Membina Kekuatan Pasaran Global Dunia Islam
Penulis: Dr. Erwin Permana
Ekonomi dunia hari ini sentiasa dirundung kesedihan. Ekonomi global yang sudah mengalami kelesuan, semakin teruk setelah Covid-19 datang menyerang. Kemelesetan ekonomi akibat Covid adalah yang paling teruk sejak great depression pada tahun 1930-an. Di tengah-tengah ekonomi dunia yang sedang bertatih dan berusaha untuk kembali pulih, keadaan telah bertukar rumit kerana peristiwa konflik Rusia-Ukraine.
Berdasarkan data World Food Programme (WFP), jumlah penduduk dunia yang mengalami kekurangan sumber makanan meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak pandemik Covid-19. Dari awal 135 juta orang menjadi 345 juta orang.
Dengan adanya konflik geopolitik Rusia-Ukraine dan sekatan eksport, bekalan makanan semakin terganggu. Gangguan tersebut mendorong harga makanan ke paras tertinggi. Harga makanan dunia meningkat hampir 13% pada Mac 2022 dan berkemungkinan akan terus meningkat, malah berpotensi mencecah 20% menjelang akhir tahun ini. Bukan sahaja kekurangan makanan, dunia juga sedang menghadapi ancaman krisis tenaga. Jika tidak ada usaha mencari solusi, situasi ekonomi dunia pada penghujung 2022 mungkin lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pada masa ini, krisis telah merebak ke seluruh dunia. Brazil yang dikenali sebagai salah satu negara pengeksport makanan terbesar di Amerika Latin, berhadapan dengan kenyataan bahawa 36% penduduknya tidak mampu mendapatkan makanan untuk keluarga mereka. Kekurangan makanan sebanyak 20% dalam kalangan penduduk termiskin di Brazil selama pandemik meningkat sebanyak 75%. Angka ini hampir dengan tahap Zimbabwe, dengan kekurangan makanan 80% atau tertinggi di dunia. Harga petrol dan bahan api yang tinggi juga menjadi ancaman kepada keselamatan makanan di beberapa negara Amerika Latin seperti Argentina, Ecuador, Panama dan Colombia.
Keadaan yang sukar juga dialami di beberapa negara Afrika. Liberia, Sierra Leone, Nigeria, Burkina Faso, Togo, Niger, Mali, Chad dan Mauritania menghadapi realiti yang mengejutkan dengan harga makanan melonjak sehingga 40%. Dianggarkan jumlah penduduk Afrika Barat dan Tengah yang terjejas akibat krisis makanan dan gizi akan mencapai rekod tertinggi pada tahun 2022. Rekod ini dijangka meningkat 4 kali ganda dalam masa 3 tahun, daripada 10.7 juta penduduk pada tahun 2019 kepada 41 juta penduduk pada tahun ini.
Keadaan yang tidak kurang sukarnya turut menimpa negara-negara Eropah. Benua Biru terdiri daripada negara yang menjadi perintis kepada ekonomi dunia. Namun, mereka tidak bebas daripada krisis makanan dan tenaga. Beberapa negara Eropah seperti Sweden, Itali, Slovakia, Denmark, Belanda, Jerman dan Austria malah telah kembali menggunakan tenaga fosil selepas bekalan gas dipotong oleh Rusia.
Di AS, lonjakan inflasi menyebabkan harga gas dan makanan meningkat secara mendadak. Pada Jun 2022, inflasi AS mencapai 9.1%, paras tertinggi sejak 41 tahun terakhir. Akibatnya, beribu-ribu keluarga berduyun-duyun pergi ke talian bantuan makanan di bank makanan setiap hari. Jurucakap Bank Makanan St. Mary Jerry Brown mengatakan, jumlah penduduk yang beratur untuk mendapatkan bekalan makanan meningkat secara mendadak sebanyak 78% berbanding tahun lalu.
Di China, kerajaan telah memberi amaran kepada penduduk supaya menjimatkan tenaga elektrik, termasuk menghentikan beberapa operasi kilang kerana kekurangan bekalan elektrik. Terbaru, Kementerian Perdagangan China meminta agar rakyatnya mula menyimpan barang keperluan harian bahkan sehingga musim bunga. Ini tidak pernah dilakukan semasa pandemik Covid-19. Di China harga purata makanan terutama sayur-sayuran telah melonjak 39.8% sejak September 2021.
Di Indonesia, krisis makanan dan tenaga secara global memberi tekanan terhadap inflasi domestik sepanjang 2022. Ini dapat dilihat daripada laporan Badan Perangkaan Pusat (BPP) yang mengumumkan inflasi Julai 2022 sebanyak 0.64% berbanding bulan sebelumnya. Secara tahunan, kadar inflasi meningkat dengan cepat. Inflasi pada Julai 2022 mencatat 4.94%, lebih tinggi daripada bulan sebelumnya iaitu 4.35% dan sekaligus menjadi yang tertinggi sejak Oktober 2015.
Beberapa Faktor Penyebab
Krisis makanan dan tenaga merupakan salah satu bentuk krisis ekonomi yang berulang. Selepas kemelesetan besar pada tahun 1930, krisis berlaku secara berulang. Kemelesetan berlaku pada tahun 1975, 1982, 1991, 1998, 2008-2009, 2012, 2015-2016 dan 2019-2020. Krisis makanan dan tenaga yang berlaku tahun ini disebabkan oleh beberapa faktor, termasuklah: ekonomi tidak nyata yang terdedah kepada pembetulan; kerapuhan sistem kewangan dan ego nasionalisme.
- Ekonomi Non-real (Tidak Nyata) Adalah Masalah yang Perlu Dibetulkan – Penawaran dan permintaan bukanlah satu-satunya faktor yang membentuk harga. Namun, yang menjadi permasalahan utama untuk membentuk harga adalah perdagangan kertas dalam pasaran sekuriti. Faktor utama membentuk perdagangan kertas adalah persepsi. Persepsi tentang geopolitik dan peristiwa masa depan sangat menentukan proses pembentukan harga. Rusia-Ukraine yang terlibat dalam perang merupakan negara pengeksport tenaga dan bahan makanan. Secara khusus, Rusia merupakan negara pengeluar minyak dan gas ketiga di dunia. Perang Rusia-Ukraine membantu membentuk persepsi kekurangan dalam pasaran komoditi. Keadaan ini sebenarnya merupakan kesempatan bagi rent seeking dalam pasaran modal untuk melipatgandakan bilangan perdagangan kertas. Akibatnya, berlaku kenaikan harga tenaga lebih dominan disebabkan kenaikan harga dalam pasaran sekuriti, bukan dalam pasaran sebenar..
- Rapuhnya Sistem Kewangan – Salah satu punca krisis dunia ialah mata wang kertas yang tidak berasaskan emas dan perak. Akibatnya, kuasa beli akan mudah terhakis kerana inflasi yang berterusan. Keadaan ini sangat difahami oleh Rusia. Rusia segera memutuskan untuk menambat rubel dengan emas. Negara itu telah membeli emas dengan harga tetap, iaitu 5,000 rubel setiap gram dari 28 Mac sehingga 30 Jun. Nilai rubel mengikut harga emas. Jadi, semakin tinggi harga emas yang dinilai dalam dolar AS, juga akan menyebabkan kadar pertukaran rubel semakin mengukuh berbanding dolar. Jika negara itu mengamalkan sandaran emas dan meminta negara lain membayar komoditinya dengan rubel, yang telah diseragamkan dengan emas, maka langkah ini boleh memberi implikasi besar kepada rubel, dolar AS, dan ekonomi global. Jika langkah Rusia untuk kembali kepada standard emas ini diikuti oleh negara lain maka pengaruh dolar akan semakin pudar.
- Ego Nasionalisme – Idea nasionalisme yang berkembang pada awal abad ke-19 telah menyebabkan penderitaan manusia. Pemikiran ini sebenarnya sangat rendah kerana ia membuatkan manusia berkumpul dan berperang untuk mempertahankan wilayah tersebut. Tidak ubah seperti sekumpulan haiwan. Peperangan demi peperangan amat terdedah untuk meletus bagi mengekalkan kewujudan idea ini. Perang Rusia-Ukraine merupakan salah satu bentuk ego nasionalisme kedua-dua negara. Kesan ekonomi ialah terputusnya rantaian bekalan bagi negara yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Rusia-Ukraine. Ini kerana, kedua-dua negara merupakan pembekal utama tenaga dan makanan kepada beberapa negara.
Kekuatan Tenaga dan Makanan Dunia Islam
Membina kemandirian makanan dan tenaga merupakan persoalan mendasar. Ini kerana jaminan makanan dan tenaga merupakan tonggak keselamatan dan pertahanan negara sekaligus tonggak pembangunan sektor lain. Ketidakupayaan sesebuah negara mencapai kemandirian makanan dan tenaga merupakan satu bentuk kelemahan negara tersebut. Kebergantungan kepada negara lain akan menyebabkan gangguan ketahanan dan keselamatan. Oleh itu, import makanan dan tenaga bukanlah satu pilihan yang bijak bagi sesebuah negara yang ingin berkembang kukuh. Adalah wajar bagi umat Islam mengukur kemampuan mereka sendiri sambil berusaha memulakan kemandirian tenaga dan makanan.
Secara alami negara-negara Islam merupakan negara yang kaya dan mempunyai kesediaan tenaga dan makanan dalam jumlah yang mencukupi. Rizab minyak (proven reserves oil) di seluruh negara Islam ialah 998 billion tong. Jumlah pengeksport minyak mentah pada 2019 berjumlah sekitar 12 billion tong setahun. Pada tahun 2020 pengeluaran ini menurun akibat pandemik Covid-19 sehingga penggunaan dunia menurun. Negara pengeksport minyak terbesar ialah Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu.
Rizab gas mereka sebanyak 117 trilion meter padu. Pengeluaran tahunan ialah 1.3 trilion meter padu atau bersamaan dengan 8.8 bilion tong. Pada masa ini, hampir separuh daripada pengeluaran minyak dan gas yang bersama-sama adalah sekitar 20.8 bilion tong, dieksport ke AS, Kesatuan Eropah atau China. Jumlah penggunaan tenaga di negara-negara Islam adalah bersamaan dengan 10.4 bilion tong minyak setahun.
Untuk makanan, pengeluaran bijirin makanan ruji adalah 425 juta tan setahun. Masalahnya, hasil bijirin ini banyak dieksport ke negara maju kerana ladang tersebut telah dikontrak kepada ahli perniagaan asing.
Adapun pengeksport daging dianggarkan sebanyak 36.8 juta tan. Negara Islam pengeksport daging terbesar ialah Turki, Pakistan, Indonesia, Iran dan Mesir. Jika ini dibahagikan dengan populasi, anda akan mendapat angka 21 kg daging setiap orang setahun, atau 58 gram setiap orang sehari. Ini adalah angka yang kecil untuk komposisi pemakanan harian. Namun, negara Islam mempunyai pelbagai kesediaan daging iaitu ikan, ayam atau protin sayuran pengganti daging seperti tauhu dan tempe.
Berdasarkan realiti ini, maka dunia Islam tidak memerlukan negara lain dari segi tenaga dan makanan. Tidak sepatutnya negara-negara Islam mengalami fenomena kemiskinan, kebuluran yang teruk ataupun kekurangan zat makanan.
Membina Pasaran Global dalam Dunia Islam
Sememangnya Islam mempunyai cara yang unik untuk menjadikan sesebuah negara sebagai negara yang merdeka dan anti krisis. Perlaksanaan Islam secara menyeluruh akan menjadikan negara berdikari. Bermula dari ciri-ciri politik ekonomi Islam yang memanusiakan manusia; mengatur pemilikan; mata wang yang tahan krisis kepada pasaran berdasarkan sektor sebenar.
Pertama, ciri-ciri politik ekonomi Islam yang memanusiakan manusia.
Politik Ekonomi Islam adalah jaminan pemenuhan segala keperluan primer (pakaian, makanan dan tempat tinggal) setiap orang dan pemenuhan keperluan sekunder serta tertier sesuai dengan tahap kemampuan sebagai individu yang hidup dalam masyarakat tertentu yang mempunyai gaya hidup yang tersendiri.
Untuk merealisasikan hal ini, negara boleh mengambil beberapa siri dasar untuk mamastikan pemenuhan keperluan dalam negara. Eksport bukanlah tujuan utama sekiranya keperluan masyarakat dalam negara belum dipenuhi. Agar penyediaan tenaga dan makanan tersedia dalam jumlah yang mencukupi, negara boleh melakukan perluasan dan intensifikasi makanan dan tenaga. Melahirkan lebih banyak pakar, menyokong penyelidikan teknologi dan membangunkan industri makanan supaya semua keperluan berkaitan dapat dipenuhi tanpa bergantung kepada import. Bermula dari baja, ubat-ubatan dan kemudahan pengeluaran pertanian yang lain. Untuk memastikan tidak berlakunya kezaliman di pasaran, khilafah wujud untuk memberi keadilan. Bermula daripada memastikan tidak berlaku kesesakan dalam rantaian bekalan ekonomi akibat perilaku individu yang suka menimbun makanan; mengawasi proses pembentukan harga mengikut mekanisme pasaran; sehingga potensi kezaliman terhadap peniaga di pasaran disebabkan oleh samseng mahupun orang yang tidak bertanggungjawab.
Kedua, mengatur pemilikan.
Dalam Islam, konsep pemilikan terbahagi kepada tiga iaitu, (1) harta persendirian; (2) milik umum; (3) milik negara. Tenaga termasuk dalam kategori milik umum. Perniagaan makanan termasuk dalam kategori pemilikan individu. Berkenaan dengan pemilikan individu, negara hanya memastikan tidak berlaku penyelewengan pasaran. Negara dalam menghukum ahli perniagaan yang menipu, zalim dan menyorok bekalan makanan.
Tiada layanan istimewa kepada individu tertentu dalam perniagaan makanan. Dengan itu eksklusiviti pasaran makanan dalam Islam dapat dicegah.
Pasaran di dunia Islam merupakan pasaran inklusif yang memberikan hak yang sama kepada semua warganegara untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang dibenarkan oleh syariat.
Mengenai tenaga, Islam memandang hukum asalnya adalah milik umat. Dengan demikian, produk tenaga bukanlah barangan yang boleh diperdagangkan. Tenaga mesti dinikmati oleh masyarakat dengan harga yang rendah. Pelaksanaan Islam dengan sendirinya menolak segala bentuk kawalan korporat terhadap sektor tenaga. Khilafah tidak akan sekali-kali membenarkan syarikat swasta menguasai tenaga apatah lagi syarikat swasta asing. Jika Khilafah berdiri maka semua pemilikan swasta terhadap sektor tenaga akan diambil alih oleh negara dengan segera. Hasilnya adalah untuk seluruh masyarakat. Selain sumber tenaga yang sedia ada, negara berusaha untuk membangunkan teknologi, menjalankan intensifikasi dan perluasan tenaga dan juga berusaha untuk menghasilkan sumber-sumber tenaga baharu dan boleh diperbaharui.
Ketiga, mata wang yang tahan krisis.
Salah satu punca krisis dunia ialah mata wang kertas yang tidak berasaskan emas dan perak. Akibatnya, dunia sangat terdedah untuk mengalami kemerosotan kadar pertukaran, nilai mata wang terus melemah dari semasa ke semasa, dunia mengalami inflasi tanpa henti. Dalam Islam mata wang wajib bersandarkan emas dan perak. Mata wang yang disandarkan kepada emas dan perak mempunyai kadar pertukaran yang stabil dan tahan terhadap inflasi.
Keempat, pasaran yang berasaskan sektor sebenar. Ekonomi Islam ialah ekonomi yang berasaskan sektor sebenar. Islam tidak mengenal sektor bukan sebenar seperti yang ada dalam ekonomi kapitalisme. Islam memandang kegiatan ekonomi hanya terdapat dalam sektor sebenar seperti pertanian, industri, perdagangan dan perkhidmatan. Dari sektor inilah kegiatan ekonomi didorong untuk berkembang maju. Wallahualam.
Sumber:
https://muslimahnews.net/2022/10/12/12766/
#Analisis
#PasaranGlobal
#DuniaIslam
#EkonomiIslam
#KrisisTenagadanMakanan
#EkonomiBukanSebenar
#KerapuhanSistemKewangan
#EgoNasionalisme