[Soal Jawab] HUKUM MEMBUNUH ORANG AWAM DALAM JIHAD
Oleh : KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Soalan:
Bolehkah dalam perang (jihad) tentera Islam membunuh orang awam dari pihak musuh (negara kafir)?
Jawapan:
Islam telah mengatur hukum-hukum perang secara terperinci, termasuk sesiapa sahaja yang menjadi sasaran peperangan yang boleh dibunuh dan sesiapa yang tidak boleh dibunuh.
Sasaran dalam peperangan ialah tentera kafir (pejuang) yang turut berperang memerangi umat Islam, sesuai firman Allah SWT:
وَقَاتِلُوۡا فِىۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ الَّذِيۡنَ يُقَاتِلُوۡنَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوۡا ؕ اِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ الۡمُعۡتَدِيۡنَ
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [TMQ Al-Baqarah (2): 190].
Selain daripada tentera kafir pejuang, iaitu orang awam kafir yang tidak ikut berperang, tidak boleh diperangi/dibunuh.
Orang awam kafir yang tidak boleh dibunuh dalam peperangan termasuk wanita dan kanak-kanak, sesuai dengan hadis Rasulullah ﷺ seperti berikut:
عن عَبْدُ الله بن عمر رضي الله عنهما «أَنَّ امْرَأَةً وُجِدَتْ فِي بَعْضِ مَغَازِي النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مَقْتُولَةً، فَأَنْكَرَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَتْلَ النِّسَاءِ، وَالصِّبْيَانِ»
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar RA, dia berkata, “Seorang wanita ditemui terbunuh dalam sebuah peperangan bersama Rasulullah ﷺ. Kemudian beliau melarang membunuh wanita dan kanak-kanak.” (HR. Bukhari, no. 3015; dan Muslim, no.1744)
Orang tua yang lanjut usia juga tidak boleh dibunuh dalam peperangan, menurut hadis riwayat Imam Abu Dawud, bahawa Rasulullah SAW. bersabda :
وَلاَ تَقْتُلُوا شَيْخًا فَانِيًا، وَلاَ طِفْلاً، وَلاَ صَغِيرًا، وَلاَ امْرَأَةً…
“Janganlah kalian membunuh orang tua (warga emas), kanak-kanak, dan wanita…” (HR. Abu Dawud, no.2614; Ibnu Abi Syaibah, Al-Mushannaf, no. 6/438; dan al-Baihaqi, Al-Sunan al-Kubra, no.17932).
Para rahib (pemimpin agama) yang tidak ikut serta dalam peperangan, juga tidak boleh dibunuh, menurut wasiat Rasulullah ﷺ kepada panglima perang yang hendak berperang:
اغْزُوا بِاسْمِ اللهِ فِي سَبِيلِ اللهِ، قَاتِلُوا مَنْ كَفَرَ بِاللهِ، اغْزُوا وَلاَ تَغُلُّوا، وَلاَ تَغْدِرُوا، وَلاَ تُـمَثِّلوا، وَلاَ تَقْتُلُوا وَلِيدًا، أَوِ امْرَأَةً، وَلا كَبِيرًا فَانِيًا، وَلا مُنْعَزِلاً بِصَوْمَعَةٍ
“Berperanglah dengan menyebut nama Allah dan di jalan Allah. Perangilah mereka yang kufur kepada Allah. Berperanglah, jangan kalian berlebihan (dalam membunuh). Jangan kalian lari dari medan perang, jangan kalian mencacatkan tubuh, janganlah kalian membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua, dan rahib-rahib di tempat ibadah mereka.” (HR. Muslim no. 1731; Abu Dawud no. 2613; at-Tirmidzi no.1408; dan al-Baihaqi, no. 17935).
Jelaslah bahawa sasaran dalam peperangan yang boleh dibunuh adalah tentera kafir (pejuang) yang berperang memerangi umat Islam. Selain daripada tentera kafir pejuang, iaitu orang awam kafir yang tidak ikut berperang, seperti wanita dan kanak-kanak, tidak boleh diperangi/dibunuh.
Akan tetapi, jika musuh kafir dalam peperangan telah membunuh orang awam Islam terlebih dahulu, seperti wanita, kanak-kanak, orang tua dan sebagainya, maka boleh hukumnya tentera Islam membunuh orang kafir awam, sebagai bentuk perlakuan yang sama (mu’amalah bil mitsli) terhadap musuh kafir.
Mengenai masalah perlakuan sama rata (mu’amalah bil mitsli) terhadap orang kafir dalam peperangan, Imam Taqiyuddin An-Nabhani berkata:
فممَّا يتعلق بِمعاملة العدو، جعل الإسلام للخليفة وللمسلمين أن يفعلوا بالعدو مثل ما مِن شأنه أن يفعله العدو بِهم، وأن يستبيحَ من العدو مثل ما يستبيحه العدو من المسلمين، ولو كان من الْمحرَّمات. قَالَ اللهُ تَعَالَى: وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ
“Maka antara perkara yang berkaitan dengan perlakuan (mu’amalah) terhadap musuh; Islam membenarkan Khalifah dan umat Islam untuk memperlakukan musuh seperti mana yang telah dilakukan musuh terhadap umat Islam, dan Islam membenarkan kepada musuh seperti mana yang telah dibolehkan musuh terhadap umat Islam, walaupun perkara itu termasuk hal-hal yang diharamkan, sesuai dengan firman Allah SWT:
وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ
“(Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar).” [TMQ An-Nahl (16): 126]. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah, Juz II, hlm. 191).
Dalam kitab tersebut, Imam Taqiyuddin An-Nabhani menjelaskan bahawa ayat QS An-Nahl: 126 turun berkaitan dengan peristiwa Perang Uhud, di mana orang kafir telah mencincang jenazah tentera Islam dengan membelah perut mereka, memotong kemaluan mereka, dan juga memotong hidung mereka.
Semua tentera Islam yang syahid diperlakukan demikian, kecuali seorang iaitu Hanzhalah bin Ar-Rahib, RA.
Rasulullah SAW. juga berdiri di hadapan jenazah Hamzah bin Abdil Muththalib RA., yang juga telah dicincang oleh orang kafir dengan dipotong perutnya dan dipotong hidungnya. Ketika itu Rasulullah SAW. bersumpah,”Demi Zat yang aku bersumpah dengannya, sungguh jika Allah memenangkan diriku atas mereka, aku akan mencincang 70 orang sebagai ganti dirimu.” (HR. Al-Thabrani).
Maka turunlah ayat ini (QS An-Nahl : 126) yang melarang Nabi SAW untuk membalas musuh lebih daripada yang dilakukan oleh musuh, dan hanya membolehkan membalas secara sepadan kepada musuh kafir (mu’amalah bil mitsli), walaupun tindakan itu diharamkan di luar perang (seperti mencincang mayat orang kafir, atau membunuh orang awam yang kafir). (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah, Juz II, hlm. 191).
Dalil lain yang juga membolehkan pembalasan setimpal kepada musuh (mu’amalah bil mitsli), ialah firman Allah SWT:
فَمَنِ اعْتَدٰى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوْا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدٰى عَلَيْكُمْ ۖ وَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ
“Oleh sebab itu barangsiapa menyerang kamu, maka seranglah dia setimpal dengan serangannya terhadap kamu.” [TMQ Al-Baqarah (2): 194]
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, jika musuh kafir dalam peperangan telah mula terlebih dahulu membunuh orang awam dari umat Islam, maka boleh hukumnya tentera Islam juga membunuh orang awam kafir, sebagai bentuk perlakuan sama rata (mu’amalah bil mitsli) kepada musuh kafir dalam peperangan, walaupun hukum asalnya membunuh orang awam yang kafir hukumnya haram sama ada dalam peperangan atau di luar peperangan.
Dengan demikian, boleh hukumnya dan tidak haram, dalam peperangan (jihad) tentera Islam membunuh orang awam dari pihak musuh (negara kafir), jika musuh kafir terlebih dulu telah mula membunuh orang awam dari kalangan orang Islam.
Oleh itu, dibenarkan dan tidak berdosa pasukan jihad Hamas yang menyerang orang awam Yahudi yang sedang menyanyi dan menari di sebuah konsert, pada hari Sabtu 7 Oktober 2023. Hal ini dibenarkan kerana Islam membolehkan layanan yang sama (mu’amalah bil mitsli) kepada musuh Yahudi kafir, kerana kaum Yahudi kafir telah terlebih dahulu membunuh dan membantai orang-orang awam dari kalangan umat Islam, sebagaimana yang terbukti dalam pelbagai peperangan mereka dengan umat Islam Palestin. Wallahu a’lam.
Sumber:
https://fissilmi-kaffah.com/frontend/artikel/detail_tanyajawab/577
#SoalJawab #HukumIslam