[Fikrul Islam] Tadarruj dalam Perspektif Syarak (Bahagian 1/2)
Penulis: Ahmad Mahmud
Setelah pemaparan tentang apa yang dimaksudkan dengan tadarruj; ruang lingkupnya; serta apa sahaja alasan orang yang mengatakannya boleh, kita akan melanjutkan dengan penjelasan mengenai pendapat yang benar menurut syarak, dan dibahas dengan kaedah berfikir yang bersesuaian dengan syarak
Saya akan sampaikan pendapat yang benar, bukan pendapat yang mendekati kebenaran. Idea tentang tadarruj bukan berasal dari syarak dan tidak boleh menisbahkannya kepada syarak. Permasalahan ini (ini terkait dengan artikel tentang tadaruj sebelum ini)tidak ada kaitannya dengan tadarruj, tidak tercakup samada ia tergolong dalam hukum syarak atau bukan, dan tiada kaitan dengan kaedah berfikir yang bersesuaian dengan syarak dalam situasi apa pun.
Islam memiliki sifat-sifat dasar yang berbeza dengan agama lain. Ciri-ciri sistem Islam itu tegak dengan mengikuti wahyu semata-mata. Lagi pula sifat sistem wadh’i adalah hasil ciptaan dan kepakaran manusia yang bagaimanapun kuatnya tetap tidak akan mampu untuk menetapkan penyelesaian-penyelesaian yang benar bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia.
Ketika seorang muslim terikat dengan hukum syarak, maka dia mesti menjadikan keterikatannya itu berdasarkan keimanan kepada Allah SWT. Jika tidak , maka konsistensinya itu tidak akan diterima. Demikian juga ketika dia mengajak orang lain kepada Islam, maka dia wajib menjadikan keimanan kepada Allah SWT sebagai asas dakwahnya. Jika tidak, dakwahnya tidak akan diterima. Asas yang pertama adalah berkaitan dengan keimanan, dan yang kedua berhubungan dengan keterikatan yang benar.
Agar seorang muslim berubah dengan perubahan yang benar dan lurus, maka wajib diperhatikan asas ruhiyahnya, iaitu dengan mewujudkannya dan memupuknya. Adapun perkara lain yang menjadi implikasi berkaitan dengan keterikatan terhadap hukum syarak akan menjadi mudah, tanpa perlu mempedulikan adakah ia seiring dengan realiti yang ada, tabiat manusia, atau hawa nafsu manusia, ataupun tidak .
Apabila seorang muslim tidak bersandar kepada asas ruhiyah ketika melaksanakan syariat, maka hal itu dapat menjerumuskannya kepada dosa, bahkan boleh menggelincirkannya kepada kekafiran. Pelaksanaan lslam yang mengarah kepada asas ruhiyah atau keimanan kepada Allah SWT , tidak akan menjadikan hukum itu jauh atau dekat, kecuali sejauh jarak hukum itu dengan asas ruhiyah tadi.
Kini kami ingin bertanya kepada orang-orang yang mendukung tadarruj. Di manakah asas ruhiyahnya jika mengajak kepada bertadarruj ini? Di manakah perintah Allah SWT yang menyuruh bertadarruj? Ke manakah RasuluIlah SAW pergi berlindung ketika keadaan baginda sangat memerlukan, baik ketika di Mekah mahupun di Madinah?
Bukankah Rasulullah SAW telah berkata kepada Bani ‘Amir bin Sha’sha’ah ketika baginda meminta nushrah (pertolongan) kepada mereka,
“Perkara itu di tangan Allah, Dialah Yang menetapkan sekehendakNya.” [Sirah Ibnu Hisyam]
Ini diucapkan baginda ketika mereka meminta kepada baginda SAW (sebagai syarat pertolongan mereka) agar tampuk kekuasaan diberikan kepada mereka setelah wafatnya Rasulullah SAW. Hal itu terjadi pada ketika keadaan baginda SAW sangat memerlukan adanya orang (pihak) yang dapat mendokong dakwah.
Bukankah Rasulullah SAW boleh sahaja memenuhi permintaan mereka. Lalu setelah mereka masuk Islam, mungkin sahaja tuntutan mereka akan berubah? Atau apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW merupakan ajakan yang benar, dan perintah Allahlah yang menjadikannya benar di dalam perkataannya tanpa mengindahkan lagi pujuk rayu dan tawar menawar (kompromi) agar dapat diketahui dengan jelas orang- orang yang benar dan orang-orang yang salah.
Bukankah Rasulullah SAW telah mengatakan kepada bapa saudara baginda SAW, Abu Talib. Ketika itu, Abu Talib datang kepada baginda SAW meminta agar meringankan beban yang ditanggungnya, dan agar Rasulullah SAW tidak membebaninya dengan beban yang tidak sanggup menahannya. Bukankah baginda SAW mengatakan kepada bapa saudaranya itu,
“Demi Allah, wahai pak cik ku, seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan buIan di tangan kiriku agar aku meninggalkan perkara ini (dakwah), maka aku tidak akan meninggalkannya sampai AlIah akan memenangkanku atau aku binasa kerananya.” [Sirah Ibnu Hisyam]
Nas yang berasal dari Rasulullah SAW ini menunjukkan bahawa baginda tidak menerima sedikit pun kompromi atau tawar-menawar di dalam syariat. Baginda SAW dalam hal ini telah memberikan sebaik-baik contoh di dalam dakwahnya. Baginda SAW tidak memberi muka, tidak berdamai, tidak mengikuti mereka, tidak menunjukkan kasih sayang dan tidak berbasa-basi kepada para penguasa. Dakwah baginda SAW jelas dan berani, yang boleh melahirkan pemikiran yang benar yang mematahkan kebatilan.
Bukankah Allah SWT telah memerintahkan kaum muslim untuk berhijrah dari tempat di mana mereka tidak boleh melaksanakan apa yang diwajibkan Allah SWT ke tempat yang mereka boleh melaksanakannya? Allah SWT mengharamkan mereka tinggal di tempat yang mereka tidak mampu menjalankan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya, ‘Dalam keadaan bagaimana kamu ini?’, mereka menjawab, ‘Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah).’ Para malaikat berkata, ‘Bukankah bumi Allah itu luas sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?’” [TMQ an-Nisa (4): 97]
Ibnu Kathir telah menyebutkan tentang adanya ijmak yang mengharamkan tinggal di wilayah yang tidak boleh mendirikan agama di dalamnya.
Bersambung ke bahagian 2/2
Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam