[Nafsiyah] Jangan Menjauhi Majlis Ilmu
Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar
Jangnlah kita menjauh majlis-majlis ilmu atau malas dalam mendalami ilmu-ilmu agama. Sebab, syaitan akan jauh lebih mudah menyesatkan orang-orang bodoh daripada orang-orang yang berilmu. Betapa banyak orang terjerumus ke dalam dosa dan kemaksiatan kerana kebodohan, keawaman atau ketidaktahuan mereka terhadap hukum-hukum agama (halal-haram).
Demikian sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnu al-Jauzi rahimahulLaah:
*اعلم أنَّ أوَّل تلبيس إبليس على النَّاس صدُّهم عن العلم؛ لأنَّ العلم نور، فإذا أطفأ مصابيحهم خبَّطهم في الظُّلم كيف شاء* (تلبيس إبليس، ص739)
“Ketahuilah bahawa tipuan iblis yang pertama kali kepada manusia adalah dengan membuat mereka berpaling dari ilmu. Sebab sesungguhnya, ilmu adalah cahaya. Saat iblis mampu memadamkan cahaya-cahaya manusia maka iblis bakal mudah menjatuhkan mereka dalam kegelapan (kesesatan) sebagaimana yang dia kehendaki.” (Ibnu al-Jauzi, Talbiis Ibliis, hlm. 739).
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah ‘alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib.
#refleksiramadhan #motivasiramadhan #nasihatramadhan