[At-Tafkir] Berfikir Politik (Bahagian 1/6)
Penulis: Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani
Berfikir politik (at-tafkir as-siyasi) sangat berbeza dengan berfikir memahami teks hukum (at-tafkir at-tasyri’i), meskipun ia termasuk salah satu jenisnya. Ini kerana berfikir memahami teks hukum adalah berfikir untuk memberikan solusi pada berbagai problematik manusia, sedangkan berfikir politik adalah berfikir untuk mengatur berbagai urusan manusia. Hanya saja terdapat perbezaan di antara keduanya.
Begitu juga berfikir politik berbeza dengan berfikir memahami teks sastera (at-tafkir al-adabi), kerana berfikir memahami teks sastera hanyalah untuk mencari kenikmatan dan kesenangan dengan kata-kata dan susunan-susunan kata, serta mencari kegembiraan dengan makna-makna yang ada di balik kata-kata yang disusun dengan menggunapakai gaya bahasa sastera.
Adapun kaitan berfikir politik dengan berfikir memahami teks pemikiran (at-tafkir al-fikri), maka ada perincian sebagai berikut. Apabila berfikir politik merupakan proses berfikir terhadap teks-teks ilmu politik dan pembahasan-pembahasan politik (al-abhats as-siyasiyah, political studies), maka kedua jenis berfikir tersebut hampir sama.
Di antara keduanya terdapat banyak sekali persamaan. Hanya saja dalam berfikir memahami teks pemikiran disyaratkan bahawa informasi terdahulu perlu setaraf dengan pemikiran yang sedang dibahas, walaupun bukan termasuk jenisnya, tapi mesti berkaitan dengannya.
Sedangkan berfikir politik, di samping memerlukan informasi terdahulu yang setaraf dengan pemikiran yang sedang dibahas, juga memerlukan informasi terdahulu pada topik yang sedang dibahas itu sendiri, tidak cukup hanya yang berkaitan atau yang mirip dengan pemikiran yang sedang dibahas, atau yang boleh digunakan untuk menafsirkan proses berfikir. Oleh kerana itu, berfikir tentang teks-teks politik termasuk jenis proses berfikir tentang teks-teks pemikiran.
Apabila berfikir politik merupakan proses berfikir tentang berbagai berita dan kejadian, dan hubungannya dengan berbagai peristiwa, maka berfikir politik seperti ini berbeza dengan seluruh jenis proses berfikir yang ada. Tidak boleh diterapkan satu kaedah pun dalam proses berfikir politik ini, bahkan hampir-hampir tidak boleh dihubungkan dengan suatu kaedah (aturan berfikir, the rule of thinking). Oleh kerana itulah, berfikir politik termasuk jenis proses berfikir yang paling tinggi dan paling sukar.
Bahawa ia merupakan proses berfikir yang paling tinggi, kerana berfikir politik merupakan proses berfikir tentang berbagai hal dan peristiwa, dan juga merupakan proses berfikir dengan seluruh jenis proses berfikir yang ada. Oleh kerana itu, ia dipandang sebagai jenis proses berfikir yang paling tinggi.
Memang benar bahawa landasan pemikiran (al-qaidah al-fikriyyah) yang menjadi dasar dibangunnya seluruh pemikiran dan menjadi sumber seluruh solusi (mu’alajat) berbagai masalah, merupakan jenis proses berfikir yang paling tinggi. Akan tetapi, landasan pemikiran itu sendiri sebenarnya merupakan suatu pemikiran politik, atau idea politik. Jika bukan merupakan berfikir politik dan pemikiran politik, maka tidak boleh menjadi landasan yang benar, dan tidak layak menjadi landasan.
Oleh kerana itu, ketika kami mengatakan bahawa berfikir politik merupakan jenis proses berfikir yang paling tinggi, maka itu mencakup juga landasan pemikiran (al-qaidah al-fikriyyah), yakni pemikiran yang layak menjadi landasan pemikiran (al-qaidah alfikriyyah).
Sedangkan bahawa berfikir politik merupakan jenis proses berfikir yang paling sukar, adalah kerana tidak terdapatnya kaedah di dalamnya yang boleh menjadi dasar dibangunnya proses berfikir politik tersebut dan yang boleh menjadi standardnya. Oleh kerana itu, berfikir politik dapat membingungkan seorang pemikir dan pada awalnya akan membuatnya jatuh pada banyak kesalahan serta menjadi mangsa berbagai imaginasi dan kesalahan. Jika dia tidak mempunyai pengalaman politik (at-tajribah as-siyasiyah), tidak sentiasa sedar, dan tidak selalu mengikuti berbagai berita dan peristiwa keseharian, maka dia akan mengalami kesukaran dalam melakukan proses berfikir politik.
Oleh kerana itu, berfikir politik tentang berbagai berita dan peristiwa sangat berbeza dengan seluruh jenis proses berfikir yang lain, dan jelas lebih tampak keistimewaannya berbanding yang lain. Jadi, meskipun proses berfikir terhadap teks-teks politik mencakup juga proses berfikir terhadap teks-teks ilmu-ilmu politik dan berbagai pembahasan politik, tetapi berfikir politik yang sesungguhnya adalah proses berfikir terhadap teks-teks berbagai berita dan peristiwa. Oleh kerana itu, tulisan mengenai berbagai berita itulah yang dipandang sebagai teks-teks politik yang sebenarnya.
Jika seseorang bermaksud melakukan proses berfikir politik, dia wajib melakukan proses berfikir tentang berbagai teks berita, terutama penyusunan berita dan cara memahami susunan tersebut kerana hanya itulah yang dipandang sebagai berfikir politik, bukan proses berfikir tentang berbagai ilmu politik dan pembahasan politik. Proses berfikir tentang berbagai ilmu politik dan pembahasan politik akan memberikan berbagai informasi, persis seperti halnya proses berfikir tentang teks-teks pemikiran, juga akan memberikan pemikiran yang mendalam dan cemerlang. Namun, ini tidak akan menjadikan seorang pemikir sebagai ahli politik, melainkan hanya akan menjadikannya sebagai orang yang banyak tahu tentang politik, yakni mengetahui berbagai pembahasan dan ilmu politik.
Orang yang seperti itu hanyalah layak menjadi seorang pengajar politik, tidak layak menjadi ahli politik kerana seorang ahli politik adalah orang yang mampu memahami berbagai berita dan peristiwa, memahami maksud-maksud yang ditunjukkannya, juga mampu mencapai pengetahuan yang memungkinkannya untuk bertindak. Baik dia mengetahui ilmu-ilmu dan berbagai pembahasan politik dengan baik, mahupun tidak.
Meskipun ilmu-ilmu dan pembahasan politik memang akan membantunya untuk memahami berbagai berita dan peristiwa, tetapi itu hanya membantunya sampai pada batas dia mampu mengambil jenis informasi ketika mengaitkan peristiwa dengan informasi, tidak membantunya pada selain dari itu.
Oleh kerana itu, pengetahuan yang baik terhadap ilmu dan pembahasan politik bukanlah merupakan syarat berfikir politik. Hanya saja, kenyataan yang ada sungguh sangat menyedihkan. Sejak adanya idea pemisahan agama dari negara (sekularisme), dan para penganutnya didominasi oleh idea mengambil jalan tengah (kompromi), maka Barat—yakni Eropah dan Amerika—secara sendiri telah menerbitkan berbagai tulisan dan buku tentang ilmu politik dan pembahasan politik atas dasar idea mereka tentang kehidupan, atas dasar idea kompromi, dan atas dasar format-format yang akan memberikan pemikiran kompromi, yang diwujudkan untuk mencari kesepakatan dan jalan penyelesaian.
Ketika muncul idea komunisme dan kemudian diterapkan oleh Rusia sebagai negara komunis, mereka berharap ingin memunculkan pembahasan politik di atas dasar yang tetap, tidak memakai dasar sikap moderat/kompromi. Namun, sangat menyedihkan, Rusia akhirnya mengikuti bangsa Barat. Oleh kerana itu, ilmu-ilmu dan pembahasan politik mereka pun berjalan pada jalan yang sama, meskipun berbeza-beza bentuknya, tetapi intipatinya tidak berbeza.
Sumber: Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Hakikat Berfikir (At-Tafkir)
#attafkir #pemikiranpolitik