[KAPSUL SYAWAL] ZIARAH DAN UKHWAH
Terdapat anjuran untuk saling ziarah atau saling mengunjungi saudara semuslim apatah lagi di musim perayaan mudah untuk dilaksanakan.
Rasulullah SAW. bersabda, “Pernah ada seseorang pergi mengunjungi saudaranya di daerah lain. Lalu Allah pun mengutus malaikat kepadanya di tengah perjalanannya. Ketika mendatanginya, malaikat tersebut bertanya, ‘Engkau mahu ke mana?’ Dia menjawab, ‘Aku ingin mengunjungi saudaraku di daerah ini.’ Malaikat bertanya lagi, ‘Apakah ada suatu keuntungan yang engkau ingin dapatkan darinya?’ Orang tadi mengatakan, ‘Tidak ada kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah SWT.’ Malaikat mengatakan, ‘Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepadamu untuk mengabarkan bahawa Allah Mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu kerana-Nya.’” (HR Muslim)
Saling berkunjung dapat mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain dan akan berolah ganjaran yang sangat besar.