[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Bahan Pengajaran (Bahagian 3/4)
Penulis: Abu Yasin
- Tsaqafah Islam
a. Akidah Islam
Pengajaran akidah Islam difokuskan pada pemikiran-pemikiran mendasar tentang akidah. Dari akidah tersebut terpancar seluruh pemikiran Islam, baik yang termasuk dalam akidah mahupun hukum-hukum. Akidah Islam adalah beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari kiamat, serta qada dan qadar baik buruknya dari Allah Taala.
Kurikulum pengajaran mengenai pemikiran- pemikiran akidah disampaikan secara bertahap sesuai dengan usia anak didik. Hendaknya anak didik diarahkan perhatiannya pada keistimewaan-keistimewaan ciptaan Allah di lingkungan mereka, dapat mempengaruhi akal mereka yang masih muda untuk berfikir tentang ciptaan Allah tersebut agar dapat membawa pada kewujudan Sang Pencipta Yang Maha Pengatur.
Hendaknya anak didik diarahkan untuk berfikir tentang nikmat-nikmat yang telah Allah berikan dan yang disediakan untuk manusia agar mereka memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat-Nya dengan beribadah dan taat kepada-Nya.
Pada kurikulum di tahapan berikutnya, anak didik diarahkan agar dapat memberikan bukti-bukti yang meyakinkan atas pemikiran-pemikiran akidah, baik secara aqliyah mahupun naqliah, seperti dalil-dalil aqliyah mengenai keberadaan Allah, kenabian Muhammad saw., bahawa Al-Quran itu dari Allah, dan dalil-dalil naqliah mengenai keberadaan malaikat dan hari kiamat.
Setelah itu memberikan perhatian terhadap pemikiran yang terkait dengan akidah qada dan qadar, serta pengaruh keimanannya terhadap aktiviti seorang muslim; seperti memperhatikan hukum sebab akibat (kaedah kausalitas). Kemudian diikuti dengan pemikiran-pemikiran akidah lainnya, seperti tawakal kepada Allah, dan beriman bahawa ajal dan rezeki itu berada di tangan Allah.
b. Al-Quran al-Karim dan Ilmu-Ilmu Al-Quran
Hafalan dan Bacaan: Sekolah hendaknya memanfaatkan masa sebelum usia baligh untuk memulakan hafalan bagi pelajar yang mempunyai kemampuan besar dalam menghafal Al-Quran. Hendaknya program hafalan dimulai pada masa persiapan dengan mengirim pelajar-pelajar yang memiliki kekuatan dalam menghafal ke kelas tahfiz (penghafalan) Al-Quran di bawah pengawasan sekolah. Begitu juga sekolah hendaknya memperhatikan pelatihan pelajar agar mampu membaca Al-Quran al-Karim dan tajwidnya.
Tafsir: Dimulakan dengan memahamkan Al-Quran al-Karim kepada para pelajar secara bertahap. Pada permulaan pengajaran dibataskan pada makna-makna umum, penjelasan makna dari kata-kata yang sukar, dan mengaitkan hukum-hukum yang diperlukan bagi pelajar, seperti solat dan wudhuk dengan ayat-ayat yang menjadi dalil atas perkara-perkara tersebut. Kemudian dilanjutkan dengan pengajaran tafsir pada tahapan berikutnya dan apa yang terkandung di dalamnya, seperti akidah, hukum-hukum syarak, asbabunnuzul, dan nasakh.
c. Sunnah Nabi
Sunah Nabi diajarkan kepada anak didik sejak mereka masuk sekolah, iaitu dengan hafalan dan pemahaman. Pada permulaan pengajaran dipilih hadis-hadis yang dekat dengan benak anak-anak, dari sisi mudah dalam menghafal dan memahaminya. Seperti sabda Rasul saw.,
“Islam dibangun atas lima perkara….”
Atau sabda Rasul saw.,
“Seorang muslim itu bersaudara dengan muslim lainnya.”
Kemudian meningkat pada hafalan dan pemahaman hadis-hadis serta kesesuaiannya dengan cara dipilih hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum- hukum syarak yang sesuai menurut kelompok umur pelajar. Ketika pelajar berusia tujuh tahun hendaknya dihafalkan hadis seperti sabda Rasul saw.,
“Perintahkanlah anak-anakmu solat pada usia tujuh tahun.”
Ketika menginjak usia baligh, hendaknya dihafalkan hadis seperti sabda Rasul saw.,
“Diangkat pena dari tiga kelompok: anak kecil sampai dia baligh….”
Atau sabda Rasul saw.,
“Wahai Asma, sesungguhnya seorang wanita jika telah mengalami haid….”
Begitu juga ketika pengajaran sunnah Nabi pada tahapan-tahapan sekolah yang lebih tinggi hendaknya hadis-hadis tersebut dikaitkan dengan kesesuaiannya, dikaitkan dengan hukum-hukum syarak yang berasal dari penggalian hadis-hadis tadi.
d. Fikih
Fikih hendaklah diajarkan kepada anak didik melalui nas-nas syarie Al-Quran dan sunnah. Diajarkan pula kepada anak didik hukum-hukum syarak yang diperlukan sesuai dengan usianya kerana fikih adalah ilmu tentang aplikasi hukum-hukum Islam yang digali sesuai dalil-dalil yang terperinci (kes demi kes). Oleh kerana itu, pengajaran fikih dimulakan kepada anak-anak dengan hukum-hukum solat, puasa, dan adab berhubungan dengan orang tua dan orang lain, tanpa dicampuri dengan hukum-hukum yang diperlukan untuk anak yang sudah berusia baligh, seperti hukum-hukum tentang mandi, junub, haid, dan nifas. Hukum-hukum tersebut diajarkan di tahap sekolah yang lebih tinggi, tahapan sekolah bagi anak yang sudah berusia baligh.
Begitu pula pengajaran fikih kepada anak anak hendaknya difokuskan terhadap hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak, seperti jujur, amanah, dan keberanian menyampaikan kebenaran. Dilanjutkan pengajaran fikih secara umum, seperti jihad dan hukum-hukumnya, pemerintahan dan hukum-hukumnya, disertai dengan pengajaran mengenai kaedah kaedah fikih, seperti kaedah:
– Tidak boleh membahayakan (diri sendiri) atau membahayakan orang lain.
– Tinggalkanlah hudud kerana adanya syubhat (kesamaran).
– Tidak sempurna suatu kewajipan kecuali dengan sesuatu maka sesuatu itu menjadi wajib pula (hukumnya).
e. Sirah Nabi
Pengajaran sirah Nabi dimulai sejak seorang anak masuk sekolah. Pengajarannya dilakukan secara bertahap dilihat dari sisi luasnya pembahasan. Seorang anak didik diajarkan sejak awal fasa persekolahan mengenai kehidupan Nabi Muhammad saw.. Seluruhnya diringkaskan sejak kelahiran sampai wafatnya beliau. Kemudian diajarkan lagi secara lebih meluas dan lebih mendalam sesuai dengan usia anak didik tersebut, iaitu dengan cara menyempurnakan pengajaran sirah Nabi secara terperinci, juga dengan mengajarkan fikih sirah dan hukum-hukum yang digali dari sirah. Itu dilakukan bersamaan dengan selesainya anak didik dalam menempuh ketiga-tiga tahap sekolah. Pengajarannya difokuskan ke arah hukum-hukum mengemban dakwah, menegakkan Khilafah, dan menyebarkan Islam.
f. Sejarah Kaum Muslim
Sama halnya dengan pengajaran sirah dan fikih, pengajaran sejarah kaum muslim juga perlu disesuaikan dengan anak didik dan memperhatikan perkembangan usia. Dalam pengajaran hendaknya selalu memberi perhatian pada aspek keberanian yang menonjol pada orang-orang yang mempunyai keperibadian Islam, seperti para sahabat, tabiin, dan orang-orang yang datang setelah mereka dari kalangan penguasa dan ulama. Misalnya peranan Abu Bakar dalam membela Rasulullah saw dan dalam memerangi kemurtadan; peranan Umar pada saat hijrahnya; Uthman dengan kedermawanannya; Ali dengan keberaniannya; Bilal dalam kesabaran dan daya tahannya menanggung penderitaan; Umar bin Abdul Aziz dengan keadilannya; Mu’tashim Billah dengan kekesatriaannya; Shalahuddin dalam peperangannya; peranan Sultan Abdul Hamid II dalam menjaga Palestin; qadhi Syuraih dengan keadilannya; Imam Syafi’i dengan fikihnya; Imam Ahmad bin Hanbal dengan keberaniannya; Khalid bin Walid dalam ketaatannya, dan lain-lain dengan peranannya masing-masing. Hal itu bertujuan untuk menancapkan pemahaman Islam tentang kehidupan. Sejarah umat dan bangsa-bangsa lain diajarkan kepada anak didik sebagai pelajaran dan peringatan di tahap sekolah yang ketiga dan diajarkan di sebahagian fakulti di pendidikan tinggi untuk memahami pola fikir bangsa-bangsa dan umat-umat lain, untuk kepentingan interaksi dan pengembanan dakwah Islam kepada mereka.
*Bersambung ke bahagian 4/4
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah)