[KAPSUL SYAWAL] HINDARI IKHTILAT
”Janganlah seorang lelaki itu bersunyian dengan seorang wanita kecuali disertai dengan mahramnya’ (HR Al-Bukhari, Muslim).
Salah satu perkara yang dianjurkan pada hari raya Aidilfitri ialah saling berkunjung. Namun, dalam melakukan kunjungan, ada hal yang perlu dititikberatkan Iaitu menjauhi ikhtilat.
Ikhtilat ialah pertemuan lelaki dan perempuan di satu tempat yang bercampur dan terjadi interaksi di antara lelaki dan perempuan.
Di samping haram, ikhtilat juga berbahaya kerana mudah menjadi jalan untuk kemaksiatan-kemaksiatan lain yang merosak akhlak seperti memandang aurat.