[SYARAH HADIS] Penjelasan Kritik Sanad Hadis “Man Lam Yahtamma…”
Penulis: Ustaz Yuana Ryan Tresna
حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْخَلَدِيُّ، ثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْقَطَّانُ، ثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ الْعَطَّارِ، ثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ بِشْرٍ، ثَنَا سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ شَقِيقٍ، عَنْ سَلَمَةَ، عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: ” مَنْ أَصْبَحَ وَالدُّنْيَا أَكْبَرُ هَمِّهِ، فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ، وَمَنْ لَمْ يَتَّقِ اللَّهَ، فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ، وَمَنْ لَمْ يَهْتَمَّ لِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً، فَلَيْسَ مِنْهُمْ “. مستدرك الحاكم
Terkait Hadis “… من لم يهتم للمسلمين عامة فليس منهم” ada beberapa jalur periwayatan:
Pertama, dari Hudzaifah ra. (Lihat Ath-Thabarani, al-Mu’jamul Awsath, 7/270).
Al-Haitsami berkata (Lihat Majma’uz Zawaa’id, 1/47), “Di dalamnya ada Abdullah bin Abi Ja’far ar-Razi, yang di-dhaif-kan oleh Muhammad bin Humaid dan di-tsiqah-kan oleh Abu Hatim, Abu Zur’ah, dan Ibn Hibban”. Ibn Rajab dalam kitab Jaami’ul Ulum wal Hikam (9/2) mencantumkan hadis tersebut dari Hudzaifah tanpa komentar.
Kedua, dari Abu Dzar (riwayat ath-Thabarani). Menurut Al-Haitsami (Lihat Majma’uz-Zawaa’id, 11/143), di dalamnya ada Yazid bin Rabi’ah, dan ia matruk.
Ketiga, dari Ibn Mas’ud ra. (Lihat riwayat al-Hakim, 4/356). Imam Adz-Dzahabi dalam kitab At-Talkhish mengatakan di dalamnya ada Ishaq dan Maqaatil yang keduanya tidak tsiqah dan juga tidak shadiq.
Keempat, dari Anas ra. dengan lafaz, “wa man laa yahtam lil muslimina falaysa minhum” (Al-Baihaqi, Sya’bul Iman, 22/11). Al-Baihaqi menegaskan bahawa isnadnya dhaif.
Demikian juga dengan Asy-Syaukani (Lihat Al-Fawaa’idul Majmu’ah, 1/40), beliau mengatakan bahawa hadis tersebut dhaif.
Berkaitan dengan beragamnya jalur, riwayat dan komentar seperti disebutkan sebelumnya, ahsan jika kita menyemak apa yang disampaikan oleh Ibn Katsir, beliau berkata, “Meriwayatkan hadis bil ma’na dibolehkan oleh jumhur manusia, salaf, dan khalaf dan diamalkan.” Syaratnya adalah bahawa yang meriwayatkan tahu atas apa yang dia riwayatkan, bashiirah terhadap lafaz, dan maksud dari lafaz. (Lihat Al-Baa’its Al-Hatsits Fikhtishaari ‘Ulumil Hadis, 18).
Untuk konteks hadis ini, ihtimam terhadap urusan kaum muslim ditegaskan pada banyak ayat Al-Quran dan hadis sahih, di antaranya,
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain….” [TMQ At-Taubah (9): 71].
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
“(Mereka) nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” [TMQ Al ‘Ashr (103): 3].
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak sempurna iman seorang di antara kalian sampai dia mencintai untuk saudaranya seperti dia mencintai untuk dirinya sendiri.” (HR Al-Bukhari (1/14 no. 13), Muslim (1/67, 68 no. 45) dan lain-lain, dari hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu).
مَثَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِيْ تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عَضْوٌ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى .
“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam rasa cinta mereka, kasih sayang mereka, dan kelemah-lembutan mereka bagaikan satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh lainnya merasakan sakit dengan tidak tidur dan demam.” (HR Muslim (4/1999 no. 2586), dan lain-lain, dari Hadis An-Nu’man bin Basyir Radhiyallahu ‘anhu).
Di samping itu, ada yang berpendapat jika terdapat hadis yang sanadnya dhaif, tetapi “talaqqathul ulama’ bil qabuul” wajib diambil. Bahkan, para muhaqqiq seperti Ibn Taimiyyah, As-Subki, dan Ibn Abdis Salam menegaskan, bahawa para ulama mengambil hadis yang isnad-nya masih “perlu dikaji”, seperti hadis “… من لم يهتم للمسلمين عامة فليس منهم “.
Lebih dari itu, mereka menjadikannya sebagai dalil dan sandaran salah satu rukun tasyri’ yang empat (Lihat Arsyif Multaqa Ahlil Hadis, 1/6747). Yang perlu menjadi catatan bahawa terma talaqqathul ummah bil qabul itu tidak ada hubungannya dengan ijmak atau pembahasan tentang ijmak mana yang merupakan dalil syarak. Istilah tersebut digunakan oleh para ulama untuk suatu hal yang ditransmisikan di tengah-tengah umat, dan tidak ada penolakan dari umat kerana memang hal tersebut masyruk dalam Islam.
Dengan demikian, hadis tersebut di atas bersumber dari beberapa sahabat, dan kebanyakan ulama hadis men-dhaif-kan, hanya saja untuk jalur dari Hudzaifah ra. yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani; Al-Haitsami, Abu Zur’ah, Abu Hatim, dan Ibn Hibban men-tsiqah-kan Abdullah bin Abi Ja’far Ar-Razi.
Jadi sebenarnya hadis tersebut makbul. Bahkan, ketika Ibn Rajab mencantumkan hadis tersebut dalam kitabnya, dan tidak memberikan komentar apa pun, menunjukkan penerimaan beliau terhadap hadis tersebut. Ertinya, menurut Ibn Rajab, hadis tersebut makbul. Demikian juga perlu difahami bahawa tidak semua hadis yang sanadnya dha’f matannya automatik dhaif, kerana ada syahid (penguat) pada riwayat yang lain.
Walaupun hadis tersebut pada kebanyakan sanadnya adalah dhaif, tetapi kerana ‘talaqqathul ‘ulama bil qabul’, menurut para ulama wajib diambil. Selain itu, walaupun hadis tersebut pada kebanyakan jalur sanadnya dhaif, tetapi dari segi maknanya sejalan dengan hadis-hadis sahih dan ayat-ayat Al-Quran yang mewajibkan ihtimam atas kaum muslim dan urusan mereka.
Jadi, dapat dikatakan bahawa periwayatan hadis tersebut adalah bil ma’na, dan ini bagi para ulama salaf dan khalaf adalah boleh. Jika demikian, maka “… من لم يهتم للمسلمين عامة فليس منهم ” adalah makbul, kerana: (1) ada sebahagian riwayatnya yang makbul; (2) hadis tersebut diriwayatkan “bil ma’na“, dan secara makna sejalan dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis sahih yang mewajibkan ihtimam terhadap umat Islam dan urusan mereka; (3) hadis tersebut “talaqqathul ulama’ bil qabul“. Wallahualam.
#syarahhadis #hadis