Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi.
Wahai Tentera-tentera Kaum Muslimin,
“Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” (Hud [11] : 78)
Sudah masuk sebulan penindasan tanpa belas kasihan dilakukan oleh puak perampas Yahudi ke atas Gaza, termasuk Tebing Barat dan Lebanon. Mereka telah membunuh ramai, diantaranya orang tua, wanita dan kanak-kanak serta melakukan kerosakan yang melampau, bahkan melampaui segala bentuk penindasan yang pernah dilihat dunia! Walau bagaimanapun, pemerintah masih berdiam diri dan apabila mereka berkata-kata, ianya hanyalah untuk mengira bilangan yang syahid, tercedera dan kawasan yang dihancurkan.
“mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.” (Al-Baqarah [2] : 171)
Pemerintah sebegini akan dihancurkan oleh perbuatan mereka sendiri, yang bukan merupakan satu kejutan pun. Mereka adalah hasil didik bangsa penjajah kuffar. Mereka hanya akan mengatakan apa yang diperintah untuk dikatakan, dan akan melakukan apa yang diperintah untuk dilakukan. Mereka memilih untuk berdiam diri dan mempertahankan pintu sempadan, atas alasan keselamatan negara masing-masing adalah batas yang tidak boleh dicerobohi. Mereka sama ada lupa atau dengan sengaja tidak memperdulikan tanah umat Islam adalah satu, tidak kira ianya berjauhan antara satu sama lain atau berdekatan. Bagaimana begitu, sedangkan mereka menghirup udara yang sama dan melihat langit yang sama, sepertimana di Gaza dan kawasan-kawasan yang seumpamanya?
Wahai Tentera-tentera Kaum Muslimin,
Adakah darah saudara-saudara kita yang mengalir di Gaza tidak memberi kesan ke atas kalian? Adakah tangisan anak-anak, rayuan para wanita dan seruan warga tua tidak menggetarkan jiwa kalian untuk membantu mereka?
“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya.” (Al-Anfal [8] : 72)
Adakah firman dari Tuhan Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah SWT, tidak menggerakkan kalian menyahut panggilan untuk melindungi mereka dari entiti Yahudi?
“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.” (At-Taubah [9] : 14)
Tidakkah kalian mendambakan salah satu daripada dua – sama ada kemenangan di dunia ini atau kejayaan di akhirat – dan keredhaan Allah Yang Maha Besar? Bukankah suara kalian sepatutnya seiring dengan firman Allah SWT:
“Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu.” (At-Taubah [9] : 52)
Wahai Tentera-tentera Kaum Muslimin,
Adakah ketaatan kepada Allah SWT lebih baik, atau ketaatan kepada pemimpin kalian yang berkhianat terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya, yang bersekutu bersama musuh-musuh Allah SWT dan Rasul-Nya lebih baik? Ketaatan kepada Allah SWT adalah lebih baik, dan Dia telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (As-Saff [61] : 10-13)
Adakah ketaatan kepada Allah SWT lebih baik, atau ketaatan kepada pemimpin kalian yang mengatakan keselamatan negara lebih penting daripada Gaza dan penduduknya lebih baik, sedangkan kalian adalah sangat berdekatan dengan mereka?
Pemimpin-pemimpin hari ini adalah mereka yang bersekutu dengan penjajah Kuffar, di mana mereka hanya memperdulikan kekuasan mereka yang menyimpang, mereka tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada kalian di dunia ini ataupun di akhirat jika kalian mengikuti telunjuk mereka. Pilihan kalian untuk mentaati mereka akan dipersoalkan di hari Kebangkitan kelak.
“(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.” (Al-Baqarah [2] : 166-167)
Wahai Tentera-tentera Kaum Muslimin,
Entiti Yahudi bukanlah kaum yang mahir berperang. Mereka adalah golongan penakut, yang pernah dihina dan hidup melarat. Kalian melihat anak-anak muda dari barisan orang beriman, meskipun menggunakan senjata yang tidak setanding dengan senjata entiti Yahudi namun mereka tetap menyerang dengan berani dan sepenuh tenaga. Semangat ini menyebabkan entiti Yahudi lari bertempiaran melindungi diri daripada mereka.
“Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan. Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya) dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).” (Ali-Imran [3] : 111-112)
Wahai Tentera-tentera Kaum Muslimin,
Ingatlah firman Allah SWT, ingatlah sabda Rasulullah SAW, ingatlah kehebatan para sahabat, ingatlah pengorbanan orang terdahulu, ingatlah seruan “Di mana Mo’tasim?”. Ingatlah kata-kata, “Jawapannya ialah apa yang kamu lihat, bukan apa yang kamu dengar.”. Ingatlah Perang Hattin dan pembebasan Al-Quds dari tentera perang Salib. Ingatlah Perang Ain Jalut dan kemenangan atas kaum Tatar. Ingatlah Mohamad Al-Fatih dan pembukaan Konstantinopal. Ingatlah kemuliaan Islam dan kehebatan umatnya.
Wahai Tentera-tentera Kaum Muslimin,
Bergeraklah kalian menuju kemenangan, tawaran terbuka dari Allah SWT, dan sebarkan berita gembira ini kepada mereka yang beriman. Berilah bantuan kepada Gaza dan penduduknya. Jika pemimpin kalian menghalang, tepislah halangan tersebut. Bergeraklah untuk membantu saudara kalian dan jadilah seperti yang diperintahkan Allah kepada kalian:
“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa [4] : 104)
Wahai Tentera-tentera Kaum Muslimin,
Sudah pasti kalian mengetahui bahawa Palestin adalah tanah yang diberkati, tanah umat Islam di mana entiti Yahudi tidak ada hak ke atasnya dan juga penyelesaian dua-negara tidak ada tempat di situ. Sebagaimana ianya telah dibuka oleh Al-Faruq, dipertahankan oleh Khulafa Ar-Rasyidin, dibebaskan oleh Salahuddin, dan dilindungi oleh Abdul Hamid II dari Yahudi, ianya akan dapat dikembalikan menerusi usaha ikhlas tentera-tentera Allah SWT yang membenarkan sabda Rasulullah SAW:
“Kamu akan berperang dengan orang Yahudi dan kamu akan membunuh mereka…” (Sahih Muslim bil. 2921a; diriwayatkan dari Ibnu Umar RA).
Wahai Tentera-tentera Kaum Muslimin,
Tidak adakah di antara kalian, susuk tubuh yang mampu memahami dan memimpin kalian untuk membantu Allah SWT & Rasul-Nya? Tidak adakah di antara kalian, susuk tubuh yang mampu memahami dan memimpin kalian untuk menuju ke arah:
“Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (As-Saff [61] : 13)
Sahutlah seruan umat Islam ketika ianya dilaungkan kepada kalian. Sahutlah dengan bantuan yang selayaknya kepada Tanah yang Diberkati ketika ianya meminta pertolongan.
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.” (Muhammad [47] : 7-8)
Hizb ut Tahrir
17 Rabi’ul Akhir 1445 H
1 November 2023 M