Sistem Pendidikan Islam Mencetak Generasi Cemerlang
Penulis: Chusnatul Jannah
Menjadi seorang guru pada zaman ini memiliki cabaran dan risiko tersendiri. Selain perlu dihadapkan dengan kurikulum yang berubah-ubah, guru juga perlu berhadapan dengan pelajar dari berbagai latar belakang bahkan sampai boleh terancam bahaya. Seperti kes tikam yang dialami oleh seorang guru Madrasah Aliyah di Demak oleh anak muridnya sendiri.
Kejadian malang itu berlaku pada hari Isnin (25-9-2023) di sekolah semasa Peperiksaan Pertengahan Penggal. Ketika itu, pelajar AR datang ke kelas ketika guru bernama Ali Fatkurrohman sedang mengedarkan kertas peperiksaan pertengahan sekitar jam 10.00 pagi WIB. Pelaku masuk dengan memberi salam, kemudian menikam guru tersebut sebanyak tiga kali secara tiba-tiba. Keadaan ini membuatkan suasana kelas menjadi tegang dan menyebabkan beberapa pelajar pengsan.
Apa yang berlaku pada generasi kita pada hari ini? Sejak bila mereka tumbuh menjadi pemuda yang bersikap melulu dan tidak beradab?
Setelah peristiwa tersebut, pelaku yang menikam gurunya meminta maaf dan menyesal. Difahamkan, pelaku menjadi tulang belakang keluarga dan disyaki mengalami tekanan psikologi dan beban ekonomi. Peristiwa ini menambah daftar kelamnya dunia pendidikan. Peristiwa seperti ini bukan hanya sekali terjadi, tetapi sudah banyak kes dilaporkan di seluruh dunia.
Sangat banyak kes kekerasan atau penganiayaan yang menimpa guru mahupun pelajar. Kes guru dianiaya pelajar sama banyaknya dengan kes pelajar yang dianiaya gurunya. Belum lagi dengan maraknya kes buli di sekolah yang turut menambah kegelapan pendidikan di bawah asuhan sistem sekular.
Sistem Sekuler, Akar Kerosakan
Beragam kes kekerasan yang menimpa para pendidik menjadi bukti bahawa generasi sekarang semakin tidak dapat dikawal. Mereka boleh menjadi individu yang kejam dan menakutkan. Penganiayaan dan pelaporan ibu bapa kepada guru juga kerap terjadi tanpa ada perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian. Selain keruntuhan akhlak, ketidakstabilan emosi dan rendahnya adab juga seringkali menjadi masalah yang tak kunjung selesai.
Betapa sulitnya untuk mendidik generasi zaman sekarang. Tutur bicara tidak lagi menunjukkan penghormatan kepada guru. Berani melawan sehingga sanggup membunuh sang guru ketika ditegur dan dinasihati. Pada akhirnya, guru hanya sekadar mengajar dan bukan lagi mendidik kerana sudah dirundung keputusasaan.
Orang tua yang tidak mampu memberikan sepenuh perhatian kepada anak seringkali menyerahkan yugas mendidik anak kepada sekolah tanpa memantau perkembangan pendidikan anak-anaknya di sekolah. Guru pula tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kerana sibuk dengan urusan administrasi. Ditambah pula dengan negara yang tidak menjamin layanan pendidikan yang diperlukan.
Sistem sekular liberal yang rosak telah menelanjangkan iman setiap insan. Islam tidak lagi dijadikan pedoman dalam kehidupan. Keimanan dinomborduakan. Islam hanya sebagai agama rotual sekadar mewujudkan rukun Islam. Rukun iman pula hanya terucap di lisan tetapi minimum dalam perbuatan.
Jika keadaan ini berterusan, jangan berharap generasi ini akan membaik. Jika sekularisme masih diterapkan, jangan diharap akan lahir generasi cemerlang yang memiliki keperibadian mulia dan bertakwa.
Mencetak Generasi Cemerlang
Generasi cemerlang hanya lahir dari peradaban yang gemilang. Generasi cemerlang adalah generasi yang menjadikan Islam sebagai pembentuk karakter dan keperibadian mereka. Pendidikan dalam Islam memadukan antara keimanan dan ilmu kehidupan sehingga ia memberi pengaruh besar dalam setiap amal perbuatan. Pendidikan seperti ini pernah lahir pada zaman peradaban Islam selama 13 abad lamanya.
Peradaban Islam telah banyak melahirkan cendekiawan dan ilmuwan yang ahli dalam berbagai bidang. Sebagai contoh, Al Khawarizmi, seorang ahli matematik, dikenali oleh Barat sebagai Algebra. Dengan kepintarannya, beliau merumuskan pengiraan matematik yang lebih mudah dengan nombor sifar sedangkan pada masa itu tamadun Rom masih menggunakan angka Rom yang sukar dipelajari.
Seorang ahli kimia, Jabir Ibnu Hayyan atau dikenali sebagai Ibnu Geber, rumusannya menjadi asas kepada saintis Barat dalam bidang kimia. Bapa perubatan dunia, Ibnu Sina atau dikenali sebagai Avicenna, Ibn Rushd, Al-Farabi, dan lain-lain menjadi bukti bahawa ulama pada zaman tamadun Islam bukan sahaja mahir dalam ilmu agama, malah menguasai ilmu am, sains dan teknologi.
Sistem pendidikan Islam mempunyai visi yang jelas iaitu melahirkan generasi yang bercorak pemikiran dan sikap yang selaras dengan Islam (syahsiah islamiah). Dengan kurikulum yang berteraskan akidah Islam, bukanlah satu utopia bahawa lahirnya generasi yang berakhlak mulia, cerdik pandai dan iman yang teguh. Disokong dengan ekonomi dan dasar Islam yang makmur berlandaskan syariat Islam, semua elemen masyarakat dapat menikmati hak pendidikan percuma.
Negara berperanan dalam menjamin hak pendidikan, menyusun kurikulum pendidikan berlandaskan akidah Islam, dan mewujudkan suasana ketakwaan bermasyarakat melalui sistem sosial Islam. Tidak kurang pentingnya, ibu bapa mestilah mempunyai kefahaman Islam yang menyeluruh agar tidak tersilap langkah mendidik dan menjaga anak-anak. Dengan cara itu, kanak-kanak membesar dalam suasana yang kondusif dan mewujudkan peribadi Islam yang unik dan tersendiri.
Khatimah
Tidak ada kebaikan untuk generasi ini jika sekularisme terus menguasai. Generasi ini perlu diselamatkan daripada arus sekularisme yang merosakkan jiwa dan budi pekerti mereka. Marilah kita sama-sama berjuang untuk merealisasikan sistem Islam yang lengkap di bawah naungan Khilafah agar kita dapat kembali bergelar umat terbaik yang mempunyai peradaban terbaik.
