[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
AL-IMAM JAMALUDDIN AL-GHAZNAWI AL-HANAFI (W. 593 H)
KEBERADAAN KHILAFAH MENDATANGKAN MASLAHAT DAN KETIADAANNYA MENYEBABKAN MAFSADAT (KEROSAKAN)
Dalam kitabnya Ushûl Ad-Dîn menuturkan:
الإمامة
فصل، لابد للمسلمين من إمام يقوم بمصالحهم من تنفيذ أحكامهم وإقامة حدودهم وتجهيز جيوشهم وأخذ صدقاتهم وصرفها إلى مستحقيهم، لأنه لو لم يكن لهم إمام فإنه يؤدي إلى إظهار الفساد في الأرض.
“Bab Imamah/Khilafah.
Pasal; Merupakan keharusan bagi umat Islam untuk memiliki seorang imam/khalifah, yang memelihara kemaslahatan mereka berupa penerapan hukum-hukum mereka (hukum Islam), menerapkan hudud, menyiapkan pasukan jihad, dan memungut zakat serta menyalurkannya kepada mereka yang berhak. Sebab jika mereka tidak memiliki seorang imam/khalifah maka hal itu akan menyebabkan timbulnya kerosakan di muka bumi.”
Al-Ghaznawi, Jamaluddin Ahmad bin Muhammad. 1998. Kitâb Ushûl Ad-Dîn. (Beirut: Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah) hlm. 269-270
Fawaid:
- Umat islam wajib memiliki khalifah demi terpeliharanya kemaslahatan mereka.
- Peranan khalifah adalah sebagai pelaksana syariat. Kerana hanya dengan syariat Islam kemaslahatan akan digapai, baik di dunia mahupun (lebih utamanya) di akhirat.
- Ketiadaan khalifah akan menyebabkan kerosakan di muka bumi.
(Ustaz Azizi Fathoni)