[Global] Krisis Demografi di Korea, Pemerhati: Akibat Logik Hidup dalam Sistem Kapitalisme Sekular
Perspektif anak muda Korea Selatan yang semakin anti-perkahwinan dan mengelak untuk menjadi ibu bapa dalam sedekad yang lalu, telah menyebabkan negara itu mengalami krisis demografi.
Laporan yang dikeluarkan Agensi Statistik Korea, seperti yang dilaporkan oleh CNN, Rabu (30-8-2023), menunjukkan bahawa persetujuan warga Korea Selatan terhadap perkahwinan pada tahun 2022 hanya 36.4%, jauh lebih rendah daripada tahun 2012 yang mencapai sekitar 56.5%.
Penurunan ini juga mencerminkan tekanan hidup yang semakin meningkat ke atas belia Korea Selatan, termasuk masalah ekonomi, seperti perumahan yang tidak mampu dimiliki dan peningkatan kos sara hidup harian.
Laporan itu menyenaraikan beberapa sebab biasa yang diguna oleh orang muda untuk tidak berkahwin, antaranya termasuklah tidak mempunyai wang yang cukup untuk berkahwin dan merasakan perkahwinan itu tidak perlu.
Kemajuan wanita dalam pendidikan dan kerjaya juga menjadi faktor peningkatan ketidaksetujuan mereka terhadap perkahwinan.
Terdapat juga persepsi bahawa kos perkahwinan adalah jauh lebih tinggi bagi wanita hari ini berbanding generasi terdahulu.
Malah, laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menyatakan perkahwinan bermakna wanita mungkin terpaksa berkompromi dalam kerjaya atau pendidikan, terutama disebabkan norma jantina yang berakar umbi dan kesukaran untuk kembali bekerja selepas melahirkan anak.
Akibatnya, ramai wanita berpendidikan dengan pekerjaan yang tetap menangguhkan perkahwinan dan keinginan untuk menjadi ibu bapa.
Malangnya, terdapat peralihan daripada pandangan konservatif Korea Selatan mengenai kehamilan di luar nikah dan idea ibu bapa tunggal. Hampir 40% responden mengatakan bahawa mereka memutuskan untuk mempunyai anak tanpa berkahwin. Perkara ini menunjukkan adanya perubahan terhadap norma-norma tradisional di Korea.
Usaha untuk menangani masalah ini setakat ini juga terbukti tidak berkesan. Kerajaan telah membelanjakan lebih daripada $200 bilion dalam tempoh 16 tahun yang lalu untuk menggalakkan lebih ramai orang mempunyai anak, tetapi tidak berjaya.
Akibat Logik
Krisis demografi yang berlaku di Korea dinilai oleh pemerhati isu wanita, keluarga dan generasi, Dr. Arum Harjanti sebagai akibat logik pelaksanaan sistem kapitalisme sekular.
“Krisis demografi ini adalah akibat logik hidup di bawah sistem kapitalisme sekular,” katanya kepada MNews, Ahad (3-9-2023).
Korea Selatan, sambungnya, merupakan antara negara yang turut mengalami masalah demografi, diikuti China, Singapura, Jepun dan lain-lain.
“Kecenderungan orang muda untuk tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak sebenarnya adalah akibat logik daripada sistem kehidupan pada hari ini. “Ini dapat kita lihat daripada alasan yang diberikan seperti kos sara hidup yang semakin meningkat, kesukaran memiliki rumah, kos perkahwinan yang tinggi, malah ada yang berpendapat perkahwinan tidak perlu,” tambahnya.
Semua alasan yang diberikan oleh generasi muda Korea Selatan, nilainya, adalah berdasarkan realiti kehidupan di depan mata mereka.
“Masalah hidup dirasakan semakin meruncing, manakala jalan penyelesaiannya masih belum ditemui. “Lebih-lebih lagi, wanita merasakan beban mereka jauh lebih berat kerana mereka akan berdepan dengan pilihan sukar antara kerjaya dan pendidikan serta menjaga anak-anak,” jelasnya.
Arum kesal kerana jalan yang dipilih oleh anak muda sekarang adalah lari daripada masalah, hidup bujang, atau jika sudah berkahwin, tidak mempunyai anak adalah satu pilihan.
“Pilihan ini sudah tentu membawa kesan yang serius kepada negara pada masa hadapan apabila populasi warga emas terus meningkat,” katanya memberi amaran.
Pada pandangan Arum, keadaan yang rumit ini tentunya tidak dapat dipisahkan daripada sistem kehidupan yang sedang digunapakai saat ini, iaitu sistem kehidupan sekular, kapitalistik yang dilaksanakan oleh dunia.
“Semua peraturan hal ehwal manusia di Korea, malah di seluruh dunia, adalah berdasarkan sekularisme kapitalisme,” katanya.
Sistem ekonomi kapitalis, katanya, menjadikan setiap individu perlu berjuang sendirian untuk terus hidup. Individu yang lemah, sambungnya, pasti akan tersadung melalui keperitan hidup.
Perubahan Pemikiran
Menurut Arum, pelbagai masalah yang berlaku akibat pelaksanaan sistem sekular ini mengakibatkan perubahan pemikiran tentang nilai kekeluargaan, kewujudan anak dan orientasi hidup.
“Idea kesaksamaan gender malah membuatkan wanita menanggung beban yang lebih berat. Memang wajar jika setiap individu menginginkan kehidupan yang senang, riang dan tanpa masalah. “Jadi berkahwin dan mempunyai anak bukanlah satu pilihan kerana ia dianggap menyusahkan,” jelasnya.
Arum yakin masalah ini tidak akan berlaku sekiranya kehidupan diatur berlandaskan syariat Islam.
“Islam telah menetapkan negara sebagai pihak yang wajib menjaga rakyatnya dengan baik. “Negera memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian melalui pelbagai mekanisme yang telah Allah tetapkan,” jelasnya.
Begitu juga, jelasnya, pendidikan, kesihatan dan keselamatan disediakan oleh negera sebagai satu bentuk perkhidmatan negara kepada rakyatnya.
“Akhirnya, beban hidup menjadi kurang berat kerana peranan negara sebagai raa’in atau pentadbir rakyat dijalankan dengan baik,” hujahnya.
Sistem ekonomi Islam, katanya, menjadikan negara kaya dan mampu merealisasikan kesejahteraan rakyat. Negara juga akan mendidik rakyatnya tentang nilai-nilai hidup termasuk erti kekeluargaan dan anak-anak.
“Wanita mengekalkan peranan utama sebagai isteri, pembantu rumah dan ibu yang mendidik generasi, tanpa dibebani dengan kewajipan untuk mencari rezeki,” tegasnya.
Dengan menjaga fitrah wanita, kata Arum, berkahwin dan mendapat zuriat menjadi satu perkara yang menggembirakan kerana mereka memahami peranan penting kelangsungan hidup manusia sebagai khalifah di muka bumi, selain sebagai penjaga tegaknya syariat Allah.
Tambahnya, sokongan keluarga dan sanak saudara akan direalisasikan kerana setiap orang memahami peranan dan tanggungjawab mereka dalam semangat ukhuwah Islamiyah.
“Hanya di bawah naungan sistem Islam, manusia akan hidup sejahtera dan bahagia, membina keluarga dan mempunyai zuriat, serta bersaing untuk bekerja demi kepentingan hidup di dunia dan akhirat,” katanya sebagai menutup bicara.
Sumber : https://muslimahnews.net/2023/09/04/23110/