[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS] BERSEGERALAH BERAMAL
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,
بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِى كَافِرًا أَوْ يُمْسِى مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا
“Bersegeralah melakukan amal soleh sebelum datang fitnah (musibah) seperti potongan malam yang gelap. Iaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan di petang hari dalam keadaan kafir. Ada pula yang di petang hari dalam keadaan beriman dan di pagi hari dalam keadaan kafir. Dia menjual agamanya kerana sedikit dari keuntungan dunia” (HR. Muslim no. 118).
Semoga Allah swt menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa istiqamah dan bersegera dalam melakukan amal-amal kebaikan yang dituntut agama, serta tidak mudah mengorbankan urusan agama demi hal-hal duniawi.
#kempenrejab #rejabbulanmulia #1hari1hadis