[ANALISIS ANTARABANGSA] Rusia, Antara Penahanan Politik dan Emansipasi yang Membahayakan Dunia (Bahagian Pertama)
Penulis: Prof. Hamad Tabib
Rusia merupakan penerus Soviet Union yang telah mati. Ini bermakna Rusia adalah pewaris kubu sosialis dan Pakatan Warsaw—atau kutub global kedua—yang wujud sejak tahun 1955-1991. Rusia juga menjadi pesaing Barat dari segi pemikiran, ideologi kapitalisme dan polisi luar negaranya. Sebelum kehancurannya, Soviet Union menguasai 15% daratan dunia yang dianggarkan setara dengan benua Amerika Utara.
Soviet Union berbatasan dengan 12 negara dan dikelilingi oleh lautan yang bersambung dengan tiga samudera. Pada tahun 1991, populasi penduduknya mencapai sekitar angka 293 juta. Ia juga berada di tempat pertama di sektor minyak yang setara dengan 20% minyak dunia, tempat ketiga dalam pengeluaran batu bara dan tempat kedua setelah Amerika dalam pengeluaran gas. Negara ini menghasilkan 17.5% pendapatan global dan memiliki gudang senjata nuklear terbesar di dunia.
Memang benar bahawa pada tahun-tahun pertama, kem timur telah berjuang sejak penubuhannya pada tahun 1917 sehingga kemenangannya pada tahun 1922 iaitu selepas 5 tahun penentangan dan mereka mendapatkan kemenangan atas pemerintahan Rusia dalam perang berdarah yang mengorbankan ribuan orang.
Setelah keadaannya stabil dan mengalami kemajuan, Rusia menjadi negara besar secara global terutamanya setelah masa Perang Dunia II pada tahun 1945. Rusia telah menggunakan ketenteraan untuk menjajah banyak negara Eropah Timur dan merampasnya. Tidak cukup sampai situ, Rusia juga merancang untuk meluaskan Eropah Barat dan Amerika, iaitu semua negara di kubu Barat.
Faktanya, parti-parti sosialis memang telah tersebar ke Eropah dan Amerika. Mereka berjaya menyapu Eropah, peroleh kemenangan di beberapa negara serta berada dalam kekuasaan pada tahun 70-an dan 80-an pada abad terakhir di Sepanyol, Itali, Perancis dan negara-negara lain. Akan tetapi, Amerika menetapkan polisi yang ketat terhadap pemikiran sosialisme sehingga dapat mencegah parti sosialis untuk beraktiviti di Amerika. Amerika juga menjatuhkan hukuman yang berat termasuklah hukuman mati bagi setiap pertalian dengan parti sosialis.
Sebenarnya, jika bukan kerana kerosakan ideologi sosialisme dari segi persepsi, sistem mahupun cara hidupnya, ia boleh saja menggulingkan semua negara Eropah dalam masa beberapa tahun. Tetapi apa yang terjadi, rakyat (tolak tepi penderitaan mereka akibat rasuah kapitalisme serta dominasinya atas pendapatan dan kedudukannya untuk mendukung kelas (elit) yang sempit) mula menolak pemikiran sosialis.
Sosialisme ialah idea yang terhasil daripada persepsi khayalan yang tidak berbaloi untuk dilaksanakan, serta dihasilkan dari polisi rosak dan munafik yang dilakukan oleh para pemerintah Soviet Union terhadap Barat. Contohnya, hubungan antara Rusia dan Amerika yang dikenali sebagai dasar perdamaian antarabangsa dan pembahagian pengaruh di dunia menjadi dua bahagian pada tahun 1961.
Ketika Soviet Union hancur, Gorbachev meninggalkan pemikiran sosialisme, membubarkan parti-parti komunis pada tahun 1991 dan membiarkan negara-negara di dalamnya merdeka. Ia berlaku kerana keadaan ekonomi yang semakin merosot, seperti yang mereka usahakan dalam Dasar Prostrica (penstrukturan dan pembaharuan ekonomi), untuk menyelamatkan segala-galanya yang tinggal daripada krisis ekonomi, dan meninggalkan pemikiran sosialis yang memihak kepada pasaran bebas.
Adapun Yeltsin, Presiden Rusia, menyokong Gorbachev dalam dasar ini sebelum mengumumkan peletakan jawatannya daripada jawatan presiden persekutuan pada tahun 1991. Dengan demikian, tamatlah 70 tahun era penerapan ideologi sosialisme.
Pada hari ini, Rusia berada dalam kedudukan yang sama dengan Kesatuan Soviet. Kedua-duanya mempunyai kuasa dalam kedudukan antarabangsa dan menjadi saingan Barat serta menjadi sebuah negara yang sangat disegani oleh dunia dan berpengaruh dalam institusi antarabangsa.
Selepas 1991, keseimbangan dunia mula berubah. Amerika muncul sebagai negara (separuh) yang tidak dipertikaikan dalam politik antarabangsa yang kemudiannya menjadi pengawal dunia. Dasar politiknya adalah seperti yang dikatakan oleh Presiden George Bush semasa pencerobohannya ke atas Iraq dan Afghanistan selepas peristiwa 11 September, “Semua negara yang tidak bersama kami, menentang kami.”
Dengan perubahan ini, pandangan Amerika terhadap Rusia juga berubah. Amerika dilihat mula mengekang Rusia dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan melalui pelbagai langkah dan tindakan. Termasuk yang berikut :
- Cuba menghadkan Rusia daripada campur tangan dalam dasar luarnya, sama ada di negara yang lemah atau di luar skop sistem Rusia, dan tidak memberi peluang untuk berbuat demikian. Ini terutamanya melalui agensi antarabangsa, pakatan atau tindakan lain. Dasar ini timbul sejurus selepas pembubaran Kesatuan Soviet dalam kes Iraq dan sekatannya, kemudian pencerobohan dan perampasan.
- Menimbulkan masalah serantau dan antarabangsa Rusia untuk menyibukkan Rusia dengan masalah dalam negaranya sendiri. Hal ini supaya, di satu pihak, Rusia tidak lagi memikirkan masalah antarabangsa, dan sebaliknya, ia akan meminta bantuan Amerika untuk menyelesaikan masalah itu. Terutamanya konflik serantau seperti yang berlaku dalam peperangan di Azerbaijan, Serbia, dan di wilayah Rusia yang berpengaruh lain.
- Menjauhkan Rusia dari China dan menghalang mana-mana negara daripada mendekatinya. Ini jelas dilihat dalam sikap permusuhan Amerika terhadap pakatan strategik yang menghubungkan China dan Rusia yang diperbaharui pada tahun 2022. Amerika memberi amaran kepada China melalui kata-kata pegawainya tentang bahaya kerjasama ketenteraan antara China dan Rusia apabila berlaku konflik di Ukraine.
- Cuba untuk melemahkan Rusia dari sudut ekonomi, terutamanya dari segi pasaran asing untuk tenaga dan industri. Amerika sangat mahukan penurunan harga tenaga—walaupun ia akan terjejas olehnya—untuk memotong sumber dan ekonomi utama Rusia.
Ini kerana Rusia telah memulihkan ekonominya semasa tempoh kenaikan harga minyak. Mereka mampu mengukuhkan dan menyokong pembangunan senjata strategik yang berterusan. Selain itu, pemulihan ekonomi mereka juga boleh membantu mereka campur tangan di negara jiran dengan membina pakatan dan organisasi ekonomi bersama.
- Memasukkan Rusia ke dalam perlumbaan senjata, iaitu dengan menandatangani perjanjian tertentu mengenai senjata nuklear dan pangkalan tentera asing. Ini kerana Amerika tidak menghentikan programnya untuk membangunkan senjata sehingga mendorong Rusia untuk bersaing dengannya seperti yang dilakukan pada era Soviet Union sampai tahap tertentu. Dengan demikian, Rusia akan menanggung kos yang sangat tinggi dan membelanjakan sebahagian besar wang dan kekayaannya pada masa yang paling mereka perlukan.
- Cuba menyekat pangkalan tentera luar negara Rusia dan membongkar senjata nuklearnya. Amerika telah mengambil beberapa tindakan terhadap senjata nuklear Rusia, termasuk memasang, mengukur/menskala, dan membongkar sebahagiannya. Beberapa perjanjian telah ditandatangani oleh Rusia, termasuk Perjanjian START 1 (Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik) 1991-1994 yang mengakibatkan penghapusan sekitar 80% senjata sehingga 2001, dan Perjanjian START 2 yang ditandatangani pada 2010.
- Berusaha untuk menggabungkan beberapa negara ke dalam sistem lama Rusia dan menubuhkan pangkalan tentera di dalamnya. Ini dilihat sebagai gangguan terang-terangan dan penentangan besar-besaran di tengah-tengah Rusia. Pada tahun 2023, Setiausaha Negara AS, Blinken bertemu dengan Menteri Luar Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Turkmenistan. Dia telah menawarkan bantuan dan sokongan kepada mereka untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada Rusia dan memberi 25 juta dolar untuk membantu negara-negara ini dari segi pembangunan.
Sebelum ini, Amerika telah menubuhkan pangkalan tentera pertamanya di Lapangan Terbang Khanabad di Uzbekistan selepas serangan 9/11. Kemudian menghantar barisan hadapan tenteranya ke Kyrgyzstan dengan tentera dari NATO, mengerahkan anggota tentera di ibu kota Georgia Tbilisi pada tahun 2004, dan terus cuba campur tangan melalui gimik memerangi keganasan dan bantuan ekonomi kepada negara-negara ini.
- Memasukkan Rusia ke dalam peperangan yang merosakkan dalam jangka masa panjang, seperti Perang Ukraine-Rusia pada tahun 2022. Ini adalah untuk menekannya supaya menundukkan dasar luarnya sesuai dengan visi baharunya untuk membentuk dunia, iaitu untuk membendungnya dan menjadikannya sama dengan negar-negara Eropah yang lain, juga untuk menjauhkannya dari China. Bukan rahsia lagi bahawa perang di Ukraine menyebabkan krisis dalaman di Rusia dalam bidang ekonomi dan keselamatan.
Sesungguhnya Amerika telah mencapai kejayaan besar dalam politiknya untuk menahan Rusia selama bertahun-tahun, baik sebelum Putin berkuasa mahupun semasa dia berkuasa.
Adakah kejayaannya akan bertambah apabila dia cuba mengawal Rusia dengan sempurna dan tepat? Atau adakah pada tahun-tahun berikutnya keadaan telah berubah dan Amerika menghadapi kegagalan dalam dasar politiknya ini, terutamanya apabila pengisytiharan perang secara terang-terangan terhadap Rusia di Ukraine untuk menjatuhkannya?
*Bersambung ke Bahagian Kedua.
Sumber: Media Muslim Timur Tengah, 25-7-2023