitannya sama sekali dengan topik terkait perbezaan ijtihad.
Apabila dikatakan bahawa ayat ini bersifat umum, sedangkan hukum yang diambil adalah berdasarkan keumuman lafaznya dan bukan kerana kekhususan sebabnya, maka kami mengatakan bahawa keumuman dalam ayat ini tidak melampaui topik yang dibicarakan ayat ini.
Ayat ini umum mencakup semua pelanggaran dalam masalah akidah, bukan dalam masalah selain akidah. Ini dari satu sisi. Dari sisi lain, pemahaman mereka bertentangan dengan hadis-hadis yang membolehkan perbezaan pendapat dalam ijtihad. Dari segi lainnya lagi, pemahaman mereka tentang mufaraqah yang sebenarnya dimaknai sebagai mufaraqah dari agama.
Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam
#fikrulislam #partipolitik #jemaahislam #harakahislam #pemikiranislam
Bersambung bahagian 4/4 : https://wp.me/pdmUzG-1r2
Lihat juga bahagian 2/4 : https://wp.me/pdmUzG-1qP