[Tsaqafah] Puasa, tapi terus melakukan maksiat?
Penulis: Arini Retnaningsih
Ramadhan adalah bulan penuh keutamaan. Pada bulan ini, Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda, juga ampunan dan syurga-Nya.
Rasulullah saw.. bersabda, “Telah datang Ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu. Saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para syaitan diikat, dan pada bulan itu juga terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan.” (HR Ahmad).
Rasulullah saw. juga menegaskan bahawa puasa adalah perisai yang menahan seorang muslim dari mengerjakan maksiat yang akan mengantarkannya ke dalam neraka. Beliau saw. bersabda, “Puasa adalah perisai dari neraka sebagaimana perisai kalian dalam perang.”
Dengan berbagai keutamaannya, seorang muslim sepatutnya menjadikan puasa sebagai momentum untuk meningkatkan diri menuju takwa, yakni yang menjadi tujuan dari disyariatkannya puasa.
Allah Swt. berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan bagi kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan pada orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi orang-orang yang bertakwa.” (TMQ Al-Baqarah: 183).
Namun, mencermati fakta yang terjadi selama Ramadhan, muncul pertanyaan, jika puasa merupakan perisai, mengapa kemaksiatan, kejahatan, dan pelanggaran hukum syarak tetap terus berlaku?
Makna Puasa sebagai Perisai
Rasulullah saw. bersabda, “Rabb kita ‘Azza wa Jalla berfirman, ‘Puasa adalah perisai yang dengannya seorang hamba membentengi diri dari api neraka; dan puasa itu untuk-Ku, Akulah yang akan membalasnya.’” (HR Ahmad, sahih).
Rasulullah saw. juga bersabda, “Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari seksa neraka.” (HR Ahmad, sahih).
Ucapan Rasulullah saw.. bahawa puasa adalah perisai menggambarkan bahawa takwa yang terbentuk saat berpuasa akan mampu melindungi seseorang dari mengerjakan maksiat. Maksiat itu adalah sebab seseorang mendapat seksa neraka.
Dari Abu Sa’id ra., Rasulullah saw. bersabda, “Barang siapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun.” (HR Bukhari no. 2840).
Banyaki hadis yang menyebutkan puasa adalah perisai, selain kerana menguatkan ketakwaan, puasa juga mengalihkan manusia dari kecenderungan menuruti hawa nafsunya menjadi menuju pada ketaatan. Bahkan, puasa adalah penahan syahwat.
Dari Ibnu Mas’ud ra., Rasulullah saw. bersabda, “Wahai, para pemuda! Barang siapa yang memiliki baa-ah, maka menikahlah kerana itu akan lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barang siapa yang belum mampu, berpuasalah kerana puasa itu bagai penawar baginya.” (HR Bukhari-Muslim).
Selama berpuasa, kita mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Banyak perkara yang kita tinggalkan selama puasa, iaitu makan, minum, hubungan intim bersama pasangan, merupakan hal-hal yang jiwa begitu terdorong untuk menikmatinya. Namun, semua itu kita tinggalkan kerana ingin mendekatkan diri pada Allah dan mengharap pahala dari-Nya. Itulah bahagian dari takwa.
Begitu juga orang yang berpuasa, melatih dirinya untuk makin dekat pada Allah. Dia mengekang hawa nafsunya, padahal dia boleh saja menikmati berbagai jenis kenikmatan. Dia meninggalkan itu semua kerana dia tahu bahawa Allah selalu mengawasinya. Akhirnya dia mengikatkan dirinya untuk sentiasa melakukan ketaatan sebab ketaatan adalah bahagian dari takwa.
Seandainya perkara yang mubah saja kita boleh menahannya, tentu akan lebih mudah bagi kita menahan diri dari melakukan perkara yang haram. Dengan demikian, tepat sekali jika puasa disifati sebagai “perisai”. Namun, maraknya kemaksiatan saat bulan puasa seolah menunjukkan bahawa memiliki perisai puasa saja ternyata tidak cukup untuk menahan dari kemaksiatan. Lalu, adakah kita memerlukan perisai tambahan?
Al-Imamu al-Junnah
Puasa adalah perisai bagi individu-individu muslim dalam menjalankan ketaatan kepada Allah. Namun perlu kita fahami bahawa perisai individu ini tergantung pada kekuatan iman individunya.
Masalahnya saat ini iman itu digempur dengan serangan yang luar biasa hebat dari fahaman kapitalis-sekular-liberal. Dengan keadaan ini, maka iman sekukuh apa pun pada akhirnya akan goyah, apabila tidak didukung dengan keberadaan perisai lain yang melindunginya.
Inilah sebenarnya yang menjadi inti persoalan umat Islam. Bergantung hanya pada satu perisai saja, yakni shaum (puasa), untuk membentengi diri ternyata tidak cukup. Kita perlukan perisai kedua. iaitu adanya pemimpin yang menerapkan sistem Islam secara keseluruhan. Pemimpin yang disifati oleh Rasulullah saw. sebagai junnah (perisai).
Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya al-imam (khalifah) itu (laksana) perisai yang (orang-orang) akan berperang di belakangnya (mendukung) dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)nya. Jika seorang imam (khalifah) memerintahkan supaya takwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, maka dia (khalifah) mendapatkan pahala kerananya; dan jika dia memerintahkan selain itu, maka dia akan mendapatkan seksa.” (HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Abu Dawud, Ahmad).
Kata “Imam” dalam hadis ini bermakna al-khalifah. Makna ungkapan kalimat “al-imamu junnah” adalah perumpamaan sebagai bentuk pujian terhadap imam yang memiliki tugas mulia untuk melindungi orang-orang yang ada di bawah kekuasaannya sebagaimana dijelaskan Imam Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim, “(Imam itu perisai), yakni seperti as–sitr (pelindung), kerana imam (khalifah) menghalangi/mencegah musuh dari menzalimi kaum muslim dan mencegah antara manusia satu dan yang lain untuk saling menzalimi, memelihara kemurnian ajaran Islam, serta manusia berlindung di belakangnya dan mereka tunduk di bawah kekuasaannya.”
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitabnya Al-Iqtishâd fî al-I’tiqâd hlm. 128 mengumpamakan din (agama) dan kekuasaan (kepemimpinan) sebagai saudara kembar, “Ad-dîn itu asas dan penguasa itu penjaganya, maka apa-apa yang tidak ada asasnya, ia akan roboh; dan apa-apa yang tidak ada penjaganya, maka ia akan hilang.”
Seorang imam (khalifah) diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasul-Nya untuk memerintah manusia yang ada di bawah kekuasaannya dalam ketaatan. Dia menerapkan semua hukum Allah, baik yang bersifat pencegahan mahupun sistem hukuman sehingga mampu mencegah umat dari perbuatan maksiat.
K.H. Drs. Hafidz Abdurrahman, M.A. dalam buku Diskursus Islam Politik & Spiritual menjelaskan bahawa hadis al-imamu junnah memberikan ikhbâr (pemberitahuan) yang berisi pujian, iaitu imam adalah laksana perisai. Adanya “sesuatu yang dipuji” tersebut, membawa akibat tegaknya hukum Islam. Sebaliknya, apabila “sesuatu yang dipuji” tersebut tidak ada, hukum Islam tidak akan tegak. Alhasil, pujian tersebut merupakan qarînah jâzimah (indikasi yang tegas) bahawa “sesuatu yang dipuji” tersebut hukumnya adalah wajib. Sesuatu yang dipuji itu tidak ada lain adalah adanya Khilafah Islam yang akan menjadi perisai bagi kaum muslim.
Oleh kerana itu, semua ulama bersepakat mengenai kewajipan mengangkat dan menegakkan Khilafah Islam jika institusi tersebut tidak ada, baik dari kalangan ahlussunnah waljamaah, Syiah, khawarij, mahupun muktazilah. Semuanya berpendapat bahawa umat ini mesti mempunyai seorang imam dan hukum mengangkatnya adalah wajib. Imam Ahmad melalui riwayat dari Muhammad bin Awf bin Sufyân al-Hamashi mengatakan, “Fitnah akan terjadi manakala tidak ada imam yang melaksanakan urusan orang banyak.”
Kita Perlu Dua Junnah
Dengan demikian, kita tidak cukup berperisai dengan puasa, tetapi kita perlukan dua junnah sekaligus. Junnah pertama adalah tataran individu yang kita wujudkan dengan memperbagus puasa kita, mulai dari meluruskan niat, memahami hukum-hukum terkait puasa, dan menjauhkan diri dari hal-hal yang merosak pahala puasa kita.
Junnah kedua adalah adanya imam yang kita wujudkan dengan mengikuti metode yang Rasulullah saw. pernah tempuh, yakni dengan melakukan dakwah secara berjemaah, membangun akidah umat agar mereka terikat dengan hukum-hukum syarak, dan mewujudkan opini umum tentang penerapan Islam kaffah.
Junnah kedua tidak kurang penting dengan junnah pertama sehingga tidak selayaknya kita hanya mengejar junnah pertama dan mengabaikan junnah kedua. Bahkan, junnah pertama tidak akan sempurna tanpa adanya junnah kedua. Keduanya wajib untuk kita jalankan.
Betul bahawa junnah pertama adalah fardhu ain dan junnah kedua fardhu kifayah. Namun kita perlu ingat, selagi kewajipan tersebut belum tertunaikan, maka hukumnya tetap fardhu atas semua kaum muslim, individu per individu. Wallahualam.