[At-Tafkir] Berfikir Politik (Bahagian 2/6)
Penulis: Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani
Kita boleh mengatakan bahawa ilmu-ilmu dan pembahasan politik yang ada pada saat ini merupakan pembahasan politik yang kebenarannya tidak dapat diterima akal dengan tenteram. Ilmu-ilmu politik saat ini menjadi hamper sama dengan apa yang disebut ilmu psikologi yang dibangun atas dasar perkiraan dan anggaran, selain didasarkan pada jalan tengah.
Oleh kerana itu, ketika berlaku proses berfikir tentang teks-teks ilmu-ilmu dan pembahasan politik tersebut, seorang pemikir hendaklah sentiasa sedar akan berbagai pemikiran, dan sentiasa berhati-hati agar tidak tersasar oleh kesalahan-kesalahannya. Hal demikiran itu kerana ilmu dan pembahasan politik mengandungi berbagai pemikiran yang bertentangan dengan fakta dan pembahasan-pembahasan yang sangat keliru.
Meskipun kami mengutamakan sikap bahawa sebolehnya hukum Barat hendaknya tidak dibaca dan dikaji, kerana di dalamnya terdapat hal-hal yang berkaitan dengan hukum, bukan politik, seperti sistem pemerintahan, tetapi kerana ia dipandang termasuk jenis pembahasan pemikiran—dan di dalamnya terdapat pembahasan-pembahasan politik—maka dilihat dari sudut ini, tidak mengapa membaca dan mempelajarinya asalkan disertai kesedaran dan kehati-hatian.
Mari kita ambil beberapa pemikiran sebagai contoh, tentang apa-apa yang dikandung oleh pembahasan-pembahasan politik di Barat. Kepemimpinan (al-qiyadah, leadership) dalam pandangan Barat adalah kepemimpinan kolektif yang menjadi wakil dalam dewan para menteri (kabinet). Kemudian bangsa Timur mengambil pemikiran tersebut dan memberikan bentuk yang lain baginya. Mereka pun berpendapat kepemimpinan adalah kepemimpinan kolektif.
Pemikiran ini tidak sesuai dengan fakta dan hanya dibangun atas dasar sikap jalan tengah. Kemunculannya disebabkan para raja yang zalim di Eropah dulu adalah individu-individu. Kemudian rakyat memprotes kezaliman para raja dan menganggap bahawa penyebabnya adalah kerana mereka menjalankan kepemimpinan individual.
Mereka pun mengatakan bahawa kepemimpinan adalah milik rakyat, bukan milik individu tertentu, dan mereka menjadikan kepemimpinan itu dalam bentuk dewan menteri. Itu sebenarnya sikap jalan tengah (kompromi), kerana dewan menteri bukanlah rakyat, dan tidak dipilih oleh rakyat. Juga kerana perdana menterilah yang memegang kepemimpinan para menteri.
Dengan demikian, kepemimpinan bukanlah di tangan rakyat, juga bukan di tangan individu, tetapi di tangan perdana menteri dan dewan menteri. Sistem ini merupakan jalan tengah antara kepemimpinan individu dengan kepemimpinan rakyat. Idea tersebut bukanlah pemecahan terhadap masalah kepemimpinan, melainkan merupakan tindakan mendamaikan bagi dua kelompok.
Terlebih lagi sebenarnya fakta kepemimpinan yang mereka gunapakai adalah kepemimpinan individu dalam seluruh jenis sistem demokrasi. Kepemimpinan dalam demokrasi pada faktanya boleh dipimpin oleh ketua negara seperti presiden, atau dipimpin oleh perdana menteri.
Jadi fakta kepemimpinan yang berlaku di Barat sebenarnya kepemimpinan individu, bukan yang lainnya. Tidak mungkin kepemimpinan menjadi kepemimpinan kolektif bagaimana pun juga keadaannya, walaupun dijadikan kepemimpinan kolektif, ataupun dinamai kepemimpinan kolektif. Itu kerana aktiviti pemerintahan itu sendiri akan mengubah kepemimpinan menjadi kepemimpinan individu, sebab tidak mungkin ada kepemiminan kecuali kepemimpinan individu.
Menurut pandangan Barat, kedaulatan adalah milik rakyat. Jadi, rakyat adalah pihak yang membuat hukum dan pihak yang memerintah. Rakyat jugalah yang memiliki kehendak dan kuasa melaksanakan hukum. Idea tersebut sebenarnya bertentangan dengan fakta dan hanya didasarkan pada jalan tengah.
Kemunculannya kerana dulu para raja yang zalim mempunyai kehendak dan kuasa mengeluarkan ketetapan. Para raja itulah yang membuat hukum dan menjalankan pemerintahan. Kemudian rakyat memprotes kekuasaan para raja tersebut. Mereka menganggap bahawa hal itu disebabkan para raja memiliki kehendak dan kuasa untuk mengeluarkan ketetapan, sehingga raja-raja tersebut memiliki kuasa untuk membuat hukum dan menjalankan pemerintahan. Akhirnya mereka melontarkan idea kedaulatan adalah milik rakyat.
Dengan demikian, rakyatlah yang berhak membuat hukum dan memerintah, maka akhirnya hak untuk membuat hukum diberikan kepada suatu majlis yang dipilih oleh rakyat (parlimen). Sedang kuasa untuk melaksanakan hukum diberikan kepada dewan menteri (kabinet), perdana menteri, atau ketua negara.
Idea tersebut sebenarnya merupakan jalan tengah kerana meskipun parlimen dipilih oleh rakyat, tetapi parlimen tidak menetapkan hukum, kerana yang menetapkan hukum adalah pemerintah. Dan dewan menteri atau ketua negaralah yang menjalankan pemerintahan. Meskipun ketua negara dipilih oleh rakyat atau dipersetujui oleh para wakil rakyat, tetapi tidak bererti rakyat yang memerintah. Yang ada hanyalah fakta bahawa rakyat memilih penguasa/pemerintah.
Jadi, idea tersebut merupakan jalan tengah. Lebih-lebih lagi apabila orang-orang Barat telah menyerukan supremasi hukum (kedaulatan di tangan hukum). Dan mereka memandang bahawa pemerintahan yang baik adalah yang di dalamnya terdapat supremasi hukum.
Dengan demikian, idea kedaulatan rakyat tersebut menjadi jalan tengah dan suatu bentuk penipuan kepada diri sendiri. Apalagi fakta pemerintahan sebenarnya bukanlah seperti itu kerana fakta pemerintahan yang baik adalah yang pemimpinnya dipilih oleh rakyat dan terdapat supremasi hukum. Jadi, kedaulatan rakyat itu sebenarnya tidak ada sama sekali dan rakyat pun tidak menjalankan pemerintahan, bagaimanapun juga keadaannya.
Menurut pandangan Barat pula, kekuasaan adalah satu hal, sedangkan urusan-urusan moral dan agama adalah hal lain. Menurut mereka kekuasaan gereja berbeza dengan kekuasaan negara. Aktiviti-aktiviti moral seperti mengerjakan berbagai macam kebajikan, menyantuni fakir miskin, menolong orang-orang yang cedera, dan yang seumpamanya, tidak ada peranan negara di dalamnya.
Hal tersebut didasarkan pada idea pemisahan agama dari negara dan idea jalan tengah, serta bertentangan dengan fakta. Yang demikian itu kerana dulu para raja yang zalimlah yang mendominasi gereja, dan mereka tidak menolong manusia baik yang luka, sakit, miskin, dan yang seumpamanya. Oleh kerana itu, rakyat memprotes para raja.
Akhirnya muncullah jalan tengah dengan memisahkan gereja dari negara, dan memisahkan aktiviti-aktiviti moral dari negara. Oleh kerana itu, di Barat muncul kekuasaan gereja yang berbeza dari kekuasaan negara. Juga muncul organisasi-organisasi sosial/organisas bukan kerajaan, organisasi bulan sabit merah, dan yang seumpamanya.
Akan tetapi, kerana fakta pemerintahan adalah pengaturan urusan seluruh manusia, sedangkan agama dan aktiviti-aktiviti moral termasuk di dalam urusan tersebut, negaralah sebenarnya yang mengawal gereja, tetapi dengan cara yang tidak tampak. Selain itu, negara juga yang mengawal organisasi-organisasi bukan kerajaan dan prganisasi bulan sabit merah, tetapi dengan cara yang samar. Oleh kerana itu, pandangan tersebut bertentangan dengan fakta yang sebenarnya. Meskipun tampak terdapat pemisahan antara kekuasaan dan aspek yang lain.
Bersambung ke bahagian 3/6
Sumber: Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Hakikat Berfikir (At-Tafkir)