[Hadis Ramadhan 8] Menyegerakan Berbuka Puasa pada Waktunya
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
.لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf, telah mengkhabarkan kepada kami Malik, dari Abu Hazim, dari Sahal bin Sa’ad, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Senantiasa manusia berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka”. (HR. Bukhari no. 1821).
Islam adalah agama yang penuh dengan kebaikan bagi pemeluknya. Walaupun puasa Ramadhan merupakan kewajipan, Allah tidak sama sekali menjadikan puasa itu sesuatu yang membebankan bagi yang melaksanakannya. Salah satu contoh adalah anjuran dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menyegerakan berbuka puasa. Dalam hadis lainnya, kaum muslimin dianjurkan untuk melewatkan makan sahur. Menyegerakan berbuka dan melewatkan makan sahur tentu banyak kebaikan dan hikmah.
Diantara kebaikan dan hikmah tersebut adalah:
1. Menjadikan tubuh lebih kuat dan segar ketika berpuasa kerana melewatkan makan sahur dan menyegerakan berbuka pada waktunya.
2. Tubuh segar dan kuat kembali setelah berbuka dengan segera sehingga sedia menjalankan ibadah lainnya seperti solat tarawih.
3. Menjadi syiar Islam dan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat, kerana dulu umat Yahudi dan Nasrani biasa melewatkan berbuka.
4. Waktu menjelang berbuka adalah waktu mustajab untuk berdoa.
Sebagai catatan tambahan, berbukalah dengan makanan dan minuman secukupnya dan jangan berlebihan agar tidak menimbulkan rasa malas untuk solat Isyak dan Tarawih berjamaah. Berbuka puasa bersama boleh saja, tapi jangan mengabaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih. Menurut pengalaman, kebanyakan orang hanya ikut berbuka puasa bersama namun pada akhirnya mengabaikan kewajipan pokok sebagai seorang muslim. Wallahu A’lam. (Rujukan: Pusat Kajian Hadis)
Sumber: Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung