[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
PENDAPAT IMAM IBNU TAIMIYYAH
وقالالإمام ابن تيمية (728 ه) : (يَجِبُ أَنْ يُعْرَفَ أَنَّ وِلاَيَةَ أَمْرِ النَّاسِ مِنْ أَعْظَمِ وَاجِبَاتِ الدِّيْنِ، بَلْ لاَ قِيَامَ لِلدِّيْنِ إِلاَّ بِهَا. فَإِنَّ بَنِيْ آدَمَ لاَ تَتِمُّ مَصْلَحَتُهُمْ إِلاَّ بِالْاِجْتِمَاعِ لِحَاجَةِ بَعْضِهِمْ إِلىَ بَعْضٍ، وَلاَ بُدَّ لَهُمْ عِنْدَ اْلاِجْتِمَاعِ مِنْ رَأْسٍ حَتىَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “إِذَا خَرَجَ ثَلاَثَةٌ فِيْ سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوْا أَحَدَهُمْ” رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ مِنْ حَدِيْثِ أَبِيْ سَعِيْدٍ وَأَبِيْ هُرَيْرَةَ … وَلِأَنَّ اللهَ تَعَالَى أَوْجَبَ اْلأَمْرَ بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيَ عَنِ الْمُنْكَرِ، وَلاَ يَتِمُّ ذَلِكَ إِلاَّ بِقُوَّةٍ وَإِمَارَةٍ ).
Imam Ibnu Taimiyah (w. 728 H) berkata : “Wajib diketahui bahawa kekuasaan atas manusia termasuk kewajiban agama terbesar. Bahkan agama tak akan tegak tanpa kekuasaan. Kerana manusia tak akan sempurna kepentingan mereka kecuali dengan berinteraksi kerana adanya hajat dari sebahagian mereka dengan sebahagian lainnya. Dan tak boleh tidak pada saat berinteraksi harus ada seorang pemimpin hingga Rasulullah SAW bersabda,’Jika keluar tiga orang dalam satu perjalanan maka hendaklah mereka mengangkat satu orang dari mereka untuk menjadi pemimpinnya.’ (HR Abu Dawud, dari Abu Said dan Abu Hurairah). Dan kerana Allah telah mewajibkan amar ma’ruf nahi mungkar, dan kewajiban ini tidak akan berjalan sempurna kecuali dengan adanya kekuatan dan kepemimpinan.
Majmu’ul Fatawa, Juz 28 halaman 390.