[Tokoh Inspirasi] Imam Syafie, Menjadi Ulama Sejak Kecil
“Barang siapa menempuh suatu jalan dengan tujuan mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Selain itu, malaikat akan meletakkan sayapnya bagi orang yang mencari ilmu sebagai keredhaan atas tindakannya.” [Hadis]
Imam As-Syafie. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie, dan bertemu dengan nasab Nabi dari Abdul Manaf. Maksudnya, Imam Syafie berasal dari suku Quraisy dan bertemu dengan nasabnya dengan Nabi, walaupun dia bukan keturunan baginda.
Imam As-Syafie dilahirkan pada tahun 150 H di Gaza, Palestin. Beliau yatim piatu dan miskin. Beliau dibesarkan oleh ibunya. Kecerdasan Imam Syafie terserlah sejak kecil.
Imam Syafie sewaktu kecilnya sudah mampu menghafaz Al-Quran ketika berumur 7 tahun. Ketika berumur 10 tahun beliau merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu. Pada usia remajanya, Imam Syafie muda mengembara ke Madinah untuk belajar dengan Imam Malik. Perjalanannya mengambil masa lapan hari lapan malam. Dalam perjalanan itu, beliau mengisinya dengan membaca al-Quran sehingga khatam sebanyak 16 kali.
Malah, ketika berusia belasan tahun beliau telah menghafal kitab Al-Muwatha’ iaitu himpunan hadis-hadis Nabi yang disusun oleh Imam Malik, gurunya.
Selain itu, beliau juga belajar daripada pelajar senior Imam Abu Hanifah iaitu Abu Yusuf dan Muhammad bin Hasan Asy-Syaibani.
Antara muridnya ialah Al-Humaidi, Abu Tsaur, Ahmad bin Hanbal, Yusuf bin Yahya al-Buwaithi dan lain-lain.
Beliau juga mengarang banyak kitab, antaranya yang paling terkenal ialah Al-Umm dan Ar-Risalah.
Berbekalkan keikhlasan, ketika berumur 15 tahun beliau menjadi mufti atau tempat bertanya umat Islam dalam urusan agama. Beliau mampu menghafal pelajaran yang pernah didengarnya.
Imam Asy-Syafie sangat gemar menghafaz Al-Quran melebihi segalanya. Jika beliau membaca al-Quran, maka orang yang mendengarnya akan menitiskan air mata kerananya. Untuk mengumpul ilmu, beliau mengais cebisan kertas yang masih boleh ditulis.
Beliau juga menggunakan tulang untuk menulis. Hampir semua pelajaran yang pernah beliau tulis, beliau boleh hafal dengan baik.
Beliau pernah berpesan, “Kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan enam perkara: kecerdasan, tamak (ilmu), kesungguhan, dirham (kos), bergaul dengan ustaz dan tempoh masa yang lama.”
Rabi’ bin Sulaiman mengatakan bahawa Imam Asy-Syafie meninggal pada malam Jumaat selepas maghrib. Kemudian dimakamkan pada hari Jumaat selepas asar, hari terakhir Rejab 204 H, pada usia 54 tahun.”.Semoga Allah SWT merahmati beliau. Aamiin.
Sumber:
-Abu Umar Abdillah. 2018. “Masa Kecil para Ulama”. Cetakan ketiga. Wafa Press. Klaten
–https://jeulingke-gp.bandaacehkota.go.id
#tokohinspirasi #imamsyafie