[Tinta Ramadhan 22] Pertempuran Manzikert atau Malazgirt
Pertempuran ini terjadi antara Empayar Byzantine dengan pasukan Seljuk yang dipimpin oleh Alp Arslan pada tanggal 26 Ogos 1071 atau bertepatan dengan bulan Ramadhan 463 H di Kota Manzikert, Turki. Ia berakhir dengan kemenangan bagi kaum Muslim, dan Maharaja Byzantine Romanos IV Diogenes berjaya ditawan. Ini merupakan salah satu kekalahan paling teruk bagi Empayar Byzantine.