[Soal-Jawab] Ketentuan Menjamak Solat di Musim Dingin
Soalan:
Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuhu.
Syaikhuna al-habib, saya memohon perkenan anda untuk menjelaskan hukum-hukum menjamak solat pada musim dingin, dan apakah ketentuan untuk jamak tersebut? Dan apakah hawa dingin tanpa angin yang keras merupakan uzur yang memperbolehkan jamak? Dan apakah jika hujan berhenti sebelum istirehatnya rukhsah memperbolehkan jamak?
Berilah jawapan kepada kami secara terperinci. Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepada anda.
(Yahya Walid Junainah )
Jawapan:
Wa’alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuhu.
Sebagaimana anda ketahui bahawa kami tidak mengadopsi dalam ibadah kecuali dalam perkara yang memiliki hubungan dengan kesatuan umat dan semacamnya. Semua itu menurut sebab-sebab syarie misalnya dalam soal Eid (Hari Raya) dan zakat …Tetapi akan saya kutipkan untuk anda hukum-hukum solat yang berkaitan dengan pertanyan anda. Perkara terkait hal tersebut dari kitab Ahkâm ash-Shalâti yang telah diterbitkan oleh Hizb dengan nama ‘Ali Raghib, dan itu bukan mutabannat tetapi apa yang ada di dalamnya memiliki dalil-dalil yang muktabar.
[Jamak di antara solat …
- Boleh menjamak antara Zuhur dan Asar dan antara Maghrib dan Isyak dalam perjalanan (safar) yang di dalamnya solat boleh di-qasar. Dan tidak boleh menjamak antara Asar dan Maghrib dan tidak pula antara Isyak dan Subuh, dan tidak pula antara Subuh dan Zuhur. Hal itu kerana Ibnu Umar ra. meriwayatkan, dia berkata:
«كَانَ رَسُولُ اللهِ ﷺ إِذَا جَدَّ بِهِ السَّيْرُ جَمَعَ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ»
“Rasulullah saw jika bersiap berjalan (melakukan safar), beliau menjamak antara Maghrib dan Isyak”.
Dan Anas ra, meriwayatkan bahawa Nabi saw:
«كَانَ يَجْمَعُ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ»
“Beliau menjamak antara Zuhur dan Asar”.
Dan tidak diriwayatkan dari beliau bahawa beliau menjamak solat pada selain kedua keadaan itu iaitu Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Ibadah adalah bersifat tawqifiyah, di dalamnya dibatasi pada apa yang dinyatakan oleh nas dan berhenti pada batasnya. Jadi tidak boleh menjamak pada selain solat yang dinyatakan oleh nas, dan boleh menjamak antara keduanya yakni Zuhur dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak, baik jamak taqdim atau jamak ta`khir. Jadi boleh menjamak keduanya pada waktu yang pertama, dan boleh juga pada waktu yang kedua. Hanya saja, jika jatuh pada waktu pertama, maka yang lebih afdhal adalah memajukan yang kedua ke waktu yang pertama. Dan jika sedang berjalan, maka yang lebih afdhal adalah mengakhirkan yang pertama ke dalam waktu yang kedua. Hal itu kerana apa yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra:
«أَلاَ أُخْبِرُكُمْ عَنْ صَلاَةِ رَسُول اللَّهِ ﷺ؟ إِذَا زَالَتِ الشَّمْسُ وَهُوَ فِي الْمَنْزِل قَدَّمَ الْعَصْرَ إِلَى وَقْتِ الظُّهْرِ وَيَجْمَعُ بَيْنَهُمَا فِي الزَّوَال، وَإِذَا سَافَرَ قَبْل الزَّوَال أَخَّرَ الظُّهْرَ إِلَى وَقْتِ الْعَصْرِ ثُمَّ جَمَعَ بَيْنَهُمَا فِي وَقْتِ الْعَصْرِ»
“Mahukah aku beritahu kalian tentang solat Rasulullah saw? Jika matahari telah tergelincir dan beliau di rumah maka beliau memajukan Asar ke waktu Zuhur dan menjamak keduanya di waktu (setelah) tergelincir matahari. Dan jika beliau berjalan (safar) sebelum tergelincir matahari maka beliau mengakhirkan Zuhur ke waktu Asar kemudian menjamak keduanya di waktu Asar”.
Dan hendaklah berniat jamak ketika memulai solat yang pertama dan mengikuti di antara keduanya dalam jamak taqdim. Dan jika dia menjamak dengan jamak taqdim dan dia telah sampai tempat mukimnya, dan dia mukim sebelum berlalunya waktu solat yang kedua, maka jika dia telah menyempurnakan kedua solat itu, sah lah jamak tersebut, dan jika tidak maka yang sah hanya solat yang telah dia sempurnakan saja.
2- Jamak dalam solat itu ditetapkan dengan as-sunnah yang sahih. Dari Anas ra., ia berkata:
«كَانَ رَسُولُ اللهِ ﷺ إِذَا ارْتَحَلَ قَبْلَ أَنْ تَزِيغَ الشَّمْسُ أَخَّرَ الظُّهْرَ إِلَى وَقْتِ الْعَصْرِ، ثُمَّ نَزَلَ فَجَمَعَ بَيْنَهُمَا، فَإِنْ زَاغَتِ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَرْتَحِلَ صَلَّى الظُّهْرَ ثُمَّ رَكِبَ»
“Rasulullah saw jika berangkat sebelum matahari tergelincir, beliau mengakhirkan Zuhur ke waktu Asar, kemudian beliau turun dan menjamak keduanya. Dan jika matahari telah tergelincir sebelum beliau berangkat maka beliau solat Zuhur kemudian naik haiwan tunggangan”.
Dan dari Anas dari Nabi saw:
«أَنَّهُ إِذَا عَجِلَ عَلَيْهِ السَّفَرُ يُؤَخِّرُ الظُّهْرَ إِلَى أَوَّلِ وَقْتِ الْعَصْرِ فَيَجْمَعُ بَيْنَهُمَا، وَيُؤَخِّرُ الْمَغْرِبَ حَتَّى يَجْمَعَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ الْعِشَاءِ حِينَ يَغِيبُ الشَّفَقُ»
“Bahawa beliau jika menyegerakan perjalanan, beliau mengakhirkan Zuhur ke awal waktu Asar dan menjamak keduanya, dan beliau mengakhirkan Maghrib sampai menjamak keduanya (Maghrib dan Isyak) ketika semburat ufuk merah telah hilang (yakni masuk waktu Isyak)”.
Dan dari Mu’adz ra. bahawa Rasulullah saw:
«كَانَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ إِذَا زَاغَتِ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَرْتَحِلَ جَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَإِنِ ارْتَحَلَ قَبْلَ أَنْ تَزِيغَ الشَّمْسُ أَخَّرَ الظُّهْرَ حَتَّى يَنْزِلَ لِلْعَصْرِ، وَفِي الْمَغْرِبِ مِثْلُ ذَلِكَ؛ إِنْ غَابَتِ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَرْتَحِلَ جَمَعَ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ، وَإِنِ ارْتَحَلَ قَبْلَ أَنْ تَغِيبَ الشَّمْسُ أَخَّرَ الْمَغْرِبَ حَتَّى يَنْزِلَ لِلْعِشَاءِ ثُمَّ جَمَعَ بَيْنَهُمَا»
“Rasulullah saw pada perang Tabuk, jika matahari telah tergelincir sebelum beliau berangkat maka beliau menjamak Zuhur dan Asar. Dan jika beliau berangkat sebelum matahari tergelincir maka beliau mengakhirkan Zuhur sampai masuk waktu Asar. Dan pada Maghrib semisal itu. Jika matahari telah tenggelam sebelum beliau berangkat maka beliau menjamak Maghrib dan Isyak. Dan jika beliau berangkat sebelum matahari tenggelam maka beliau mengakhirkan Maghrib sampai masuk waktu Isyak kemudian menjamak keduanya”.
Semua hadis ini adalah sahih. Dan hadis-hadis ini menunjukkan dengan tidak ada keraguan atas bolehnya jamak antara Zuhur dan Asar secara jamak taqdim dan ta’khir, dan antara Maghirb dan Isyak secara taqdim dan ta’khir.
- Hanya saja, jamak ini tidak boleh kecuali pada hari Arafah di Arafah, pada malam Muzdalifah di Muzdalifah, dalam perjalanan yang di dalamnya solat boleh di-qasar dan pada saat hujan. Adapun Arafah dan Muzdalifah, maka hal itu kerana Nabi saw menjamak di Arafah dan Muzdalifah. Adapun dalam perjalanan, maka kerana hadis-hadis yang menunjukkan terjadinya jamak pada selain hujan, tidak lain menunjukkan terjadinya jamak di perjalanan saja. Hal itu jelas dari lafaz-lafaz hadis yang beragam. Anda dapati hadis yang menyatakan:
«إِذَا جَدَّ بِهِ السَّيْرُ»، «إِذَا ارْتَحَلَ»، «إِذَا عَجِلَ عَلَيْهِ السَّفَرُ»
“Jika beliau bersiap untuk berjalan (berangkat melakukan perjalanan)”; “jika beliau telah berangkat”; “jika beliau menyegerakan perjalanan”.
Dan hadis-hadis lainnya yang menunjukkan safar. Beberapa riwayat secara jelas menunjukkan dalam perjalanan (safar). Di dalam hadis Ibnu Abbas:
«كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَجْمَعُ في السَّفَرِ بَيْنَ صَلَاةِ الظُّهْرِ والعَصْرِ إِذَا كَانَ عَلَى ظَهْرِ سَيْرٍ، ويَجْمَعُ بَيْنَ المَغْرِبِ والعِشَاءَ»
“Rasulullah saw menjamak dalam perjalanan antara solat Zuhur dan Asar jika beliau dalam perjalanan, dan menjamak antara Maghrib dan Isyak”.
Dan dari Ibnu Abbas dari Nabi saw:
«كَانَ إِذَا زَاغَتْ الشَّمْسُ فِي مَنْزِلِهِ جَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ قَبْلَ أَنْ يَرْكَبَ، وَإِذَا لَمْ تَزِغْ لَهُ فِي مَنْزِلِهِ سَارَ حَتَّى إِذَا حَانَتْ الْعَصْرُ نَزَلَ فَجَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَإِذَا حَانَتْ الْمَغْرِبُ فِي مَنْزِلِهِ جَمَعَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ الْعِشَاءِ، وَإِذَا لَمْ تَحِنْ فِي مَنْزِلِهِ رَكِبَ حَتَّى إِذَا حَانَتْ الْعِشَاءُ نَزَلَ فَجَمَعَ بَيْنَهُمَا»
“Jika matahari telah tergelincir di rumah beliau, maka beliau menjamak antara Zuhur dan Asar sebelum menaiki kenderaan (sebelum berangkat). Dan jika matahari belum tergelincir di rumah beliau maka beliau berjalan sampai jika telah masuk waktu Asar beliau turun dan menjamak antara Zuhur dan Asar. Dan jika waktu Maghrib telah tiba di rumah beliau, maka beliau menjamak antara Maghrib dan Isyak. Dan jika belum masuk waktu Maghrib di rumah beliau, maka beliau naik kenderaan sampai jika telah tiba waktu Isyak maka beliau turun dan menjamak antara keduanya (Maghrib dan Isyak)”.
Semua ini telah mengaitkan jamak dengan batasan perjalanan (safar). Dan yang dimaksudkan di sini adalah perjalanan (safar) yang di dalamnya solat boleh di-qasar, sebab alif lâm dalam lafaz as–safar adalah li al-‘ahdi yakni perjalanan (safar) yang biasa iaitu safar syarie yang dinilai sebagai safar dalam meng-qasar solat.
- Adapun jamak pada waktu hujan, maka kerana apa yang diriwayatkan bahawa Abu Salamah bin Abdurrahman berkata:
«إِنَّ مِنَ السُّنَّةِ إِذَا كَانَ يَوْمٌ مَطِيرٌ أَنْ يُجْمَعَ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ». رواه الأثرم
“Sesungguhnya termasuk as-sunnah jika hari berhujan, beliau menjamak antara Maghrib dan Isyak “ (HR al-Atsram).
Dan ucapannya “min as-sunnah -termasuk as-sunnah-“ mengarah kepada sunnah Rasulullah saw sehingga merupakan hadis. Hisyam bin ‘Urwah berkata: “aku melihat Aban bin Utsman menjamak antara dua solat pada malam yang turun hujan antara Maghrib dan Isyak. Orang yang solat bersamanya adalah Urwah bin az-Zubair, Abu Salamah bin Abdurrahman, dan Abu Bakar bin Abdurrahman dan mereka tidak mengingkarinya dan tidak diketahui pada masa mereka orang yang menyalahinya sehingga merupakan ijmak” diriwayatkan oleh al-Atsram.
Dan kerana diriwayatkan dari Ibnu Umar ra:
«أنَّ النبىَّ ﷺ جَمَع في المَدِينَةِ بينَ الظُّهْرِ والعَصْرِ فِي المَطرَ»
“Nabi saw menjamak di Madinah antara Zuhur dan Asar pada hujan”.
Dan kerana apa yang diriwayatkan dari Jabir bin Zaid dari Ibnu Abbas:
«أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ صَلَّى بِالْمَدِينَةِ سَبْعاً وَثَمَانِياً الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ فَقَالَ أَيُّوبُ لَعَلَّهُ فِي لَيْلَةٍ مَطِيرَةٍ قَالَ عَسَى» رواه البخاري
“Nabi saw solat di Madinah tujuh dan lapan rakaat, yakni Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isyak. Ayyub berkata: “mudah-mudahan itu pada malam berhujan”. Ibnu Abbas berkata: benar” (HR al-Bukhari).
Yakni Abu Ayyub as-Sukhtiyani berkata kepada Jabir bin Zaid dan dia adalah Abu asy-Sya’tsa`, “mudah-mudahan jamak ini adalah di malam berhujan”, maka Jabir berkata: “mudah-mudahan seperti yang kamu katakan”. Kemungkinan hujan itu juga dikatakan oleh Malik setelah mengeluarkan hadis ini.
Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan pada keseluruhannya atas bolehnya menjamak pada hujan baik jamak taqdim dan jamak ta’khir. Dan yang dimaksudkan dengan pada hujan adalah yang disebut hujan, iaitu yang membasahi pakaian terlepas apakah di dalamnya ada kesulitan atau tidak, disebabkan apa yang diriwayatkan bahawa Nabi saw menjamak pada saat hujan padahal tidak ada jarak antara ruangan (kamar atau rumah) beliau dengan masjid. Dan terlepas dari jika itu di masjid atau di rumah, dan terlepas dari jika hujan itu turun pada saat takbiratul ihram solat atau tidak turun. Sebab hadis tersebut tidak disertai dengan illat kesulitan (illatu al-masyaqqah) sehingga diambil secara tawqîfiy. Dan kerana sedang ada di masjid atau tidak, hal itu tidak dinyatakan oleh nas sehingga tetap berlaku menurut kemutlakannya. Apalagi telah terbukti bahawa Rasul saw:
«كَانَ يَجْمَعُ فِي بُيُوتِ أَزْوَاجِهِ إلَى الْمَسْجِدِ»
“Beliau menjamak di rumah isteri-isteri beliau yang berdampingan dengan masjid”.
Dan kerana hadis mengatakan:
«يَوْمٌ مَطِيرٌ»، «فِي المَطرَ»
“Hari berhujan”; “pada saat waktu hujan”.
Dan kemungkinan yang dikatakan oleh Ayyub as-Sukhtiyani, dia mengatakan di situ:
«لَيْلَةٍ مَطِيرَةٍ»
“Malam berhujan”.
Dan yang dimaksudkan dari ini adalah waktu itu waktu hujan bukan sedang hujan ketika takbiratul ihram solat. Dan kerana sebab jamak dan itu merupakan uzur yang memperbolehkan menjamak solat jika uzur itu ada maka boleh menjamak secara mutlak seperti safar, maka demikian juga hujan jika ada, maka boleh menjamak solat secara mutlak baik apakah di situ ada kesulitan (masyaqqah) atau tidak, dan baik apakah di masjid atau di tempat lainnya ….
- Adapun selain Arafah, Muzdalifah, safardan hujan, maka tidak boleh menjamak solat secara mutlak dan yang lain tidak diqiyaskan terhadapnya dengan alasan kesulitan (al-masyaqqah) kerana tidak adanya ‘illat untuk jamak, dan kerana kesulitan (al-masyaqqah) tidak dinyatakan sebagai ‘illat syarieah di dalam nas-nas. Dan qiyas tidak terjadi tanpa ‘illat. Lebih-lebih lagi, ibadah tidak disertai ‘illat dan tidak diqiyaskan terhadapnya …],
selesai kutipan dari kitab Ahkâm ash-Shalâti.
Saya berharap di dalam ini mencukupi, wallâh a’lam wa ahkam.
Saudaramu Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
23 Rabiul Akhir 1444 H
17 November 2022 M
https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/85445.html