Bismillah Al-Rahman Al-Raheem
(لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلَّا أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ)
“Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan. “[TMQ Ali Imran(3): 111]
Inilah orang-orang Yahudi dari zaman Bani Qaynuqa, Bani Nadir, Bani Qurayza, dan kemudian Bani Khaibar.
Mereka berterusan dalam penyelewengan, penipuan, maksiat, kemungkaran, pengecut, dan penghinaan. Allah SWT telah berfirman perkara yang benar,
(ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ)
“Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia.” [TMQ Ali Imran (3):112]
Mereka telah memutuskan tali Allah, dan yang tinggal bagi mereka hanyalah orang-orang dari negeri-negeri kufur, orang-orang #munafik, dan pemerintah-pemerintah yang khianat di negeri-negeri Islam!
Terdapat lelaki-lelaki muda menyerbu kubu Yahudi dengan motosikal dan juga dengan berjalan kaki, merampas kenderaan bersenjata Yahudi, membunuh dan menangkap mereka yang bersenjata lengkap.
Ini adalah individu yang, dengan senjata masing-masing secara individu, dan dengan hati dan fikiran mereka, menyerang mereka dari setiap arah! Mereka tidak takut kepada entiti Yahudi, malah mereka bertakbir dan tidak melarikan diri. Mereka mengharapkan kemenangan di dunia, dan di Akhirat, mereka akan bergembira di taman-taman Syurga. Semoga mereka diberkati dalam kehidupan di dunia dan akhirat, #kemenangan dari Allah dan penaklukan yang dekat.
(وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ)
“Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” [TMQ as-Saff(61):13]
Apa yang amat menyayat hati ialah para penguasa Ruwaibidah di negeri-negeri umat Islam, terutamanya yang mengelilingi #Palestin, mereka seolah-olah tidak melihat dan tidak mendengar.
(صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ)
“Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). “ [TMQ al-Baqarah(2):18]
Mereka berada di sekeliling mereka, namun mereka buat-buat seperti tidak dapat melihat mereka, seolah-olah Tanah yang diberkati tidak penting bagi mereka, sebaliknya mereka seolah-olah mereka adalah pihak yang tidak berat sebelah, memerhatikan apa yang berlaku umpama mereka berada di negeri yang jauh dan bukan berdekatan dengan Masjid ketiga yang paling suci dan tempat pertama Qiblat!
(أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ)
“Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.”[TMQ an-Nahl(16) :59]
Jadi bagaimana jika para penguasa ini menceroboh sempadan mereka dengan Palestin dan membantu #saudara mereka yang berperang dengan tubuh dan senjata mereka yang tidak mencapai darjat senjata musuh mereka!? Bagaimana tentera Islam sanggup berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan sementara mereka menyaksikan pertempuran di Palestin dan Yahudi menentang rakyat Palestin!? Bagaimana mereka boleh menahan diri daripada membantu penduduk Palestin, Tanah yang diberkati, tempat berlakunya peristiwa Isra’ Mi’raj (perjalanan malam) Rasulullah SAW?!
(سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حوله)
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya.”[TMQ al-Isra’(17):1]
Bagaimana mereka boleh mematuhi arahan para pengkhianat, ejen-ejen pemerintah?! Adakah ketaatan kepada tuan mereka akan memberi manfaat kepada mereka dalam kehinaan seperti mereka yang telah ditimpa oleh kehinaan dan kemurkaan Allah bagi yang telah menduduki Palestin, Tanah yang diberkati, dengan bantuan para ejen pemerintah ini?!
(يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا * وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا * رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْناً كَبِيراً)
“Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!” [TMQ al-Ahzab(33):66-68]
Kita sedar bahawa kita sedang membiarkan rakyat Palestin untuk memerangi Yahudi secara bersendirian, tanpa mengiringi mereka, atau hakikatnya tanpa tentera Islam mara bersama mereka, kerana kemenangan yang kita inginkan ialah dengan #memerdekakan Palestin daripada kekejian Yahudi dan menghapuskan entiti mereka.
Kemenangan ini tidak akan tercapai melainkan tentera Islam menghancurkan mereka, dipimpin oleh negara yang benar, yang akan mencapai kemenangan yang jelas.
Selain itu, Ruwaibidah ini akan musnah, dan Negara Islam, Khilafah Rasyidah (Khilafah yang benar), akan kembali, dengan izin Allah. Memerangi Yahudi dan menghapuskan pendudukan mereka pasti akan terjadi, insya Allah.
Al-Sadiq Al-Masduq (RA) telah berkata dalam Musnad Ahmad dari Huzaifah:
«…ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ»
“…Kemudian, akan kembali Khilafah di atas metod kenabian” Al-Bukhari juga meriwayatkan dari Abdullah bin Omar (RA) yang mengatakan: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
«تُقَاتِلُكُمْ الْيَهُودُ فَتُسَلَّطُونَ عَلَيْهِمْ ثُمَّ يَقُولُ الْحَجَرُ يَا مُسْلِمُ هَذَا يَهُودِيٌّ وَرَائِي فَاقْتُلْهُ»
“Orang Yahudi akan berperang bersama kamu, dan kamu akan diberi kemenangan atas mereka sehingga ada batu yang akan bercakap ‘Wahai orang Islam! Ada orang Yahudi di belakangku;bunuhlah dia!”
Juga diriwayatkan oleh Muslim dari Ibn Umar, dari Nabi SAW yang bersabda,
«لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ حَتَّى يَقُولَ الْحَجَرُ يَا مُسْلِمُ هَذَا يَهُودِيٌّ فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ»
“Kamu akan memerangi kaum Yahudi dan kamu akan membunuh mereka sehingga akan ada batu yang bercakap: Mari sini, orang Islam, ada orang Yahudi (menyorok di belakangku), bunuhlah dia.”
Kemudian bumi akan bersinar dengan kemenangan dari Allah, yang Maha Berkuasa, Perkasa dan Maha Bijaksana.
Kami memohon kepada Allah SWT al-Firdaus al-A’la (Taman Syurga tertinggi) buat para syuhada di Palestin dan agar mereka yang cedera mendapat kesembuhan sepenuhnya yang tidak meninggalkan sebarang penyakit. Kami juga memohon kepadaNya agar agen pemerintah #Muslim dan pengikut mereka dari golongan sesat tidak akan berjaya. Tiada seorang pun daripada mereka yang akan berjaya mengalihkan hasil pertempuran daripada kemenangan kepada kekalahan, daripada memusnahkan entiti Yahudi kepada mengukuhkan kedudukannya, dan daripada penaklukan yang jelas kepada penyelewengan kiri dan kanan! Sebaliknya, firman Allah SWT tentang orang-orang Yahudi telah terealisasi:
(لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلَّا أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ)
“Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.”[TMQ Ali Imran(3):111]
Hizbut Tahrir
23 Rabiul Awal 1445 M
08/10/2023
النسخة العربية