Betulkah Fardhu Kifayah Boleh Berubah Menjadi Fardhu Ain?
Oleh: K.H. Hafidz Abdurrahman
Soalan:
Bagaimana kedudukan fardhu kifayah dalam Islam? Apa bezanya dengan fardhu ain? Apakah fardhu kifayah boleh dianggap gugur dengan adanya yang menunaikan atau belum gugur sampai selesai dengan sempurna? Jika tidak tertunaikan, apakah fardhu kifayah boleh berubah menjadi fardu ain?
Jawapan:
Perbezaan fardhu kifayah dan fardhu ain telah dijelaskan oleh para ulama sebagai berikut,
فَرْضُ الْكِفَايَةِ هُوَ الَّذِيْ قَامَ بِهِ مَنْ يَكْفِيْ سَقَطَ عَنِ الْبَاقِيْنَ، وَفَرْضُ الْعَيْنِ هُوَ مَا أَوْجَبَهُ اللهُ عَلَى كُلِّ وَاحِدٍ، وَلاَ يَسْقُطُ عَنْهُ بِفِعْلٍ غَيْرِهِ لَهُ
“Fardhu kifayah itu adalah fardhu yang dilakukan oleh sejumlah orang yang mencukupi, maka ia telah gugur dari yang lain. Sedangkan fardhu ain itu adalah apa yang diwajibkan oleh Allah kepada setiap orang, dan tidak gugur darinya, walaupun dikerjakan oleh yang lain.”[1]
Al-Isnawi (w. 773 H), dalam Nihayatu as-Sul fi Syarh Minhaj al-Wushul ila ‘Ilm al-Ushul, menyatakan,
اَلْوُجُوْبُ إِنْ تَنَاوَلَ كُلَّ وَاحِدٍ، كَالصَّلَوَات الخَمْسِ، أَوْ وَاحِدٍ مُعَيَّنٍ، كَالتَّهَجُّدِ فَيُسَمَّى فَرْضَ عَيْنٍ، أَوْ غَيرٍ مُعَيَّنٍ كَالْجِهَادِ، وَيُسَمَّى فَرْضًا عَلَى الْكِفَايَةِ . فَإِنْ ظَنَّ كُلُّ طَائِفَةٍ إِنَّ غَيْرهَ فَعَلَ، سَقَط عَنِ الْكُلِّ. وَإِنْ ظَنَّ أَنَّهُ لَمْ يَفْعَلْ، وَجَبَ.
“Kewajipan itu, jika meliputi semua orang, seperti solat lima waktu, atau satu orang tertentu (Nabi Muhammad saw.), seperti solat tahajud, disebut fardhu ain; atau tidak untuk orang tertentu [tetapi umum], seperti jihad, disebut fardhu kifayah. Jika setiap kelompok menduga kuat bahawa yang lain telah menunaikan, maka kewajipan itu telah gugur atas semuanya. Namun, jika setiap kelompok menduga kuat bahawa yang lain belum menunaikannya maka mereka wajib (menunaikannya).”[2]
Al-Isnawi memberikan catatan bahawa gugurnya kewajipan tersebut dari semua orang bergantung pada pelaksanaan tanggungjawab tersebut oleh mereka. Ertinya, kewajipan tersebut baru gugur jika maksud (pelaksanaan kewajipan) tersebut sudah terwujud.
Imam az-Zarkasyi (w. 794 H), dalam kitabnya, Al-Bahru al-Muhith fi Ushul al-Fiqh, menyatakan,
فَرْضُ الْكِفَايَةِ لاَ يُبَايِنُ فَرْضَ الْعَينِ بِالْجِنْسِ خِلاَفًا لِلْمُعْتَزِلَةِ، بَلْ يُبَايِنُهُ بِالنَّوْعِ، لأنَّ كُلاًّ مِنْهُمَا لا بُدَّ مِنْ وُقُوْعِهِ، غَيْرَ أنَّ اْلأوَّلَ شَمُلَ جَمِيْعَ الْمُكَلَّفِيْنَ، وَالثَّاني كَذَلِكَ، بِدَلِيْلِ تَأْثِيْمِ الْجَمِيْعِ عَنِ التَّرْكِ، لَكِنَّه يَسْقُطُ بِفِعْلِ الْبَعْضِ، لأنَّ الْمَقْصُوْدَ مِنْهُ تَحْصِيْلُ الْمَصْلَحَةِ مِنْ حَيْثُ الْجُمْلَةِ.
“Fardhu kifayah itu tidak berbeza dengan fardhu ain dari segi jenis. Ini berbeza dengan (pemahaman) Muktazilah. Namun, keduanya berbeza kerana bentuk. Masing-masing (fardhu ain dan fardhu kifayah) perlu ditunaikan. Yang pertama (fardhu ain) meliputi semua orang mukalaf (baligh dan berakal). Demikian pula yang kedua (fardhu kifayah). Buktinya, semuanya berdosa jika meninggalkan. Namun, fardhu kifayah gugur tatakala telah dikerjakan oleh sebahagian orang. Ini kerana yang menjadi targetnya adalah kemaslahatan (pelaksanaan hukum) terwujud secara umum.”[3]
Oleh kerana itu, jumhur ulama berpendapat, fardhu kifayah ini wajib bagi semua orang. Imam Abu Bakar as-Shairafi, Abu Ishaq, Al-Qadhi, dan Al-Ghazali, semuanya berpendapat,
اَلْجُمْلَةِ مُخَاطَبَةٌ، فَإِذَا وَقَعَتْ الْكِفَايَةُ سَقَطَ اْلحَرَجُ، وَمَتَى لَمْ تَقَعْ الْكِفَايَةُ فَالْكُلُّ آثِمُوْنَ. وَاخْتَارَهُ اِبْنُ الْحَاجِبْ، وَنَقَلَهُ اْلآمِدِيْ عَنْ أَصْحَابِنَا، وَأَنَّهُ لاَ فَرْقَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْوَاجِبِ مِنْ جِهَةِ الْوُجُوْبِ، إِلاَّ أَنَّهُمَا افْتَرَقَا فِي السُّقُوْطِ بِفِعْلِ الْبَعْضِ
“Secara keseluruhan terkena seruan (khithab hukum). Jika fardhu kifayah itu terlaksana, dosa tersebut telah gugur. Jika fardhu kifayah itu belum terlaksana, semuanya berdosa. Ibn Hajib memilih pendapat ini. Ini dinukil oleh al-Amidi dari Ashhab kami (mazhab as-Syafii), bahawa tidak ada bezanya antara fardhu kifayah dengan kewajipan lain dari aspek kewajipannya.
Bezanya hanya terletak pada gugurnya kewajipan tersebut dengan ditunaikan oleh sebahagian.”[4]
Oleh sebab itu, jika fardhu kifayah ini ditinggalkan oleh semua orang, semuanya berdosa. Jika fardhu tersebut mesti ditunaikan, sedangkan tidak ada orang yang menunaikannya, kecuali orang itu, maka kewajipan tersebut tidak boleh diwakilkan, atau dialihkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, fardhu kifayah tersebut berubah menjadi fardhu ain bagi orang tersebut. Misal, ketika seseorang ditunjuk oleh Khalifah untuk mengurus jenazah, maka fardhu kifayah mengurus jenazah tersebut berubah menjadi fardhu ain bagi orang tersebut.[5]
Ini juga berlaku ketika seseorang melihat terjadi kecelakaan di depannya, sedangkan tidak ada orang lain, kecuali dia. Dalam keadaan demikian, menolong orang kecelakaan yang hukumnya fardhu kifayah itu, kerana tidak ada orang lain di tempat kejadian, kecuali dia, maka hukumnya berubah menjadi fardhu ain bagi dirinya.
Jika terjadi benturan di antara dua kewajipan, misalnya, perlu menolong orang yang sedang kemalangan dan menunaikan solat fardhu, yang hukumnya fardhu ain, mana yang perlu didahulukan? Jawapannya, fardhu kifayah tersebut perlu didahulukan. Sebabnya, dengan menunaikan fardhu kifayah, menolong orang kecelakaan tersebut, dia telah menunaikan dua kewajipan sekaligus, iaitu fardhu kifayah dan fardhu ain. Setelah itu baru menunaikan kewajipan solat fardhu yang hukumnya fardhu ain bagi dirinya.
Berbeza halnya jika di sana ada orang lain yang boleh menolongnya, dan cukup untuk menunaikan kewajipan tersebut, boleh dia tunaikan solat terlebih dahulu, baru kemudian menolong orang tersebut.[6]
Menurut Imam Az-Zarkasyi, fardhu kifayah mesti ditunaikan segera, tidak boleh ditangguh-tangguhkan. Ini adalah pendapat yang masyhur.[7] Ini berdasarkan firman Allah,
فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ ١٦
“Bertakwalah kepada Allah sesuai dengan kemampuan kalian.“ (TMQ At-Taghabun [64]: 16).
“Ittaqu-Llah Mastatha’tum” bukan bererti asal buat (minimal). Akan tetapi, maknanya adalah “aqsha al-istitha’ah” (dengan kemampuan maksima). Misalnya, kita mempunyai kemampuan 10, maka wajib diberikan 10. Tidak boleh memberikan kemampuan hanya 5. Ini namanya “aqsha al-istitha’ah”.
Selain itu, juga berkonotasi, “aqsha as-sur’ah” (secepatnya/sesegeranya). Tidak boleh ditunda-tunda. Apalagi jika kewajipan tersebut merupakan kewajipan yang sangat penting, seperti jihad dan mengurus jenazah,[8] termasuk menegakkan Khilafah.
Secara umum, para ulama ushul sepakat tentang fardhu kifayah ini. Hanya saja, penjelasan Imam asy-Syathibi (w. 790 H), mengenai siapa yang wajib menunaikan kewajipan ini, menarik untuk dikemukakan. Beliau membahagi dua kategori,
فَبَعْضُهُمْ قَادِرٌ عَلَيْهَا مُبَاشَرَةً، وَذَلِكَ مَنْ كَانَ أَهْلاً لهَاَ. وَالْبَاقُوْنَ – إِنْ لمَ يَقْدِرُوْا عَلَيْهَا – قَادِرُوْنَ عَلَى إِقَامَةِ الْقَادِرِيْن.
“Sebahagian di antara mereka mampu menunaikan fardhu kifayah secara langsung, seperti orang yang mempunyai kelayakan untuk mengerjakannya. Sedangkan yang lain, jika mereka tidak mampu menunaikannya, mereka sebenarnya mampu untuk mewujudkan orang yang mampu (menunaikan kewajipan secara langsung).”[9]
Jadi, jelas, semuanya terkena kewajipan, baik yang mampu mahupun tidak. Bagi yang mampu, wajib mengerjakannya secara langsung. Adapun bagi yang tidak mampu, wajib mengusahakan orang yang mampu menunaikan kewajipan tersebut secara langsung. Beliau kemudian melanjutkan,
فَمَنْ كَانَ قَادِرًا عَلَى الْوِلاَيَةِ فَهُوَ مَطْلُوْبٌ بِإِقَامَتِهَا، وَمَنْ لَمْ يَقْدِرْ عَلَيْهَا مَطْلُوْبٌ بِأَمْرٍ آخَرَ، وَهُوَ إِقَامَة ذَلِكَ الْقَادِرِ وَإِجْبَارُهُ عَلَى الْقِيَامِ بِهَا. فَالْقَادِرُ إِذَنْ مَطْلُوْبٌ بِإِقَامَةِ الْفَرْضِ، وَغَيْرُ الْقَادِرِ مَطْلُوْبٌ بِتَقْدِيْمِ ذَلِكَ الْقَادِرِ. إِذْ لاَ يَتَوَصَّلُ إِلَى قِيَامِ الْقَادِرِ إِلاَّ بِالإقَامَةِ، مِنْ بَابِ مَا لاَ يَتِمُّ الْوَاجِبُ إِلاَّ بِه
“Jadi, siapa saja yang mampu mewujudkan kekuasaan (untuk menerapkan Islam), maka dia dituntut untuk menegakkannya. Siapa saja yang tidak mampu, maka dia dituntut untuk mengerjakan yang lain, iaitu mewujudkan orang yang mampu [menunaikannya], dan memaksa orang itu untuk mengerjakannya. Kerana itu orang yang mampu diperintahkan untuk menegakkan fardhu tersebut secara langsung, sementara yang tidak mampu diperintahkan untuk menghadirkan orang yang mampu tadi. Pasalnya, orang yang mampu tadi tidak akan boleh melaksanakan tugasnya, kecuali dengan diadakan. Ini bahagian dari bab, ‘Tidak sempurna kewajipan, kecuali dengan adanya sesuatu.’”[10]
Sebagai ilustrasi sederhana, jika ada anak-anak terkunci di bilik air, kemudian minta tolong, maka hukum menolongnya adalah fardhu kifayah. Jika ada di rumah itu orang yang mampu membuka pintu bilik air tersebut, maka dia wajib membukanya. Misalnya dengan kunci, atau alat yang diperlukan.
Jika dia tidak mampu, maka dia boleh memanggil orang lain, yang mampu untuk membukanya. Jika tidak, kemudian anak tersebut dibiarkan lemas sampai meninggal di dalam bilik mandi, maka dia berdosa. Sebab, dia tidak mampu, tetapi diam tidak mencari orang yang mampu melakukan kewajipan tersebut.
Begitulah tabiat dalam melaksanakan fardhu kifayah. Dalam konteks kewajipan menegakkan Khilafah juga demikian. Bagi ulama yang mempunyai kemampuan untuk menunaikan secara langsung, dia wajib untuk menunaikannya. Dengan cara menyiapkan rancangannya (sistem pemerintahan, ekonomi, sosial, pendidikan, hukuman, politik dalam dan luar negerinya) sekaligus metode mewujudkannya.
Kerana kewajipan ini luar biasa besarnya, maka tidak mungkin diwujudkan sendiri. Oleh sebab itu, perlu ada jemaah yang mewujudkannya. Jemaah ini mesti dibentuk. Kerana jamaah ini memerlukan sumber daya manusia, maka sumber daya manusianya pun perlu dipersiapkan. Untuk mewujudkan sumber manusia yang diperlukan, diperlukan tsaqafah tertentu, maka sumber manusia ini mesti dipersiapkan dengan matang sesuai dengan tuntutan kewajipan tersebut. Begitu seterusnya.
Semuanya ini dalam rangka menyiapkan dua subjek, pelaksana fardhu kifayah di atas. Tanpa kedua-duanya, tidak mungkin dapat diwujudkan. Wallahualam.
Catatan kaki:
1. Al-‘Allamah Prof. Dr. Muhammad Rawwas Qal’ah Jie, Mu’jam Lughat al-Fuqaha’, Dar an-Nafa’is, Beirut, cet. I, 1416 H/1996 M, hal. 312.
2. Al-Imam Jamaluddin ‘Abdurrahim bin Al-Hasan al-Isnami, Nihayatu as-Sul fi Syarh Minhaj al-Wushul ila ‘Ilm al-Ushul, Dar Ibn Hazm, Beirut, cet. I, 1420 H/1999 M, Juz I/99.
3. Al-Imam az-Zarkasyi, Al-Bahru al-Muhith fi Ushul al-Fiqh, Dar Ibn al-Jauzi, Qahirah, cet. I, 1437 H/2016 M, Juz I/242.
4. Al-Imam az-Zarkasyi, Al-Bahru al-Muhith fi Ushul al-Fiqh, Dar Ibn al-Jauzi, Qahirah, cet. I, 1437 H/2016 M, Juz I/243.
5. Al-Imam az-Zarkasyi, Al-Bahru al-Muhith fi Ushul al-Fiqh, Dar Ibn al-Jauzi, Qahirah, cet. I, 1437 H/2016 M, Juz I/251.
6. Al-Imam az-Zarkasyi, Al-Bahru al-Muhith fi Ushul al-Fiqh, Dar Ibn al-Jauzi, Qahirah, cet. I, 1437 H/2016 M, Juz I/251.
7. Al-Imam az-Zarkasyi, Al-Bahru al-Muhith fi Ushul al-Fiqh, Dar Ibn al-Jauzi, Qahirah, cet. I, 1437 H/2016 M, Juz I/251.
8. Ini pendapat Imam Ar-Rafi’i, Imam An-Nawawi, al-Qadhi Al-Barizi. Bahkan, Al-Ghazali, dalam Al-Wasith, itu merupakan pendapat Ashhab. Lihat, Al-Imam az-Zarkasyi, Al-Bahru al-Muhith fi Ushul al-Fiqh, Dar Ibn al-Jauzi, Qahirah, cet. I, 1437 H/2016 M, Juz I/250.
9. Al-Imam as-Syathibi, Al-Muwafaqat fi Ushul as-Syariah, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, tt, Juz I/128.
10. Al-Imam as-Syathibi, Al-Muwafaqat fi Ushul as-Syariah, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, tt, Juz I/128-129.