[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS] KHABAR GEMBIRA PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS
عن عوف بن مالك -رضي الله عنه-، قال: أتيتُ النبي -صلى الله عليه وسلم- في غزوة تبوك وهو في قُبَّة من أَدَم، فقال: اعدُد ستًّا بين يدي الساعة: موتي، ثم فتح بيت المقدس، ثم مُوتانٌ يأخذ فيكم كقُعَاص الغنم، ثم استفاضة المال حتى يُعطى الرجل مائة دينار فيظل ساخطا، ثم فتنة لا يبقى بيتٌ من العرب إلا دخلته، ثم هُدْنة تكون بينكم وبين بني الأصفر، فيغدرون فيأتونكم تحت ثمانين غاية، تحت كل غاية اثنا عشر ألفا
Dari ‘Auf bin Malik RA dia berkata, “Aku mendatangi Rasulullah SAW pada waktu perang Tabuk ketika beliau berada di dalam kubah kulit (khemah). Beliau bersabda, “Hitunglah enam perkara menjelang hari kiamat; yakni kematianku, pembebasan Bait al-Maqdis (masjidil Aqsa), kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba, melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun masih marah (kerana merasa kurang), timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu pun rumah orang Arab melainkan ia akan memasukinya, kemudian perjanjian damai antara kalian dan Bani al-Asfar (Romawi), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut. Mereka akan datang menghadapi kalian di bawah 80 panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada 12,000 tentera.”
[HR Al-Bukhari (3176), Ibnu Majah (4042), Imam Ahmad (6623), komentar beliau derajat hadisnya Hasan Lighairihi, (22053, 24040), Imam Hakim (8295), ia mensahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahaby (6324, 8303, 8297). Al-Haitsamy dalam Majma’ Az-Zawaid (122432). Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir (244, 368), al-Baihaqi, Syu’abul Iman (19331). (Sahih)].