Bersepakat Mengkhianati Palestin (?)
Pertemuan puncak gabungan Sidang Kemuncak Liga Arab dan sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dilaksanakan di Riyadh pada 11-11-2023 lalu akhirnya menghasilkan beberapa kesepakatan. Kesepakatan bertajuk “Resolusi Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Islam-Arab Bersama soal Keganasan Israel ke Rakyat Palestin” ini berisi 31 poin “tegas” yang disampaikan pada dunia untuk menghentikan jenayah kemanusiaan yang sudah lebih dari sebulan berlangsung di Gaza.
Hanya saja, sekalipun Sidang Kemuncak Arab-Islam yang dihadiri 57 pemimpin negara ini disifati “luar biasa” dan didakwa berisi “mesej tegas” untuk dunia, ternyata tidak ada satu pun hal yang luar biasa atau yang menampakkan kekuatan sebenar yang boleh menggentarkan dunia.
Hasil sidang kemuncak ini hanya berakhir dengan sebatas memaksa Zionis untuk segera menghentikan jenayah perang atas warga Gaza Palestin, seterusnya memaksa Amerika dan sekutunya untuk menghentikan segala bentuk dukungan mereka kepada Zionis. Dalam masa sama, aksi Zionis makin mengganas dan terus meluas, bukan hanya di Gaza, tetapi juga di Tebing Barat.
Tong Kosong
Kesimpulan tersebut dibuat berdasarkan pada poin-poin cliché dari resolusi, seperti kata mengecam, menolak, menuntut, mendukung, dan mencadangkan. Selain terkesan normatif dan retorik, semua seruan yang diulang-ulang tersebut justeru menunjukkan tidak berkuasanya dan kelemahan dunia Arab dan Islam jaringan politik antarabangsa.
Sebutlah poin tentang tuntutan agar Majlis Keselamatan PBB bertindak tegas ke atas pengganas Zionis Yahudi. Bagaimana boleh negara Arab-Islam berharap pada organisasi yang secara nyata bertindak sebagai penjaga kepentingan Amerika dan sekutunya?
Siapa pun tahu bahawa organisasi ini tidak mempunyai taji di hadapan Zionis Yahudi. Puluhan resolusi yang telah dikeluarkan tentang Palestin, ternyata tidak ada satu pun yang tuntas sehingga ke saat ini. Bahkan, desakan atas resolusi yang memberi hukuman tegas pada Yahudi sering kali terhambat kerana dihalang Amerika. Ini termasuk resolusi untuk menghentikan keganasan Zionis setelah 7 Oktober lalu. Wajar sahaja jika Zionis Yahudi merasa makin angkuh dan kejahatannya juga makin mengganas berbanding kes-kes sebelum ini!
Ditambah, sikap majoriti negara-negara Arab dan Islam yang sangat lambat dalam bertindak dan merespon keganasan dan operasi militer Zionis atas Gaza. Setelah berminggu-minggu tragedi jenayah perang atas Gaza sehingga ribuan umat Palestin ramai yang mati berguguran depan mata, barulah kedengaran suara-suara mereka ini mengecam.
Sudah lebih dari 11,800 orang awam tewas dan lebih dari 27,000 yang tercedera. Sebahagian besar di antaranya adalah anak-anak dan wanita. Sementara itu, jutaan orang lainnya di Gaza, hidup terusir dalam keadaan dihunus senjata yang membabi buta dan dalam keadaan yang keterbatasan logistik, termasuk sumber tenaga dan sarana prasarana kesihatan.
Wajar jika sidang kemuncak luar biasa ini terkesan hanya menjadi penggugur kewajipan. Bahkan, ternyata para penguasa Arab dan Islam, terutama yang berjiran dan seiman dengan Palestin, hanya ingin menunjukkan bahawa mereka tidak berdiam diri. Lebih-lebih lagi apabila reaksi masyarakat dunia, termasuk di dunia Barat begitu lantang dan kencang memberikan pembelaan pada Gaza dan Palestin. Jadi, memilih untuk diam akan menunjukkan rejim Arab dan Islam lebih teruk.
Amat menyedihkan. Kita lihat semua kecaman terhadap pengganas dan dukungan terhadap Palestin justeru awalnya datang dari masyarakat, bukan dari para penguasa Arab-Islam. Begitu pun dengan seruan boikot dan pengumpulan bantuan kemanusiaan. Semuanya datang dari rakyat. Sehingga bantuan ketnteraan juga datang dari pasukan-pasukan bersenjata di bawah kelompok-kelompok underground, bukan dari kekuatan negara yang katanya pro kemerdekaan Palestin dan anti penjajahan.
Sepakat “Berkhianat”?
Selain itu, terdapat poin penting dari resolusi sidang kemuncak yang juga perlu dikritik, yakni amanat para pemimpin Arab-Islam bahawa solusi dua negara (two-state solution) tidak boleh gagal. Hakikatnya, solusi ini merupakan solusi sesat lagi menyesatkan. Hal ini kerana ianya bererti solusi ini mengiktiraf pendudukan dan penjajahan entiti Yahudi atau Zionis atas tanah milik sah umat Islam di Palestin, selain menafikan mangsa kezaliman Zionis dari zaman ke zaman.
Lebih parah lagi, solusi yang datang dari Britain dan Amerika ini sangat bertentangan dengan ketetapan syariat Islam. Hal ini kerana tanah Palestin dalah tanah wakaf yang dikukuhkan melalui perjanjian Umariyah pada 637 M. Tanah ini dibebaskan oleh pasukan Khilafah dari kekuasaan Bizantium yang dikenal zalim. Lalu Ketua Gereja (Patriach) bernama Sophronius secara langsung menyerahkan kunci gerbang Al-Quds kepada Khalifah Umar sebagai tanda ketundukan.
Sejak saat itu, tanah Palestin pun terus dipertahankan melalui perang demi perang, termasuk Perang Salib yang berlangsung selama 200 tahun. Hingga di hujung peperangan, Sultan Shalahuddin al-Ayyubi akhirnya memenangi peperangan. Beliaulah yang berjaya mengembalikan Palestin ke pangkuan umat Islam dan menjaga perjanjian Umar.
Oleh kerana itu, ketika para rejim Arab-Islam menerima idea two-state solution, hakikatnya mereka sedang melakukan pengkhianatan dan pelanggaran perjanjian atas umat Islam. Ini kerana tidak ada satu pun catatan yang menunjukkan bahawa perjanjian tersebut telah dibatalkan. Bahkan, hingga ke hari ini, para pendeta Kristian dan rahib Yahudi Ortodoks di Palestin masih memegang teguh perjanjian dan sama-sama menjadi mangsa pembantaian.
Sungguh, apa yang terjadi hari ini menunjukkan betapa penguasa rejim Arab dan Islam tidak memfungsikan dirinya sebagai pelindung dan penjaga. Hal ini wajar kerana sebahagian penguasa Arab-Islam sudah terbelenggu—baik tangan, kaki, dan mulutnya—oleh kekuasaan yang dukungannya diperoleh dari Amerika.
Para rejim Arab ini pun seakan mabuk oleh racun nasionalisme yang membutakan mata dan menulikan telinga. Sehingga dek kerana arahan tuannya, yakni Amerika, mereka sanggup melakukan perbuatan jahat dan memalukan, yakni menormalisasi hubungan dengan Zionis Yahudi. Ertinya, mereka sanggup berjabatan tangan dengan penjajah alias musuh Islam secara terbuka, padahal tangan-tangan Zionis itu telah lama berlumuran darah saudara seiman mereka.
Mereka juga secara terang telah mendukung pembantaian di Gaza dan Palestin, saat mereka tetap membiarkan tanah dan lautnya menjadi pangkalan tentera Amerika. Dari sanalah bantuan penuh ketenteraan dan ekonomi Amerika disalurkan kepada Zionis demi menjayakan projek genosid warga Palestin di Gaza. Sedangkan di pihak lain, mereka menutup pintu akses bantuan kepada warga Palestin khususnya Gaza, dengan alasan untuk melindungi negara dan bangsanya dari dampak perang di sana. Sampainya hati mereka!
Khatimah
Alangkah benar yang disampaikan baginda Rasulullah saw., “Hampir saja bangsa-bangsa memangsa kalian sebagaimana orang-orang lapar menghadapi meja penuh hidangan.” Seseorang bertanya, “Apakah jumlah kami saat itu sedikit”? Beliau menjawab, “Bahkan jumlah kalian saat itu banyak, tetapi kalian seperti buih di lautan. Sungguh Allah akan mencabut rasa takut dari dada musuh kalian, dan sungguh Allah pun akan mencampakkan penyakit wahn ke dalam hati kalian.” Lalu seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, apa itu wahn? Beliau menjawab, “Cinta dunia dan benci kematian.” (HR Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud dari Tsauban ra.)
Penyakit inilah yang rupanya sedang menjangkiti para pemimpin dunia Islam, hingga tidak ada satu pun dari mereka yang berani tampil memimpin perlawanan. Mereka pura-pura murka, tetapi tidak ada tindakan apa pun dari mereka. Mereka satu sama lain hanya boleh saling mengecam atau berlumba-lumba mencari alasan dan kambing hitam. Misalnya, alasan terikat norma-norma hubungan antarabangsa serta batas-batas kebangsaan yang sejatinya dibuat oleh negara-negara besar semata untuk melemahkan.
Mereka bahkan tegar menyerahkan tengkuk saudaranya untuk dibantai musuh umat Islam semata demi mengekalkan kekuasaan. Rasulullah saw. bersabda, “Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, dia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh), dan tidak menghinakannya.” (HR Muslim).
Sungguh, yang terjadi di Palestin dan respons pemimpin-pemimpin dunia Islam kian memberi pelajaran bahawa kepemimpinan yang tidak berasaskan akidah Islam hanya akan membuka banyak mudarat, bahkan membuka jalan penjajahan. Mereka lebih takut kehilangan kekuasaan dan dukungan negara besar, daripada serius menghancurkan kezaliman.
Berbeza halnya dengan sistem kepemimpinan Islam (Khilafah) yang tegak di atas ideologi Islam. Khilafah Islam akan menyatukan umat dan seluruh potensi kekuatannya di bawah satu bendera. Pemimpinnya pun akan menjalankan fungsi mengurus dan menjaga. Saat kezaliman menimpa sekelompok umat, Khilafah, rakyat, dan tenteranya akan kedepan menjadi pembela.
Sungguh, Allah dan Rasul-Nya telah mengabarkan kembalinya Khilafah Rasyidah yang kedua. Khilafah inilah yang dijanjikan akan membebaskan Palestin dan mengalahkan Yahudi sehina-hinanya.
Hanya saja, kita semua diminta berjuang menapaki jalan mewujudkannya, yakni dengan mendakwahkan ideologi Islam di tengah umat hingga muncul kesedaran akan kewajipan dan urgensi hidup di bawah naungannya.
#ArmiesToAqsa #AlAqsaStorm #FreePalestine #FreePalestineWithJihadAndKhilafah