[ISTIMEWA ZULHIJJAH] TARIKH-TARIKH PENTING ZULHIJJAH
Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar Islam. Terdapat banyak kelebihan pada sepuluh hari terawal dalam bulan tersebut sehinggakan ada beberapa dalil yang menyebutkan tentang kelebihan bulan ini.
Diriwayatkan dalam Sahih Ibnu Hibban, daripada Jabir, Baginda SAW bersabda:
ما مِن أيَّامٍ أفضلُ عندَ اللهِ مِن أيَّامِ عشْرِ من ذي الحجَّةِ
Maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih utama di sisi Allah daripada 10 hari terawal di bulan Zulhijjah.” (HR Ibnu Hibban)
Bulan Zulhijjah terkenal dengan ibadah haji yang dilakukan di Mekah. Dalam bulan ini juga, umat Islam dianjurkan untuk melaksanakan ibadah korban dengan niat untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Maka, mari lah kita berlumba-lumba untuk merebut kelebihan-kelebihan yang terdapat pada 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah ini.
- Puasa Sunat (1-8 Zulhijjah)
Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.’ (HR Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
- Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)
‘Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.’ (HR Muslim) - Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
‘Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.’ (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai) - Hari Tasyriq (11-13 Zulhijjah)
‘Hari tasryik adalah tiga hari selepas Aidiladha (iaitu 11,12,13 Zulhijjah). Disebut tasryik kerana tasryik itu bererti mendendeng atau menjemur daging korban di terik matahari. Dalam hadis disebutkan hari tasyrik adalah hari untuk memperbanyak zikir iaitu takbir dan lainnya.’ (Syarah Sahih Muslim)