[Hadis Ramadhan 7] Keberkahan Bersahur
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً.
Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin Shuhaib, dia berkata: Aku mendengar Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Bersahurlah kalian, kerana di dalam sahur ada berkah”. (HR. Bukhari no. 1789).
Sahur adalah waktu menjelang Subuh. Maksud hadis di atas adalah anjuran dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam agar orang yang akan berpuasa, terutama puasa Ramadhan agar makan sahur sebelum datangnya Subuh. Waktu sahur adalah waktu penuh berkah.
Berkah itu apa? Berkah adalah “bertambahnya kebaikan” dalam hidup. Makan sahur tentu menambah kekuatan bagi orang yang akan berpuasa di siang hari. Bahkan menurut salah satu hadis riwayat Imam Ahmad, hendaklah bersahur walaupun hanya dengan seteguk air.
Banyak sekali hikmah dari makan sahur, terutama di bulan Ramadhan, diantaranya:
– Waktu sahur adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa dan beristighfar.
– Syiar Islam yang sangat kuat untuk dihidupkan agar umat Islam terbiasa bangun pagi hari dan meramaikan masjid untuk solat Subuh bejamaah.
– Bersedekah dan berbahagi makanan di waktu yang penuh berkah.
– Jika terbiasa untuk tidak terlewat Subuh, maka tidak ada lagi cerita terlambat datang ke pejabat, terlambat ke sekolah dan terlambat-terlambat yang lainnya.
– Mendidik seluruh anggota keluarga untuk istiqamah bangun pagi dan tidak tidur terlalu malam, apalagi berjaga malam untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Cepat tidur dan cepat bangun adalah kebiasaan yang baik.
Wallahu A’lam.
(Rujukan: Pusat Kajian Hadis)
Sumber: Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung