[Kaffah] Undang-undang Jenayah Islam, Sempurna dan Adil
Iman bukan sekadar pengakuan dan dakwaan. Iman menuntut pembuktian. Allah SWT berfirman,
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam apa jua perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka keberatan terhadap apa sahaja keputusan hukum yang kamu berikan, dan mereka menerima (keputusan tersebut) dengan sepenuhnya.” [TMQ An-Nisa’ (4): 65].
Berdasarkan ayat ini, menurut Syeikh Wahbah az-Zuhaili dalam At-Tafsîr al-Munîr, agar seorang beriman dengan iman yang hak (benar) hendaklah memenuhi tiga sifat: Pertama, dia menjadikan Rasulullah SAW sebagai pemutus hukum dalam semua perkara. Sebab, apa sahaja yang Rasul SAW putuskan sudah pasti benar sehingga ia wajib dipatuhi secara lahir dan batin.
Kedua, tidak ada keberatan dalam dirinya terhadap apa jua yang Rasul SAW putuskan. Jiwanya mengikut keputusan hukum Rasul SAW disertai dengan keredhaan yang sempurna, penerimaan mutlak, dan tiada kebencian. Ketiga, dia mematuhi dan menerima (keputusan hukum) sepenuhnya tanpa keberatan, pembelaan, atau pertikaian.
Menjadikan Rasul SAW sebagai hakim selepas wafatnya adalah dengan menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pemutus hukum. Maksudnya, wajib menjadikan hukum-hukum Islam sebagai pemutus semua perkara yang berlaku.
Apabila Allah SWT dan Rasul-Nya telah memberikan keputusan hukum, maka tidak ada pilihan lain bagi manusia (Lihat: Surah al-Ahzab [33]: 36).
Ketika sudah ada keputusan Allah SWT dan Rasul SAW, iaitu apabila sudah ada hukum Islam, sikap seorang mukmin adalah menerima dan patuh/taat (Lihat: Surah An-Nur [24]: 51).
Itulah sikap yang mesti ditunjukkan. Bukannya mengambil hukum selain hukum Islam atau membuat undang-undang lain yang bersumberkan pemikiran dan hawa nafsu manusia.
Terdapat juga undang-undang yang menghukum penganjur demonstrasi tanpa notis. Ini berpotensi menjadi alat untuk mengecilkan kritikan. Setakat ini, tanpa peraturan yang hanya bersifat jenayah, banyak pihak sukar untuk menyatakan kritikan melalui demonstrasi. Atas dasar itu, tidak jarang tindakan menindas berlaku.
Kanun Jenayah baharu juga tidak memberikan hukuman terhadap pelaku LGBTQ+, apatah lagi mereka yang menyeru dan menyebarkan LGBTQ+. Walaupun LGBTQ+ menimbulkan bahaya kepada masyarakat.
Walaupun telah dibuktikan, penerapan undang-undang dan prinsip undang-undang yang diwarisi daripada penjajah tidak dapat mewujudkan keadilan dan rasa keadilan, ia juga terbukti gagal dalam membasmi jenayah. Akhirnya masyarakat tidak terpelihara daripada pelbagai jenayah. Mereka juga belum merasakan keadilan dan rasa keadilan.
Sempurna dan Adil
Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil telah menurunkan syariat-Nya kepada Rasulullah SAW untuk kita jadikan sebagai petunjuk dan pedoman dalam menjalani kehidupan dan mengurus kehidupan. Syariat Islam merangkumi undang-undang yang mengatur semua urusan manusia. Undang-undang Islam adalah sempurna kerana ia datang dari Allah Yang Maha Sempurna.
Allah SWT telah menegaskan dalam al-Quran bahawa Islam yang merangkumi akidah dan syariah telah menyempurnakan dan meredhai manusia (Lihat: Surah al-Maidah [5]: 3). Sesuai dengan firman Allah SWT tersebut, undang-undang Islam termasuk undang-undang jenayah Islam adalah sempurna dan tidak mengandungi kekurangan.
Undang-undang Islam juga adalah yang terbaik dan adil. Ini kerana undang-undang Islam berasal dari Allah Yang Maha Adil. Allah SWT sudah pasti tidak akan berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya (Lihat: Surah Ghafir [40]: 31). Bahkan Allah SWT tidak menghendaki kezaliman bukan sahaja terhadap manusia, tetapi terhadap seluruh alam (Lihat: Surah Ali Imran [3]: 108).
Allah SWT juga telah menegaskan bahawa risalah yang Nabi SAW bawa, iaitu Islam dan syariatnya, adalah rahmatan lil‘alamin (Lihat: Surah al-Anbiya’ [21]: 107). Islam adalah rahmatan lil’alamin kerana pastinya membawa kemaslahatan dan mencegah kemudaratan daripada manusia dan alam. Undang-undang Islam, misalnya, akan menjaga dan melindungi darah, harta, akal, kehormatan, bangsa, dan agama.
Kerana itu Allah SWT menyatakan rasa hairan, pengingkaran, dan celaan terhadap sesiapa yang lebih mengutamakan hukum-hukum selain Islam (hukum-hukum jahiliah) dan sebaliknya berpaling atau meninggalkan hukum-hukum Islam. Allah SWT berfirman:
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Maidah (5): 50].
Al-Hasan berkata, “Sesiapa yang memutuskan hukum selain daripada hukum Allah SWT maka itulah hukum jahiliah.” [HR Ibnu Abi Hatim].
Terapkan Undang-undang Islam
Undang-undang jenayah Islam sudah tentu memberi kemaslahatan di dunia dan akhirat. Ini kerana undang-undang jenayah Islam mempunyai sifat jawâbir dan zawâjir. Ia bersifat jawâbir kerana penerapan undang-undang jenayah Islam akan menjadi penebus dosa bagi penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman syarie.
Undang-undang jenayah Islam juga bersifat zawâjir, iaitu boleh memberi kesan pencegahan kepada pelaku dan menyebabkan orang lain takut untuk melakukan perbuatan jenayah yang serupa. Oleh itu, undang-undang jenayah Islam akan menjamin kelangsungan hidup masyarakat.
Allah SWT berfirman,
وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Dalam qisas itu terdapat jaminan kelangsungan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal, agar kamu bertakwa.“ [TMQ al-Baqarah (2): 179]
Dengan undang-undang jenayah Islam, masyarakat akan terpelihara daripada pelbagai perbuatan jenayah. Keselamatan dan rasa selamat untuk semua orang akan direalisasikan. Bilangan penjenayah dalam masyarakat akan menjadi minimum. Penjara dan pusat rehabilitasi yang sesak, seperti yang sedang berlaku di hampir semua bahagian dunia, tidak akan berlaku apabila undang-undang jenayah Islam dilaksanakan.
Oleh itu, kebaikan dan keadilan undang-undang jenayah Islam secara i’tiqâdi tidak boleh diragui. Ia adalah sebahagian daripada perkara yang mesti kita imani. Malah faktanya, kebaikan dan keadilan undang-undang jenayah Islam juga telah dirasai bukan sahaja oleh orang Islam, tetapi juga oleh orang bukan Islam, iaitu apabila undang-undang Islam diterapkan secara nyata. Tetapi malangnya, pada masa ini ia tidak wujud dan tidak dirasai lagi.
Sudah tentu kita wajib taat, patuh, dan terikat dengan undang-undang Islam. Kita wujudkannya dengan berpedoman dan menerapkan Islam dalam semua urusan kehidupan kita. Namun, pada masa kini undang-undang Islam tidak lagi diterapkan. Ia digantikan dengan undang-undang jahiliah yang berasal dari manusia sendiri. Inilah yang menjadikan kehidupan manusia dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan. Hilang keselamatan dan rasa selamat.
Semua itu seharusnya mendorong kita untuk segera menerapkan undang-undang Islam untuk mengatur urusan kehidupan dan memutuskan segala masalah yang berlaku. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang yang zalim, fasik, apatah lagi kafir kerana enggan menerapkan undang-undang Islam.
Allah SWT berfirman,
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Sesiapa yang tidak memutuskan hukum menurut wahyu yang telah Allah turunkan, meeka itu adalah orang-orang zalim.“ [TMQ al-Maidah (5): 45].
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Sesiapa yang tidak memutuskan hukum mengikut wahyu yang telah Allah turunkan, mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ al-Maidah (5): 47].
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
“Sesiapa yang tidak memutuskan hukum menurut wahyu yang telah Allah turunkan, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.“ [TMQ al-Maidah (5): 44].
Wallahua’lam bissawab.
Hikmah:
Allah SWT berfirman:
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ
“Sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar batas-batas hukum-Nya, nescaya Allah memasukkan dirinya ke dalam api neraka. Dia kekal di dalamnya dan dia akan mendapat azab yang menghinakan.” [TMQ n-Nisa’ (4): 14].
Sumber: Buletin Kaffah No. 273 (21 Jamadilawwal 1444 H/16 Disember 2022 M)
https://muslimahnews.net/2022/12/17/15615/