[Fikrul Islam] Menegakkan Khilafah, Wajib! (Bahagian 3/3)
Penulis: M.R. Kurnia
Dalil wajibnya Khilafah dari Sunnah.
Abdullah bin Umar meriwayatkan,
“Aku mendengar Rasulullah mengatakan, ‘Barang siapa melepaskan tangannya dari baiat, nescaya Allah akan menemuinya pada hari kiamat tanpa punya alasan dan barang siapa mati dan tidak ada baiat di pundaknya, maka matinya bagai mati jahiliah.’.” (HR Muslim).
Adanya kalimat “bagai mati jahiliah” dalam hadis tadi menunjukkan bahawa setiap muslim mestilah mempunyai baiat di pundaknya. Selain itu, dalam hadis tadi disebutkan, “Barang siapa mati dan tidak ada baiat di pundaknya,” bukannya “Barang siapa mati dan tidak membaiat.” Hal ini menunjukkan bahawa yang wajib itu adalah adanya baiat di pundak, bukannya aktiviti membaiat itu sendiri. Baiat juga baru ada di pundak kaum muslim kalau terdapat khalifah/imam yang memimpin Khilafah. Jadi, yang wajib itu adalah adanya khalifah/imam melalui tegaknya Khilafah.
Sabda Rasulullah,
“Barang siapa membaiat seorang imam, meletakkan tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia menaatinya semaksimal mungkin. Dan jika datang orang Iain hendak merampasnya, maka penggallah leher orang itu.” (HR Muslim).
Selain itu, Rasulullah saw. bersabda,
“Bahawasanya imam itu bagai benteng (tameng), dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” (HR Muslim).
Muslim meriwayatkan dari Abu Hazim yang mengatakan, Aku menemani Abu Hurairah selama lima tahun dan mendengar ia berkata bahawa Nabi bersabda,
“Adalah para nabi yang mengurus Bani Israel. Bila wafat seorang nabi, diutuslah nabi berikutnya, tetapi tidak ada lagi nabi setelahku.” Mereka bertanya, “Apa yang engkau perintahkan?” Nabi menjawab, “Penuhilah baiat yang pertama dan pertama. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa-apa yang menjadi kewajipan mereka.”
Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda,
“Bila seseorang melihat sesuatu yang tidak disukai dari amirnya, maka bersabarlah. Barang siapa memisahkan diri dari penguasa (pemerintahan Islam) sejengkal pun dan ia mati, maka matinya seperti mati jahiliah.” (HR Bukhari, Muslim).
Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa yang mengurus urusan kaum muslim adalah imam/khalifah. Demikian pula Rasulullah saw. menjelaskan bahawa para khalifahlah yang merupakan benteng. Selain itu, secara jelas ditegaskan tentang larangan meninggalkannya. Semua ini merupakan penjelasan tentang wajibnya keberadaan penguasa kaum muslim, iaitu imam atau khalifah. Wajib adanya khalifah bermaksud pula wajib adanya daulah. Bagaimana mungkin ada kepala negara tanpa adanya negara. Jadi, jelaslah sekali kewajipan kaum muslim memiliki daulah yang dipimpin oleh khalifah. Dengan kata lain, wajib bagi kaum muslim memiliki Daulah Khilafah.
Bukan hanya itu, ijmak sahabat sebagai sumber hukum Islam ketiga menunjukkan bahawa mengangkat seorang pemimpin pengganti Rasulullah hukumnya wajib. Mereka sepakat mengangkat khalifah Abu Bakar ra. dan setelah beliau wafat, mengangkat Umar ra., selanjutnya Uthman bin Affan, dan Ali sesudahnya.
Kesepakatan para sahabat dalam pengangkatan seorang khalifah terwujud dengan sungguh-sungguh pada saat Rasulullah wafat. Para sahabat menunda pemakaman jenazah Rasulullah dan menyibukkan diri mereka dalam pengangkatan seorang pengganti beliau. Padahal telah diketahui bahawa pemakaman jenazah seseorang adalah fardhu dan merupakan dosa bagi mereka untuk menyibukkan diri dalam urusan-urusan lain sampai mereka selesai mengurus jenazah. Namun, justeru sebahagian sahabat menyibukkan diri dalam pengangkatan seorang khalifah walaupun mereka berkewajipan mengurus jenazah Rasulullah.
Sahabat yang lain mendiamkan perbuatan mereka dan mempersetujui penundaan penguburan selama dua malam walaupun mereka mampu menyalahkan penundaan dan mampu untuk menguburkan jenazah RasululIah. Perbuatan sahabat ini merupakan ijmak mereka tentang lebih pentingnya mengangkat khalifah daripada penguburan jenazah seseorang.
Bahkan, dilihat dari usul fikih, mengangkat khalifah juga wajib. Dalam usul fikih dikenal kaedah yang disepakati para uIama, “Sesuatu kewajipan yang tidak sempurna kecuali adanya sesuatu, maka sesuatu itu wajib pula keberadaannya.”
Apalagi, menerapkan hukum yang berasal dari Allah Swt dalam segala aspeknya adalah wajib. Sedangkan, hal ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuasaan Islam yang dipimpin oleh khalifah. Jadi, berdasarkan kaedah usuI fikih tadi, adanya Khilafah hukumnya menjadi wajib.
Jelaslah berbagai sumber hukum Islam tadi menunjukkan bahawa menegakkan Daulah Khilafah merupakan kewajipan dari Allah Swt atas seluruh kaum musIim. Bahkan, seluruh kalangan ahlusunnah dan Syiah, termasuk kelompok pemisah seperti Khawarij dan Muktazilah juga tidak terkecuali, sepakat tentang wajibnya mengangkat seorang khalifah. Hal ini akan diketahui dengan membuka buku Imam Ibnu hazm (Maratibul Ijma’, hlm. 124), Imam Nawawi (Syarah Muslim, VIII, hlm. IO). Imam Ibnu hajar (Fathul Bari: Syarah Bukhari, VIII, hlm. 24), Imam Syaukani (Nailul Authar, VI, hlm. 52 dan XIII hlm. 176—177). Al-Qalqashandi (Matsirul Inafah fi Ma’aIim aI-Khilafah. I, hlm. 2). dan Sa’di Habieb (Ensiklopedia Ijma’, hlm. 312).
Sumber: M.R. Kurnia, Menjadi Pembela Islam