[Soal-Jawab] Hukum-Hukum terkait Orang Murtad, Anak-Anak Orang Murtad dan Anak-Anak Orang Kafir Yang Masih Kecil
Soalan:
Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuhu. Tahiyyah thayyibah wa ba’du.
Syaikhiy yang dimuliakan, saya mempnuyai pertanyaan yang saya mohon jawapan dari anda:
Tidakkah ada percanggahan antara sabda Rasul saw ketika ditanya tentang anak perempuan orang murtad … Beliau bersabda: “hum li an-nâr -mereka untuk neraka-“. Dan dalam riwayat lainnya beliau saw bersabda: “hum wa abîhim fî an-nâr -mereka dan bapa mereka di neraka-“ atau seperti yang beliau sabdakan. Bukankah itu bercanggah dengan sabda Rasul saw:
«رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثٍ…» وذكر منها «…وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ»
“Telah diangkat pena dari tiga golongan: … (beliau menyebutkan di antaranya) dan dari anak-anak sampai dia baligh”.
Atau seperti yang beliau saw sabdakan?
[Rafiq Ahmad Abu Ja’far]
Jawapan:
Wa ‘alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuhu.
- Dinyatakan dalam Muqaddimah ad-Dustûrpasal 7: “Adapun perenggan C dari pasal ini maka Islam telah menetapkan hukum-hukum untuk orang murtad. Di antaranya bahawa dia dihukum bunuh jika tidak kembali (kepada Islam) disebabkan sabda Rasulullah saw:
«مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْـتُلُوهُ» رواه البخاري عن ابن عباس
“Siapa saja yang mengganti agamanya maka bunuhlah dia” (HR al-Bukhari dari Ibnu Abbas).
Ini berkaitan dengan orang murtad itu sendiri. Adapun tentang anak-anaknya yang dilahirkan di atas selain Islam, yakni jika seorang Muslim murtad dan dia tidak dibunuh dan tetap di atas agama murtadnya itu, seperti dia menjadi Nasrani, Yahudi atau musyrik dan tetap begitu, dan lahir untuknya anak-anaknya dan dia dalam keadaan demikian sehingga anak-anak itu dilahirkan sebagai Nasrani, Yahudi atau musyrik. Lalu apakah anak-anaknya itu dinilai sebagai murtad dan diperlakukan dengan perlakuan orang murtad atau mereka dianggap seperti pemeluk agama yang mana mereka dilahirkan?
Jawapannya, bahawa anak-anak orang murtad yang mana jika mereka dilahirkan sebelum kemurtadan orang tuanya, maka mereka dinilai sebagai orang muslim secara pasti. Dan jika mereka mengikuti bapa mereka dengan kemurtadannya, maka mereka diperlakukan dengan perlakuan orang murtad.
Adapun jika mereka dilahirkan setelah kemurtadan bapanya dari isteri yang kafir atau isteri yang murtad, maka dia dihukumi dengan kekufurannya (yakni sebagai orang kafir) kerana dia dilahirkan dari ibu bapa yang kafir. Jika ibu bapanya menjadi Yahudi atau Nasrani, yakni termasuk ahlul kitab maka dia diperlakukan dengan perlakuan ahlul kitab. Dan jika ibu bapanya menjadi musyrik maka dia diperlakukan dengan perlakuan orang musyrik.
Hal ini kerana diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud:
«أَنَّ النبيَّ ﷺ لَمَّا أَرَادَ قَتْلَ أَبِيكَ (عقبة بن أبي معيط) قَالَ مَنْ لِلصِّبْيَةِ قَالَ النَّارُ»
“Nabi saw ketika beliau ingin membunuh bapamu (‘Uqbah bin Abiy Mu’ith) dia berkata: “siapakah untuk anak ini?” Beliau bersabda: “neraka” (HR Abu Dawud dan al-Hakim, dan al-Hakim mensahihkannya dan disetujui oleh adz-Dzahabi).
Dan dalam riwayat ad-Daraquthni:
«النَّارُ لَهُمْ وَلأَبِيهِمْ»
“Neraka untuk mereka dan bapa mereka”.
Dan kerana telah ditetapkan dalam Shahîh al-Bukhârî pada bab Ahlu ad-Dâri dari kitab al-Jihâd: dari Ibnu Abbas dari ash-Sha’bu bin Jutsamah, dia berkata:
«مَرَّ بِيَ النَّبِيُّ ﷺ بِالأَبْوَاءِ – أَوْ بِوَدَّانَ – وَسُئِلَ عَنْ أَهْلِ الدَّارِ، يُبَيَّتُونَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ فَيُصَابُ مِنْ نِسَائِهِمْ وَذَرَارِيِّهِمْ، قَالَ ﷺ: هُمْ مِنْهُمْ»
“Nabi saw melewatiku di al-Abwa’ -atau Wadan_ dan beliau ditanya tentang ahlu ad-dâr (dâr al-harbi) yang mereka orang-orang musyrik itu diserang di malam hari sehingga wanita dan anak-anak mereka terbunuh, beliau bersabda: “mereka (wanita dan anak-anak) adalah bahagian daripada mereka (orang-orang musyrik)”.
Jadi setiap anak yang lahir dari ibu bapa yang kafir dinilai sebagai orang kafir dan hukumnya adalah hukum orang kafir. Atas dasar itu maka orang-orang yang murtad dari Islam dan menjadi kelompok bukan islam seperti Druz, al-Baha’iyah, dan al-Qadiyaniyah, mereka tidak diperlakukan dengan perlakukan orang murtad sebab mereka bukanlah orang yang murtad sehingga boleh diperlakukan dengan perlakuan orang murtad. Tetapi, datuk-nenek merekalah yang murtad, dan mereka lahir dari ibu bapa yang kafir, maka mereka dihukumi dengan kekufuran dan diperlakukan dengan perlakuan orang kafir. Oleh sebab mereka tidak murtad kepada suatu agama ahlul kitab, yakni mereka tidak murtad ke agama Nasrani atau Yahudi, maka mereka diperlakukan dengan perlakukan orang-orang musyrik, jadi sembelihan mereka tidak boleh dimakan, dan wanita mereka tidak boleh dinikahi, sebab non muslim itu adakalanya dianggap sebahagian daripada ahlul kitab atau selain ahlul kitab -yakni orang musyrik- dan tidak ada golongan ketiga. Oleh kerana itu, Rasulullah saw bersabda tentang Majusi Hajar dari riwayat al-Hasan bin Muhammad bin al-Hanafiyah:
«فَمَنْ أَسْلَمَ قُبِلَ مِنْهُ، وَمَنْ لَمْ يُسْلِمْ ضُرِبَتْ عَلَيْهِ الجِزْيَةُ، غَيْرَ نَاكِحِي نِسَائِهِمْ وِلاَ آكِلِي ذَبَائِحِهِمْ»
“Siapa yang masuk Islam maka diterima darinya, dan siapa yang tidak masuk Islam maka terhadapnya ditetapkan kewajipan membayar jizyah, tanpa boleh menikahi wanita mereka dan tidak boleh memakan sembelihan mereka”.
Al-hafizh berkata di ad-Dirâyah: “dikeluarkan oleh Abdu ar-Razaq dan Ibnu Abiy Syaibah, dan itu merupakan riwayat mursal yang sanadnya bagus”. Adapun anak keturunan orang-orang yang murtad dari Islam dan mereka menjadi Nasrani sebagaimana keadaan di Lebanon semisal keluarga Syihab, maka bapa moyang mereka muslim yang murtad kepada Nasrani, dan anak keturunan mereka datang di atas agama Nasrani, jadi mereka dan semisal mereka diperlakukan dengan perlakuan ahlul kitab”, selesai.
Jelaslah darinya hukum anak-anak yang dilahirkan dari ibu bapa kafir, maka mereka diperlakukan dengan perlakuan agama bapa-bapa mereka kecuali jika mereka masuk Islam …
- Sebelumnya saya telah menjawab pertanyaan seumpama ini pada 22/07/2011, di situ dinyatakan sebagai berikut:
“Tidak ada percanggahan. Yang pertama adalah tentang anak-anak kaum kafir yang masih kecil jika mereka mati di atas kekufuran mereka. Setiap orang yang dilahirkan dari ibu bapa yang kafir maka dinilai sebagai orang kafir. Dan hukumnya adalah hukum orang-orang kafir sebagaimana di dalam dua hadis Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas yang disebutkan di dalam soalan. Dan tentu saja, ini jika mereka mati di atas kekufuran mereka sebelum balighnya mereka dan keislaman mereka …
Adapun hadis Abu Dawud, maka itu khusus dengan kaum Muslim. Siapa saja yang termasuk sebahagian daripada kaum Muslim yang masih kecil maka dia dibebani dengan hukum-hukum syarak ketika baligh. Dan begitulah, orang tidur sampai dia bangun dan orang gila sampai dia sembuh …”, selesai.
Begitulah, tidak ada percanggahan di antara dua keadaan tersebut, wallâh a’lam wa ahkam.
- Untuk diketahui bahawa ada pendapat-pendapat yang membatasi hukum ini di dunia adapun di akhirat, maka hukum mereka kepada Allah. Di antara pendapat ini:
- Imam an-Nawawi mengatakan di dalam Syarhu ShahîhMuslim juz 12 halaman 55: “anak-anak kaum kafir, hukum mereka di dunia adalah hukum bapa-bapa mereka. Adapun di akhirat maka tentang mereka jika mereka mati sebelum baligh, ada tiga mazhab. Yang sahih bahawa mereka di syurga. Yang kedua di neraka, dan yang ketiga tidak memastikan sesuatu pun tentang mereka. “lihat: al-Khathîb ‘alâ Matni Abiy Syujâ’ juz 2 halaman 256”.
- Nayl al-Awthâr(11/465): “bâb taba’i ath-thifli li abawayhi fî al-kufri wa li man aslama minhumâ fî al-islâm wa shihhati islâmi al-mumayyiz -bab ikutnya anak kepada ibu bapanya dalam kekufuran dan untuk orang yang masuk Islam dari keduanya di dalam Islam dan kesahihan keislaman anak yang mumayiz-. 3224- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
«مَا مِنْ مَوْلُودٍ إلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ الْبَهِيمَةُ جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ؟»، ثُمَّ يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ: ﴿فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا﴾ الْآيَةَ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
“Tidak ada bayi yang dilahirkan kecuali dia dilahirkan di atas fitrah, lalu ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi, sebagaimana haiwan ternak menghasilkan haiwan ternak, apakah kamu merasakan padanya yang cacat?” Kemudian Abu Hurairah berkata (maksudnya): “fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu” (TMQ ar-Rûm [30]: 30)” (Muttafaq ‘alayh).
Dan dalam riwayat yang juga Muttafaq ‘alayhi, mereka (para sahabat) berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْت مَنْ يَمُوتُ مِنْهُمْ وَهُوَ صَغِيرٌ؟ قَالَ: «اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا عَامِلِينَ»
“Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu orang dari mereka yang mati dan dia masih kecil?” Beliau bersabda: “Allah yang lebih tahu dengan apa yang mereka lakukan”.
Hadis Abu Hurairah, di dalamnya ada dalil bahawa anak-anak kaum kafir dihukumi ketika lahir dengan Islam, dan bahawa jika ada anak kecil di Dar al-Islam tanpa ibu bapa maka dia seorang Muslim, sebab tidak lain dia menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi adalah dengan sebab ibu bapanya. Maka jika keduanya tidak ada, maka dia tetap di atas apa yang dia dilahirkan di atasnya iaitu Islam.
Sabda Rasul saw, “Allâhu a’lamu bimâ kânû ‘âmilîna -Allah lebih tahu dengan apa yang mereka kerjakan-“, di dalamnya ada dalil bahawa hukum kaum kafir di sisi Allah jika mereka mati ketika masih kecil tidak tertentu tetapi bergantung pada perbuatannya yang dia lakukan seandainya dia hidup”, selesai.
Di atas semua itu, pendapat kami adalah apa yang disebutkan di poin 1 dan 2, wallâh a’lam wa ahkam.
Saudaramu Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
14 Rabiul Akhir 1444 H
08 November 2022 M
https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/85294.html
https://www.facebook.com/HT.AtaabuAlrashtah/posts/674666820887357