[Soal Jawab] Hukum Kedai Makan dengan Ketetapan “Makan Sepuasnya Bayar Seikhlasnya”
Oleh: K.H. M. Shiddiq al-Jawi
Soalan:
Ustaz, bolehkah kedai makan membuat ketentuan pembelinya bisa “makan sepuasnya, bayar seikhlasnya”? (Amir Thohar al-Hajjam, Solo)
Jawapan:
Boleh hukumnya kedai makan menetapkan “makan sepuasnya dan bayar seikhlasnya” dengan 2 (dua) syarat:
Pertama, akad tersebut dilakukan secara suka sama suka antara dua pihak (‘an tarâdhin) (lihat Surah An-Nisâ` ayat 29).
Kedua, penjual dan pembeli memenuhi ketentuan ahliyyah at tabarru’ (mahir hukum berakad tabarru’/sosial).
Mengenai bolehnya “makan sepuasnya dan bayar seikhlasnya”, didasarkan pada 2 (dua) alasan sebagai berikut:
Pertama, bolehnya bersedekah. Jadi ketika penjual menetapkan pembeli boleh makan sepuasnya dengan membayar seikhlasnya, sebenarnya penjual itu telah menyedekahkan sebahagian makanan miliknya kepada pembeli. Padahal sudah diketahui sedekah hukumnya boleh, bahkan disunnahkan (mustahab) dalam syariat Islam. (Mushthofa Al Khin dkk, Al Fiqh Al Manhajî, Damaskus: Darul Qalam, 1992, Juz VI, hlm.117).
Banyak dalil yang mensyariatkan sedekah termasuk bersedekah dalam bentuk makanan, di antaranya sabda Rasulullah saw.,
يا نساء المسلمات، لا تَحقرنَّ جارة لجارتها، ولو فِرسِن شاة
“Wahai para wanita muslimah, janganlah seorang muslimah meremehkan kebaikan muslimah tetangganya, walaupun tetangganya itu hanya memberikan tulang kambing dengan sedikit daging (firsina syâth).” (HR Bukhari No. 2427; Muslim No. 1030).
Kedua, bolehnya melepaskan hak (at tanâzul ‘an al haq) bagi pihak yang sebenarnya mempunyai suatu hak.
Yang dimaksud pelepasan hak (at tanâzul ‘an al haq) adalah tindakan seseorang meninggalkan hak yang telah ditetapkan syariat baginya, yang hak itu dapat dia tinggalkan atau dia ambil. (tarku al mar`i haqqan tsâbitan lahu syar’an, qâbilan li at tarki aw tamlîkihi lahu). (Hâzim Ismâ’îl Jâdullah, At Tanâzul ‘an Al Haq wa Al Rujû’ ‘anhu wa Atsaruhu fi Al Furû’ Al Fiqhiyyah, hlm. 27).
Secara umumnya, syariat Islam membenarkan pelepasan hak (at tanâzul ‘an al haq). Misalnya, syarak membenarkan wanita melepaskan hak maharnya atau nafkahnya atas suaminya, sehingga dia rela mendapatkan mahar atau nafkah yang sedikit. (Muhammad Ya’qûb Muhammad Ad Dahlawî, Huqūq Al Mar`ah Al Zaujiyyah wa At Tanâzul ‘anha, hlm. 77).
Contoh lain, syarak juga membenarkan seorang pemberi hutang (creditor) membebaskan hutang pemiutangnya (debitor), baik sebahagian mahupun semua hutang. (lihat Surah Al-Baqarah ayat 280).
Syarak juga membenarkan apa yang disebut takhâruj dalam masalah waris, iaitu tindakan seorang ahli waris untuk tidak mengambil hak warisnya.
Syarak juga membenarkan keluarga mangsa dalam kes pembunuhan tidak sengaja (al qatl al khatha`) untuk tidak mengambil diat (tebusan) yang seharusnya dibayar pembunuh kepada keluarga mangsa. (lihat Surah An-Nisâ` ayat 92). Demikianlah, banyak dalil yang membenarkan pelepasan hak (at tanâzul ‘an al haq) dalam Islam.
Oleh kerana itu, dalam kes yang ditanyakan di atas, penjual yang sebenarnya mempunyai hak untuk meminta harga dari makanan yang dijualnya, boleh melepaskan haknya tersebut dengan menyerahkan kepada pembeli untuk membayar dengan harga berapa pun, walaupun harganya mungkin sangat rendah.
Sebahagian ulama ada yang mengharamkan kedai makan dengan ketentuan “makan sepuasnya dan bayar seikhlasnya”. Alasannya, berlaku gharar (ketidakpastian) dalam jual beli yang telah dilarang oleh syariat.
Pendapat ini tidak dapat diterima, kerana meskipun berlaku gharar, tetapi gharar dalam akad tabarru’ât, iaitu akad yang tidak dimaksudkan untuk mencari keuntungan, tidaklah membatalkan akad yang ada. Kaedah fikih menyebutkan,
يغتفر الغرر في التبرعات ما لا يغتفر في المعاوضات
Yughtafaru al gharar fî at tabarru’ât mâ lâ yughtafaru fî al mu’âwadhât (dapat dipertimbangkan akan berlakunya gharar dalam tabarru’ât, namun tidak dapat dipertimbangkan berlakunya gharar dalam mu’âwadhât [akad komersial untuk mencari keuntungan]). (Imam Al-Qarâfi, Al Furûq, Juz I, hlm. 151; Shiddiq al-Dharir, Al Gharar wa Atsaruhu fî Al ‘Uqûd, hlm. 525; Husâmudîn ‘Ifânah, Yas`alûnaka, 17/218). Wallahualam.
#soaljawab #hukumfikh #kedaimakan #jualbeli