[Tafsir al-Quran] Penjelasan para Ulama atas Perintah Allah untuk Ber-Islam secara Menyeluruh
(Kajian Tafsir Syeikh ‘Atha’ bin Khalil dan Lainnya – Bahagian 1/2)
Penulis: Ustaz Irfan Abu Naveed
Dalam banyak ayat Al-Quran, Allah memerintahkan manusia untuk mengamalkan pada syariat din-Nya, din Islam. Berpegang teguh pada buhul tali akidah dan syariatnya. Di antaranya perintah Allah dalam surah Al-Baqarah [2]: 208,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
”Hai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kalian.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 208).
Dan tidak samar bahawa memahami ayat-ayat Al-Quran mestilah didasari ilmu. Diriwayatkan Imam Abu Dawud dan Imam Al-Tirmidzi dari Jundub bin ‘Abdullah yang berkata, Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ قَالَ فِي الْقُرْآنِ بِرَأْيِهِ فَأَصَابَ فَقَدْ أَخْطَأَ
“Barang siapa yang mengatakan sesuatu tentang Al-Quran dengan pendapatnya, meski pendapatnya benar, dia tetap salah.” (HR Al-Tirmidzi dalam Sunan-nya (juz. 5/ hlm. 200), lihat pula Musnad Abu Ya’la (III/90) dan Al-Mu’jam al-Kabiir (II/163)).
Dan Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan dari Ibn ‘Abbas, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ قَالَ فِي الْقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“Barang siapa berkata tentang Al-Quran tanpa ilmu, maka bersiap-siaplah mengambil tempatnya di neraka.” (HR At-Tirmidzi (V/199, 200), dan ia berkata, hadis ini hasan sahih)[1]
Oleh kerananya, memahami firman Allah yang agung dalam surah Al-Baqarah ayat 208 pun wajib difahami berdasarkan ilmu. Bagaimana kita memahami ayat ini? Para ulama menjelaskan sebagai berikut,
Allah Swt. berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
”Hai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kalian.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 208).
Latar Belakang Turunnya Ayat Ini
Ayat yang agung ini turun berkaitan dengan ‘Abdullah bin Salam dan sahabat-sahabatnya yang baru masuk Islam dari agama sebelumnya, Yahudi. Mereka sudah masuk Islam, tetapi masih mengagungkan dan melaksanakan sebahagian syariat Taurat, maka turunlah ayat ini. Lebih rincinya, para ulama menjelaskan sebagai berikut,
Imam Al-Alusi menjelaskan,
أخرج غير واحد عن ابن عباس رضي الله تعالى عنهما أنها نزلت في عبد الله بن سلام وأصحابه ، وذلك أنهم حين آمنوا بالنبي صلى الله عليه وسلم وآمنوا بشرائعه وشرائع موسى عليه السلام فعظموا السبت وكرهوا لحمان الإبل وألبانها بعد ما أسلموا ، فأنكر ذلك عليهم المسلمون ، فقالوا : إنا نقوى على هذا وهذا ، وقالوا للنبي صلى الله عليه وسلم : إن التوراة كتاب الله تعالى فدعنا فلنعمل بها ، فأنزل الله تعالى هذه الآية
Dikeluarkan lebih dari satu riwayat dari Ibn ‘Abbas RA bahawa ayat ini turun berkenaan dengan ‘Abdullah bin Salam dan para sahabatnya, hal itu kerana mereka ketika sudah beriman kepada Nabi SAW dan syariatnya, mereka pun masih beriman pada syariat-syariat Musa AS, maka mereka mengagungkan hari Sabtu, membenci memakan daging unta dan meminum susunya setelah mereka masuk Islam. Kaum muslimin mengingkari perbuatan mereka itu, mereka berkata, “Sesungguhnya kami masih memelihara amalan ini dan ini.” Lalu mereka pun mengadu kepada Nabi SAW, “Sesungguhnya kitab Taurat adalah Kitabullah, maka izinkan kami untuk mengamalkannya,” maka turunlah ayat ini. [2]
Penjelasan hampir serupa dituturkan oleh Imam Al-Baghawi yang menjelaskan,
نزلت هذه الآية في مؤمني أهل الكتاب عبد الله بن سلام النضيري وأصحابه، وذلك أنهم كانوا يعظمون السبت ويكرهون لحمان الإبل وألبانها بعد ما أسلموا وقالوا: يا رسول الله إن التوراة كتاب الله فدعنا فلنقم بها في صلاتنا بالليل
“Ayat ini turun berkenaan dengan orang-orang beriman (sebelumnya) dari kalangan ahli kitab (Yahudi) yakni ‘Abdullah bin Salam An-Nadhiriy (Yahudi Bani Nadhiir) dan sahabat-sahabatnya, hal itu kerana mereka ketika itu masih mengagungkan hari Sabtu dan membenci memakan daging unta dan susunya setelah mereka masuk Islam, mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya Taurat adalah Kitabullah, maka izinkan kami membacanya dalam solat kami ketika malam.’”[3]
Dalam kitab ilmu usul fikihnya, Taysiir al-Wushuul Ilaa Al-Ushuul, Syeikh ’Atha’ bin Khalil pun menjelaskan bahawa di antara indikasi yang menunjukkan larangan tegas adalah:
أن يوصف العمل بوصف مناسب مفهم للنهي الجازم كالمقت من الله أو الغضب، ذم أو وصف شنيع كالفاحشة أو من عمل الشيطان، نفي الإيمان أو نفي الإسلام… الخ
“Penyifatan suatu amal dengan sifat yang difahami sebagai larangan yang tegas, misalnya kebencian dari Allah, kemurkaan dan celaan-Nya atau penyifatan buruk sebagai perbuatan keji, perbuatan syaitan, penafian keimanan dan keislaman, dan lain sebagainya.”
Pentafsiran para Ulama (Al-‘Alim Asy-Syeikh ‘Atha bin Khalil & Ulama Lainnya)
Dalam mentafsirkan ayat yang agung ini, para ulama menjelaskan,
Pertama, frasa ayat (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا) ”wahai orang-orang yang beriman”
merupakan seruan kepada orang-orang yang meninggalkan kekufuran dan memeluk Islam. Sebagaimana dijelaskan Al-’Silm asy-Syeikh ’Atha bin Khalil Abu ar-Rasythah dalam kitab tafsirnya.[4]
Kedua, frasa ayat (ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً) “masuklah kalian ke dalam Islam seluruhnya” yakni masuklah ke dalam Islam seluruhnya (total). Hal ini difahami dari penjelasan sebagai berikut,
Makna Kata As-Silm dalam Ayat Ini
Apa makna kata as-silm (السِّلْمِ) dalam ayat ini? al-Hafizh Al-Qurthubi menukil pendapat Ibn ‘Abbas dan Mujahid bahawa kata as-silm dalam ayat ini bermakna Al-Islam, begitu pula Adh-Dhahhak, Ikrimah, Qatadah, Ibn Qutaybah, As-Saddiy dan Az-Zujaaj [5]. Pendapat ini pula yang dikuatkan oleh Al-Hafizh Ath-Thabari, sebagaimana dinukil oleh Al-Hafizh Al-Qurthubi.[6] Dan diadopsi pula oleh Imam Syihabuddin Al-Alusi.
Al-’Alim asy-Syeikh ’Atha’ bin Khalil pun menuturkan,
فـ (السِّلْمِ) هنا الإسلام كما فسره ابن عباس -رضي الله عنه- والمقصود من الإسلام كله أي الإيمان به كله دون استثناء والعمل بشرعه دون غيره
“Maka kata as-silm dalam ayat ini adalah Al-Islam, sebagaimana ditafsirkan oleh Ibn ‘Abbas RA dan maksudnya adalah keseluruhan ajaran al-Islam yakni beriman terhadapnya tanpa pengecualian dan mengamalkan seluruh syariatnya tanpa yang lainnya.”[7]
Yakni berakidah dengan akidah Islamiyah secara sempurna tanpa terkecuali dan mengamalkan syariat Islam tanpa syariat lainnya. Oleh kerananya, ayat ini jelas menolak konsep sekularisme yang memisahkan atau mengesampingkan peranan agama dalam mengatur kehidupan, sebagaimana didefinisikan Al-‘Allamah Taqiyuddin An-Nabhani ketika beliau mengkritik pemahaman sesat ini, sekularisme (al-‘ilmaaniyyah) yakni:
فصل الدين عن الحياة
“Pemisahan agama dari kehidupan”[8]
Imam Al-Alusi menuturkan,
والمراد من السلم جميع الشرائع بذكر الخاص وإرادة العام بناءاً على القول بأن الإسلام شريعة نبينا صلى الله عليه وسلم
“Dan maksud dari kata as-silm mencakup seluruh syariat Islam dengan penyebutan yang khusus, tetapi maksudnya umum berdasarkan pendapat bahawa Al-Islam adalah syariat Nabi kita Muhammad SAW.”
Dalam syair Al-Kindi dituturkan,
دَعَوْتُ عَشِيرَتِي للِسِّلم لَمّا … رَأيْتُهمُ تَوَلَّوا مُدْبِرين
Makna lis-silm dalam syair di atas yakni “kepada Al-Islam”, ini dijelaskan Al-Hafizh Ath-Thabari dan Imam Asy-Syawkani. Jadi sudah jelas bahawa kata as-silm dalam ayat ini bermakna Islam.
[ Bersambung ke bahagian 2/2 ]