Wacana Normalisasi Arab Saudi-Israel: Petaka Nyata bagi Perjuangan Palestin
UEA, Bahrain, Jordan, Mesir merupakan beberapa negeri Arab yang beberapa tahun lalu telah rasmi menormalisasi hubungan dengan zionis Israel. Konsekuensi normalisasi ini adalah bahawa negara-negara tersebut memiliki hubungan diplomatik yang legal (sah) hingga boleh melakukan hubungan perdagangan secara langsung dan rasmi dengan Israel. Nama Arab Saudi pun diharapkan oleh tidak sedikit pemerhati politik, lambat laun akan turut bergabung dalam senarai negeri-negeri Arab yang menormalisasi hubungan dengan Israel.
Melihat kedekatan persekutuan yang dimiliki Arab Saudi dengan AS —yang merupakan pembela kuat Israel— dalam berbagai aspek, lalu dikuatkan lagi dengan visi Muhammad bin Salman (MBS) selaku penguasa de facto untuk mengubah wajah Arab Saudi dalam percaturan politik internasional, maka berjabat tangan dengan penjajah yang telah menumpahkan darah saudara imannya agaknya bukanlah hal yang utopia.
Sebuah analisis yang diterbitkan Lowy Institute yang berjudul “Israel and Saudi Arabia: Finally, a New Middle East?” memaparkan bahawa jika normalisasi ini terjadi, peta politik Timur Tengah yang rentan akan dapat berubah menjadi lebih damai dan berakibat positif pada kemajuan ekonomi, walau jalan menuju normalisasi diplomasi ini membawa konsekuensi yang tidak sederhana antara AS, Israel dan Arab Saudi.
Munculnya wacana normalisasi ini saja, dengan segenap rancangan kerjasama yang akan terbangun di antara ketiga aktor tersebut, sebetulnya sangat jelas terlihat bahawa kepentingan perjuangan kaum muslimin Palestin sama sekali tidak masuk dalam pertimbangan. Jika pun masuk dalam pembahasan, Palestin hanya mendapat serpihan sisa manfaatnya saja.
Padahal masalah utama yang ada dalam penjajahan Palestin adalah eksistensi Israel sebagai pihak yang menceroboh dan menjajah rakyat Palestin demi mewujudkan cita-cita negara Yahudi mereka. Berbagai perjanjian, kerjasama, dan normalisasi hubungan dengan Israel yang dilakukan oleh negeri-negeri Islam, walau dikatakan di dalamnya terdapat tujuan kemaslahatan bagi urusan Palestin, sesungguhnya adalah petaka yang sebaliknya akan semakin memperpanjangkan penjajahan ke atas Palestin. Terjabatnya tangan mereka dengan kaum zionis yang telah merenggut kehormatan saudara seakidah adalah sebuah pengkhianatan yang hakiki yang tak boleh dibenarkan dengan alasan apa pun. Wallahu a’lam bisshawwab.[]
✍️ Iranti Mantasari, BA.IR, M.Si (Tim Penyelidikan Fareastern Muslimah)