SERUAN BARAT KE ARAH KEKACAUAN SEKSUAL GLOBAL [Bahagian 1]
Latar Belakang Gerakan Kebebasan Seksual
“Cara terbaik untuk mengurangkan jenayah adalah dengan mengabsahkan (melegalisasikan) jenayah itu. Cara terbaik untuk mengurangkan perbuatan tidak bermoral dalam masyarakat adalah dengan menyatakan setiap tindakan tidak bermoral sebagai bermoral. Dan cara terbaik untuk mempertahankan sistem dengan penyakit intelektual adalah dengan mengurangkan kemampuan intelektual orang ramai. Salam demokrasi!” – Tanpa nama.
Setelah Eropah Barat dan Amerika yang baru merdeka seterusnya mengadopsi sekularisme, belenggu gereja dilepaskan dalam kehidupan awam. Dasar dari negara-negara sekular baru ini adalah pengadopsian kebebasan individu, kepemilikan, ekspresi dan agama untuk semua rakyatnya. Berdasarkan prinsip ini, seksualiti dipersepsikan sebagai keperluan organik yang mesti dipuaskan seperti rasa lapar. Itu tidak diperlakukan sebagai sarana untuk pembiakan atau kelangsungan hidup spesis manusia. Setelah itu, dengan cepat dorongan besar-besaran dari kelompok liberal -sekularis di Barat mengglobalisasikan kebebasan seksual dengan topeng dalih kebebasan individu, kebebasan dan kesetaraan gender dimulakan.
Masyarakat sekular mula menentang perilaku seksual tradisional pada tahun 1960-an dengan gerakan pembebasan seksual, yang juga disebut sebagai revolusi seksual. Tujuan utama dari gerakan ini adalah untuk meningkatkan penerimaan seks di luar hubungan heteroseksual dan perkahwinan tradisional.
Penting untuk diketahui bahawa gerakan ini tidak direncanakan dalam sehari. Ia adalah hasil dari keinginan yang mengintai di sudut-sudut gelap masyarakat sekular yang ingin mendapatkan pengiktirafan dan memasuki arus perdana.
Keadaan Masyarakat Amerika tahun 1950-an
Pada tahun 1950-an, masyarakat Amerika dilanda fenomena seperti angka kelahiran luar nikah, remaja perempuan hamil (masih dianggap sebagai kanak-kanak dalam masyarakat ketika itu), anak-anak tidak mengenal ayah mereka, dan lain-lain. Dan perkara-perkara ini masih dianggap tidak bermoral dalam masyarakat pada umumnya, sedangkan sebahagian masyarakat Amerika pula masih dipengaruhi prinsip gereja yang tersisa.
Perkembangan pil pencegah kehamilan pada tahun 1960 mendorong perempuan untuk melakukan hubungan di luar nikah sekaligus melindungi diri dari rasa malu melahirkan anak diluar nikah. Hasilnya, terjadi peningkatan hubungan seksual antara orang dewasa yang belum menikah. Tahap penceraian melonjak secara dramatik dan tahap pernikahan mulai menurun secara signifikan sepanjang tempoh terbabit. Populasi orang Amerika yang belum berkahwin berusia 20-24 tahun naik lebih dari 100%, dari 4.3 juta pada tahun 1960 menjadi 9.7 juta pada tahun 1976. Inilah tempoh waktu di mana sistem masyarakat sekular mulai runtuh.
Satu-satunya cara untuk mengurangkan wabak ini adalah dengan memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkara tersebut bukan lagi wabak. Maka, gerakan tersebut mula menormalisasikan isu-isu semacam ini untuk menyembunyikan kekurangan struktur masyarakat sekular.
Kita sering tertanya-tanya bagaimana para pemimpin sekular menangani masalah-masalah sosial yang ditimbulkan oleh sistem mereka;misalnya: jika anda tidak dapat mengatasi masalah obesiti di negara anda, mulalah dengan memberitahu kepada orang ramai bahawa tahap kecergasan mereka tidak normal. Seballiknya diinvestasikan dalam promosi dan iklan, alhasil dalam 20 tahun ke depan kecergasan menjadi hal yang tabu.
Demikian juga mereka membalut kemas perilaku seksual baru ini dengan kata-kata seperti “kemajuan”, “pembebasan”, “kebebasan” dan mula mempromosikannya. Mereka mencuci otak kanak-kanak di sekolah untuk berfikir bahawa homoseksualiti adalah normal dan berfikir bahawa mereka dapat memuaskan naluri mereka bila-bila saja, dan dengan cara apapun yang mereka inginkan, tetapi hal itu mestilah dilakukan dengan perlindungan. Dengan demikian, mereka pun merosakkan generasi masa depan.
Lahirnya Perundangan Baru
Masalahnya adalah, bahawa “fitrah” manusia, yang mengakui kesalahan hubungan homoseksual akan menganggap bahawa hubungan semacam itu tidak semulajadi. Manusia mana pun yang berakal sihat pasti berfikir, misalnya, jika homoseksualiti itu wajar, dan semua manusia di dunia menjadi homoseksual, maka dari mana generasi anak-anak berikutnya akan lahir?.
Namun demikian, dalam masyarakat yang penuh dengan individu tanpa standard moral ketuhanan dan tanpa sumber pengetahuan ketuhanan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah, maka berlakulah prinsip “ulanglah kebohongan 100 kali, maka kebohongan tersebut menjadi kebenaran yang baru”!
Demokrasi, merupakan salah satu elemen utama daripada masyarakat sekular. Ia memudahkan kelompok yang mendominasi untuk merangka perundangan yang akan membantu mereka memuaskan naluri (nafsu) mereka sendiri dengan cara apa pun yang mereka inginkan. Hal itu kerana, masyarakat sekular menyerahkan kepada manusia untuk mendefinisikan “apa yang baik” dan “apa yang buruk” sehingga mempromosikan “subjective morality“. Ketika moral subjektif diikuti sebagai perbuatan umum, pasti akan terjadi kekacauan dalam masyarakat. Ini kerana, apa yang dianggap baik oleh satu orang dianggap buruk oleh orang lain, dan pendapat 51% akan menang. Alasan mengapa mereka tidak mengakui tindakan dan perilaku ini sebagai tidak bermoral dan merendahkan adalah kerana prinsip inti liberalisme lainnya, bahawa: Anda boleh melakukan apa pun yang anda inginkan, “selagi anda tidak merugikan siapa pun”.
Namun kenyataannya, kaum liberal ini tidak menyedari betapa mereka sendiri tidak mematuhi prinsip ini. Ada banyak contoh hal-hal yang melibatkan “no harm” (tidak membahayakan) yang tidak akan mereka toleransi. Misalnya, apabila bercakap tentang perkara-perkara seperti nafsu kebinatangan (bestiality), necrophilia, sumbang mahram, dan persetujuan hubungan antara kanak-kanak dan orang dewasa, maka prinsip ‘cinta adalah cinta’ dengan cepat dirasakan tidak relevan, dan kompas moral dalaman mereka akan terganggu.
Demokrasi dan Manipulasi Pendapat Awam Terkait Persoalan Seksualiti
Ini benar-benar bertentangan dengan apa yang dipromosikan oleh Syariah, iaitu “moral objektif”. Moral objektif dari perspektif Islam mendukung bahawa Allah (swt) memberitahu manusia apa yang baik dan apa yang buruk, tanpa meninggalkan ruang untuk subjektiviti. Oleh kerana itu, Syariah tidak pernah berubah dan konsisten dalam segala keadaan. Prinsipnya di sini adalah bahawa jika diserahkan kepada manusia untuk memutuskan “apa yang baik/bermoral” dan “apa yang buruk/tidak bermoral”, maka mereka akan selalu memilih apa yang paling memuaskan naluri nafsu mereka, tanpa mempedulikan apakah perbuatan itu bermoral atau tidak bermoral.
Manusia akan mula merangka undang-undang dan peraturan yang akan menormalisasikan perbuatan semacam itu, dan mereka akan mengubah definisi moral itu sendiri. Di sinilah titik kesalahan pada sistem sekular.
Para reformasi perundangan dalam masyarakat sekular akan berusaha untuk membangun pendapat/pandangan awam dengan menggunakan sarana seperti LGBT, feminisme, kesetaraan gender, dan lain-lain., dan begitulah pandangan awam akan dibangun untuk mendukungnya, seterusnya mereka akan menggubal serta mengesahkan undang-undang dan dasar kebijakan baru.
Demokrasi memberi manusia kekuasaan untuk membuat undang-undang bagi masyarakat berdasarkan alasan logik akal sendiri, bertentangan dengan Islam yang mengatakan bahawa hanya Allah-lah Pembuat Hukum dan Dia yang memutuskan halal dan haram.
Dengan demikian, aturan dan perundangan dalam masyarakat liberal Barat terus berubah-ubah dari waktu ke waktu. Sesuatu yang dianggap melanggar undang-undang hari ini dapat diabsahkan pula keesokannya.
Bahkan untuk memperkenalkan kekotoran (perbuatan tidak bermoral/salah) ke dalam masyarakat pun menjadi sukar kerana kelompok liberal menggunakan pendekatan yang samar. Mereka memilih untuk mengambil jalan yang paling diselimuti kejahilan dan kekeliruan, dan mereka menggunakan kaedah ini secara bertahap untuk memanipulasi masyarakat menjadi lebih rendah, merosot dan tidak bertuhan.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
oleh Mohammed Hassan
The Western Call for Global Sexual Chaos
https://www.hizb-ut-tahrir.info/…/analysis/24282.html
Bersambung ke bahagian 2
#kekacauanseksualiti #kecelaruanseksual #seksbebas #pergaulanbebas #krisiskemanusiaan #krisisglobal #jenayahseksual #masalahsosial