SERUAN BARAT KE ARAH KEKACAUAN SEKSUAL GLOBAL [Bahagian 2]
Motif di sebalik mempromosikan tatanan baru seksual ini
Terdapat beberapa aspek yang berbeza untuk dilihat apabila cuba mengenal pasti penerima-penerima manfaat dalam masyarakat yang ditimpa huru-hara seksual ini dan apakah faedah yang mereka perolehi daripadanya.
1) Masyarakat yang kecelaruan seksual melahirkan kepenggunaan (konsumerisme) yang tidak terkawal. Seseorang itu dianggap bukanlah pengguna yang sangat baik jika dia mempunyai kualiti menahan diri. Mana-mana pemilik perniagaan yang tidak beretika, seperti yang kita lihat dalam sistem kapitalis, mahu penggunanya membeli barangan mereka dengan cara yang tidak terkawal. Mereka akan mempromosikan produk mereka dan membuatkan orang ramai berasa perlu membeli produk tersebut. Oleh itu, pelajar pengurusan pemasaran diajar tentang “mewujudkan keperluan” walaupun ia (baca: produk itu) sebenarnya tidak penting dan tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, apabila kita bercakap tentang ubat gigi atau produk semisalnya, dengan iklan TV yang tidak berkesudahan, orang ramai masih menyedari bahawa mereka tidak perlu membeli ubat gigi lain selagi mereka tidak kehabisan ubat gigi sedia ada. Demikianlah para kapitalis, demi memuaskan ketamakan mereka, mereka akan pergi ke tahap mengkomersialkan seks sebagai komoditi dengan cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam sejarah. Dan kerana “produk” dikaitkan dengan naluri, ditambah pula dengan persekitaran yang menggalakkan, maka mudahlah bagi orang untuk hilang kawalan ke atas diri mereka sendiri.
Akibat daripada jenis konsumerisme yang meluas dan baharu ini, anak-anak muda dalam masyarakat sekular kurang ditemui di perpustakaan, sebaliknya lebih banyak ditemui di rumah-rumah pelacuran versi yang telah dituras maknanya, iaitu disko, pub, bar, laman- sesawang lucah dan lain-lain. Masyarakat sekular amat menyedari hakikat bahawa ini akan membawa kepada masalah lain seperti penagihan dadah, pemerdagangan wanita, dan mafia. Namun, “kesedaran akan hakikat ini” ditewaskan oleh ketamakan mereka yang tidak terhad, dan moral mereka yang subjektif.
2) Masyarakat individualistik mudah diurus dalam struktur politik sekular. Individualisme adalah konsep mempertimbangkan kepentingan individu sebagai etika yang paling utama.
Individualisme menghargai tingkah laku yang tidak konvensional dan menghormati gaya hidup yang tidak sesuai dengan apa yang diterima oleh masyarakat pada masa kini. Mereka berbangga dengan “tidak mengikut norma sosial masyarakat”. Hal ini adalah berdasarkan andaian bahawa setiap individu cukup waras untuk melakukan apa yang betul. Memandangkan masyarakat individualistik diasingkan daripada kepentingan kolektif masyarakat, adalah lebih mudah bagi kerajaan sekular untuk mengawal mereka, berbanding masyarakat kolektif di mana orang mengambil berat antara satu sama lain. Sebagai contoh, seorang warga Amerika tahu bahawa CIA membunuh orang, tetapi masih berpendapat ia harus wujud selagi ia dapat melindungi mereka. Sebaliknya, seorang Muslim yang tinggal di kawasan pedalaman Bangladesh, apabila mendengar tentang pendudukan haram di tanah umat Islam, dia turut merasakan kesakitan yang menimpa mereka dan ingin melakukan sesuatu mengenai masalah itu.
Individu dalam masyarakat individualistik akan cenderung merasa tertekan dan kesepian. Disebabkan sifat mereka yang suka mempersoalkan dan mencabar norma masyarakat, mereka menggali lubang baru dalam struktur liberal sekular yang sudah kosong. Individu sedemikian adalah hasil daripada kegagalan sistem sekular – politik dan ekonomi. Dalam menyatakan penolakan mereka terhadap nilai-nilai para penurut, mereka sebaliknya meninggalkan kod-kod formal, memperlekehkan perkahwinan, mengesahkan hak-hak gay, berhenti daripada kolej beramai-ramai, berundur ke kehidupan komun, dan kembali kepada alam. Anak-anak muda yang mengambil budaya hipi ini keciciran dari kolej dan mengembara ke luar negara dalam jumlah yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Mereka mula hidup bersama (lelaki-perempuan) tanpa ikatan perkahwinan yang sewajarnya, dan malah memiliki anak. [1]
Oleh itu, individualisme adalah baik untuk kerajaan sekular, kerana mereka tidak menghargai kepentingan kolektif dan mudah diurus; namun, ia menimbulkan keburukan baru dalam masyarakat yang kadangkala turut mengejutkan Barat sendiri, seperti sumbang mahram dan nafsu kebinatangan. Bukankah lebih baik bagi pemimpin seperti Trump dan Biden, jika “individualis” ini menjadi “aktivis hak haiwan” dengan mencari jawapan falsafah yang mendalam terhadap persoalan “mengapa lelaki tidak boleh berkahwin dengan kambing”, sementara mereka terus membombardir separuh dunia, dalam masa yang sama salah dalam mengurus hal ehwal ekonomi di tanah mereka sendiri.
Tahap kekacauan seksual dalam dunia sekular Barat
Agenda para pemodal kapitalis untuk meningkatkan konsumerisme dan keinginan pemimpin sekular untuk mempromosikan individualisme demi kesenangan politik mereka telah membawa malapetaka kepada struktur masyarakatnya.
Tiga tinjauan selari terhadap pelajar kolej telah dijalankan di Shanghai, Hong Kong, dan Taipei. Hasilnya mendedahkan bahawa kolektivisme berkorelasi lebih kuat dan negatif berbanding individualisme dengan pendedahan kepada pornografi internet, sikap terhadap seks pra-nikah dan luar nikah, dan tingkah laku permisif seksual. Kajian itu mendapati bahawa lebih ramai orang kolektivistik kurang berkemungkinan untuk menerima hubungan seks pra-nikah dan luar nikah, serta terlibat dalam tingkah laku seksual permisif. Manakala orang yang mempunyai orientasi individualistik tertinggi, iaitu, individualisme menegak, berkemungkinan besar untuk menerima pornografi internet, seks sebelum nikah, dan tingkah laku seksual yang permisif. [2]
Menurut kajian lain, terdapat konsensus bahawa perasaan kolektivisme yang lebih rendah membawa kepada tingkah laku seksual yang berisiko. Dalam sampel kebangsaan pelajar kolej daripada keluarga pendatang di A.S., yang terdiri dikalangan pelajar Hispanik, Asia Timur dan Asia Selatan terutamanya (Schwartz et al. 2011), mendapati bahawa orientasi kolektivis yang lebih tinggi secara amnya melindungi mereka daripada penggunaan dadah dan tingkah laku seksual yang tidak selamat.
Menurut kajian-kajian lain yang berpusat di AS mengenai remaja Asia-Amerika juga menunjukkan bahawa individualisme yang lebih tinggi dikaitkan dengan penggunaan bahan yang lebih tinggi, seperti tembakau, alkohol, dadah dan lain-lain (Le et al., 2009), delinkuens, iaitu jenayah yang dilakukan oleh golongan muda ( Le & Stockdale, 2005), dan tingkah laku seksual berisiko (Le & Kato, 2006). Selaras dengan penemuan ini, penyelidikan berdasarkan sampel belia dan dewasa muda dari tanah besar China telah mendapati bahawa, orientasi kolektivis atau individu yang lebih rendah dikaitkan dengan rendahnya keterlibatan dengan bahan (iaitu, tembakau, alkohol dan penggunaan dadah lain; Du et al., 2014), rendahnya tahap faktor tahap penggunaan bahan berisiko (Liu et al., 2010), dan rendahnya tahap keagresifan fizikal dan hubungan (Li et al., 2010). Oleh itu, nampaknya terdapat beberapa konsensus dalam literatur semasa bahawa kecenderungan individulis yang lebih tinggi dan kecenderungan kolektivis yang lebih rendah, mendedahkan belia kepada risiko yang lebih tinggi terhadap penggunaan bahan dan tingkah laku berisiko yang lain.[3]
Data statistik yang dinyatakan di bawah juga menunjukkan betapa rentan dan rapuhnya struktur sosial kaum kapitalisme/sekularisme akibat daripada konsumerisme dan individualisme mereka yang terencana dengan sengaja:
* Kebanyakan mangsa rogol wanita di AS dirogol oleh kenalan dan pasangan intim. Tetapi atas sebab tertentu mereka masih menganggap bahawa perkahwinan dan pemenuhan naluri ini lebih awal sebagai suatu bentuk kemunduran budaya. Satu kajian menganalisis data daripada NISVS 2011 mendapati bahawa di AS ,19.3% wanita dirogol pada suatu masa dalam hidup mereka, dan 43.9% mengalami keganasan seksual selain rogol. Selalunya, pelaku adalah seseorang yang dikenali mangsa: hampir separuh daripada mangsa rogol wanita berdasarkan tinajauan (46.7%) mengatakan sekurang-kurangnya seorang pelaku merupakan kenalan, dan dalam nisbah yang hampir sama (45.4%) pula mengatakan sekurang-kurangnya seorang pelaku dari kalangan pasangan intim.[4]
* Amerika Syarikat adalah ibu kota jenayah pemerkosaan dunia. UK, Perancis, Jerman, Kanada dan Sweden juga antara 10 teratas. Setiap 68 saat seorang warga Amerika diserang secara seksual. Satu daripada setiap enam wanita Amerika telah menjadi mangsa percubaan atau mangsa rogol dalam hidupnya. Manakala kira-kira 3% lelaki Amerika atau 1 dari 33 orang telah mengalami percubaan atau rogol total sepanjang hayat mereka.[5] Dalam 10 tahun yang lalu, bilangan kes rogol yang “dilaporkan” di AS melonjak sebanyak 71.4%.[6] Bagi Sweden, jenayah rogol telah meningkat sebanyak 39% antara 2015 dan 2021. Terdapat poin-poin data yang mencukupi menunjukkan bahawa keadaan semakin memburuk di negara-negara ini, dan undang-undang mereka tidak berkesan dalam menangani situasi tersebut.[6]
Di UK (England dan Wales), bilangan jenayah rogol tertinggi dalam tempoh 12 bulan telah dicatatkan oleh polis pada tahun ini berakhir pada Mac 2022: 70,330, iaitu kira-kira 8 kes rogol dalam sejam. Pada 2021, hanya 1 sahaja dari 100 kes rogol yang direkodkan oleh polis telah didakwa pada tahun yang sama, apatah lagi untuk disabit hukuman. Lima dari enam wanita yang dirogol tidak melaporkan kepada polis dan hal yang sama berlaku kepada 4 dari 5 mangsa lelaki. Satu daripada dua orang dewasa mangsa rogol yang terselamat pernah mengalaminya (menjadi mangsa) lebih daripada sekali.[7]
* Para kapitalis malah telah mengkomersialkan penipuan pasangan atau zina (hubungan luar nikah). Banyak syarikat/perniagaan baru bermunculan di negara-negara ini (menyediakan platform) di mana lelaki dan wanita boleh mencari dan menjalinkan hubungan keji di luar perkahwinan mereka. Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah membayar harga langganan untuk perkhidmatan tersebut.[8]
* Wanita Barat membelanjakan lebih $20 bilion setiap tahun untuk kosmetik dan minyak wangi, dan $12 bilion lagi untuk pembedahan kosmetik. Sedangkan hanya $22 bilion diperlukan untuk memberi makan, pakaian dan menyediakan penjagaan asas kesihatan untuk seluruh penduduk miskin di dunia. Semua perbelanjaan ini dikeluarkan demi mematuhi standard palsu dunia fesyen dan kecantikan yang ditentukan oleh konglomerat korporat yang menjana keuntungan daripada keinginan wanita Barat untuk kelihatan lebih berahi atau tampil seperti komoditi yang dikomersialkan.[8]
* Di negara-negara Barat ini, kanak-kanak bukan sahaja menjadi mangsa, bahkan merekalah juga yang menjadi pemangsa dengan melakukan jenayah pada usia muda. Dalam kejadian pada tahun 1998, dua budak lelaki berusia 10 tahun telah didakwa dengan kesalahan merogol. Dalam kejadian lain pula, seorang budak lelaki berusia 12 tahun telah disabitkan dan menjadi orang termuda di Britain yang disabitkan dengan kesalahan merogol. Kejadian tersebut berlaku ketika dia yang berusia 11 tahun telah merogol mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun semasa bermain truth-or-dare (permainan di mana seseorang dicabar untuk berkata benar atau melakukan sesuatu yang dicabar) dalam keadaan mabuk pada September 2006.
Sebuah laporan oleh “End Violence Against Women” dari 2016, menyatakan “tahap endemik keganasan dan gangguan seksual di sekolah-sekolah”, sebanyak 5500 kesalahan seksual telah dilaporkan kepada pihak polis berlaku di sekolah-sekolah UK sepanjang tempoh tiga tahun hingga Julai 2015, termasuklah 600 kes rogol.
Selain itu, menurut beberapa laporan lain, kanak-kanak bawah umur di UK adalah golongan yang kurang berkemungkinan disabitkan kesalahan. Andrea Simon, pengarah koalisi End Violence Against Women menyebut, “Jika seorang budak lelaki dapat menyerang seorang gadis di sekolah tanpa konsekuensi, justeru mengapa dia tidak akan meneruskan perbuatan itu (pada masa hadapan)”. Louise Whitefield, seorang peguam mewakili pelajar yang melaporkan serangan seksual pula menyatakan, “Ini adalah isu yang sangat sukar untuk ditangani oleh sekolah-sekolah, dan terlalu kerap pihak sekolah memutuskan untuk tidak menanganinya sama sekali, serta mengatakan ia adalah urusan pihak polis”.[9]
* Seruan untuk mempromosikan homoseksualiti hanya menjadikan masalah lebih besar bagi masayarakat Barat. Kajian saintifik mendapati bahawa gambar “daging reput”, “belatung” dan “makanan rosak” mendorong tindak balas tekanan fisiologi yang sama kepada lelaki normal (lurus) sebagaimana gambar “dua lelaki bercium antara satu sama lain”.[10] Ia telah jauh dipisahkan daripada perasaan keseronokan seksual yang diperjuangkan oleh masyarakat materialistik mereka. Perasaan belatung dan makanan busuk yang menjijikkan inilah yang cuba disogokkan oleh sekular Barat ke kerongkong lelaki, wanita dan kanak-kanak mereka.
Satu lagi kajian mengenai perkadaran pencabulan heteroseksual-ke-homoseksual terhadap kanak-kanak mendapati bahawa: mereka yang mengamalkan perbuatan homoseksual sekurang-kurangnya 12 kali lebih cenderung untuk menganiaya kanak-kanak secara seksual.[11]
Barat kini cuba menyusupi (idea) ke dalam nilai-nilai Islam seperti biasa bila melibatkan isu homoseksual dan menghadapi tindak balas daripada masyarakat Islam. Sebagai contoh, Andrew Moffat, seorang homoseksual dan merupakan pentadbir sekolah di sebuah sekolah komuniti Parkfield, di Birmingham – telah mengajarkan kepada kanak-kanak tentang seks dubur (anal sex) melalui buku-buku bergambar, sejak itu ibu bapa Muslim mula mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah tersebut. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, apa yang Barat cuba lakukan adalah untuk menjadikan kanak-kanak ini menyukai “belatung” dan “makanan rosak” serta menerimanya dan bukan sebaliknya merasa jijik secara semula jadi. Malah, salah sebuah sekolah di UK terpaksa menarik keluar isi kandungan silibusnya, selepas komuniti Islam membantah keras kandungan homoseksual.[11]
Data yang dipetik di atas jelas mendedahkan kekacauan seksual yang telah ditimbulkan oleh Barat ke atas dirinya sendiri menerusi undang-undang sekularnya. Justeru, apa lagi yang boleh diharapkan daripada pemimpin sekular dengan pola pemikiran penjajah ini? Mereka tidak kisah melakukan pembunuhan beramai-ramai di negara asing, jadi bagaimana mungkin mereka boleh merasa bimbang tentang beberapa kes rogol dan jenayah rogol terhadap kanak-kanak? Sangat disayangkan bagi ibu bapa yang anak-anak perempuannya sedang membesar di Barat.
Bagaimanakah para pemimpin sekular mengurus situasi yang rosak ini?
Jika diselami secara mendalam terhadap cara Barat mengendalikan situasi ini, ia jelas mendedahkan bahawa usaha-usaha terbaik mereka ternyata gagal.
* Inisiatif CEDAW telah gagal teruk. Sebenarnya, semua data yang dilaporkan di atas berlaku selepas perjanjian antarabangsa seperti CEDAW (The Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women) telah diterima pakai oleh kebanyakan negara. Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) ialah perjanjian antarabangsa yang diterima pakai pada tahun 1979 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Disifatkan sebagai rang undang-undang hak antarabangsa untuk wanita, ia telah dimulakan pada 3 September 1981 dan telah disahkan oleh 189 negeri. Anehnya, AS telah menandatangani perjanjian itu tetapi tidak meratifikasinya.[12] UK bersetuju untuk mengikutinya pada tahun 1986, dan sebagai akibatnya kita melihat data jenayah yang dilaporkan di atas.
Mungkin jika AS menerima CEDAW, kes rogol, bukannya meningkat sebanyak 71.4% dalam 10 tahun, justeru akan meningkat sebanyak 60-65%. Itu pasti akan melayakkannya sebagai masyarakat yang baik untuk didiami berdasarkan piawaian sekular.
* Barat mengawal konsekuensi daripada kekacauan seksual ini dengan tindakan-tindakan totalitarian (munafik).
Walaupun Barat mendakwa mempromosikan kebebasan individu, ia pasti menjadi sedikit hipokrit apabila mengawal akibat atau impak daripada kekacauan seksual ini. Memandangkan masyarakat Barat penuh dengan pemangsa seksual, dan pelbagai jenis keganasan seksual dilakukan dari sekolah hinggalah ke rumah, pejabat, jalanan dan tempat letak kereta, maka, satu-satunya pilihan yang tinggal bagi kerajaan mereka adalah untuk mengawal dengan meningkatkan penggunaan penjejak individu, memantau penggunaan media mereka, memantau kewangan, memantau sekolah-sekolah, rakyat dan lain-lain. Nampaknya Barat kini perlu menjalankan kawalan sebagaimana Saudi dan Korea Utara. Manakala skim kebebasan nampaknya tidak lagi berhasil untuk mereka.
* Barat mensubsidi kos biaya pembebasan seksual dan menyerahkannya kepada pembayar cukai. Disebabkan kekacauan seksual yang meluas ini, ada peningkatan jumlah wanita bujang dan bercerai yang sangat tertekan di AS yang juga melahirkan anak. Dan kerana tidak dapat bekerja, atau menguruskan keseimbangan kehidupan kerja, mereka hanya bergantung harap pada faedah-faedah daripada jaminan sosial. Manfaat ini, dengan demikian, ditaja langsung oleh para pembayar cukai lainnya di negara-negara Barat. Dan oleh sebab itu juga, bahkan mereka yang bukan sebahagian daripada kekacauan dalam masyarakat tersebut pada akhirnya turut terpaksa membayar untuk undang-undang yang kacau tersebut.
Bukan lagi rahsia bahawa Barat sedang menderita kekacauan seksual ini, dan ini merupakan produk sampingan dari undang-undang buatan mereka sendiri. Para penyampai berita daripada Barat hari ini lebih takut untuk mendekati intelektual Muslim dan berdebat dengan mereka tentang topik semacam itu, kerana mereka tahu bahawa mereka perlu menghadapi rasa malu yang sangat besar dalam program-program siaran langsungnya. Jadi, kami mendapati bahawa mereka telah mengadopsi pendekatan “strawman”* berbohong secara terang-terangan terhadap kaum Muslim, dan “berpura-pura” untuk mendidik mereka tentang hubungan seksual.
Mungkin sudah tiba masanya untuk para pemimpin di AS, UK dan negara-negara Barat lain secara terbuka bercakap tentang kesilapan mereka. Mereka tidak perlu takut akan rasa malu yang akan mereka hadapi selepas rancangan politik dan sosial Ponzi mereka terbongkar. Tidak ada rasa malu untuk mengakui kegagalan dan kesilapan. Mereka juga boleh mengambil sedikit motivasi daripada salah seorang kapitalis mereka, Henry Ford, yang berkata “Satu-satunya kesilapan sebenar ialah kesilapan yang kita tidak belajar apa-apa”. Mereka harus mula secara terbuka mengakui bahawa mereka perlu mengamalkan Syariah, dan menerima kepimpinan umat Islam, paling tidak untuk memperbaiki struktur sosial mereka. Memandangkan jumlah jizyah adalah kurang berbanding cukai yang sedang dikenakan pada hari ini ke atas warganegara mereka, maka ia bukanlah sesautu hal yang buruk.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
oleh Mohammed Hassan
The Western Call for Global Sexual Chaos
https://www.hizb-ut-tahrir.info/…/analysis/24282.html
Bersambung ke bahagian 3
#kekacauanseksualiti #kecelaruanseksual #seksbebas #pergaulanbebas #krisiskemanusiaan #krisisglobal
* Strawman – pembangkang atau hujah yang lemah atau khayalan yang diada-adakan untuk mudah dikalahkan