Meraih Haji yang Mabrur
Oleh: Dr. Nasrul Syarif, M.Si.
Sahabat.
Haji secara istilah syarie adalah sengaja pergi ke Baitul Haram untuk melaksanakan amalan tertentu pada waktu tertentu bagi orang yang mampu melakukannya. Haji adalah rukun kelima dari rukun Islam yang diwajibkan Allah kepada setiap orang baligh yang mampu. Adapun Haji yang mabrur adalah haji yang tidak bercampur dengan kesalahan, dosa dan pengingkaran.
Sahabat.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang berkunjung ke baitullah dan tidak bercakap dengan percakapan yang keji serta tidak berbuat fasik, maka dia akan kembali seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya.” (Muttafaqun ‘alaih).
Dalam riwayat Abu Hurairah yang lainnya bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ibadah umrah hingga ibadat Umrah berikutnya adalah penebus dosa diantara keduanya. Haji yang Mabrur itu, tiada pahala baginya selain syurga.” (Muttafaqun ‘alaih).
Sahabat.
Menjadi haji yang mabrur tentunya merupakan impian bagi setiap umat Islam yang pergi ke Tanah Suci. Namun untuk mencapai ke titik tersebut tidaklah mudah, diperlukan tingkat keimanan dan keikhlasan yang tinggi dari dalam diri masing-masing jemaah. Lantas bagaimana cara mencapai haji mabrur?
Cara mencapai haji mabrur tidaklah susah. Haji mabrur sendiri merupakan ibadah haji yang diterima dan diredhai oleh Allah SWT. Sebab ibadah hajinya telah dilakukan dengan baik dan benar serta dengan bekal yang halal, suci dan juga bersih.
Allah SWT berfirman:
وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِۚ فَإِنۡ أُحۡصِرۡتُمۡ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡيِۖ وَلَا تَحۡلِقُواْ رُءُوسَكُمۡ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ ٱلۡهَدۡيُ مَحِلَّهُۥۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ بِهِۦٓ أَذٗى مِّن رَّأۡسِهِۦ فَفِدۡيَةٞ مِّن صِيَامٍ أَوۡ صَدَقَةٍ أَوۡ نُسُكٖۚ فَإِذَآ أَمِنتُمۡ فَمَن تَمَتَّعَ بِٱلۡعُمۡرَةِ إِلَى ٱلۡحَجِّ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡيِۚ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٖ فِي ٱلۡحَجِّ وَسَبۡعَةٍ إِذَا رَجَعۡتُمۡۗ تِلۡكَ عَشَرَةٞ كَامِلَةٞۗ ذَٰلِكَ لِمَن لَّمۡ يَكُنۡ أَهۡلُهُۥ حَاضِرِي ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
“ Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).” (TMQ Al-Baqarah (2): 196).
Sahabat.
Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah dengan memenuhi syarat, wajib, rukun, mahupun sunnah-sunnahnya dengan niat yang ikhlas semata-mata mengharapkan redha Allah, dalam keadaan aman dan damai, baik di perjalanan mahupun di tempat-tempat pelaksanaan manasik haji. Tetapi jika kamu terkepung oleh musuh, dalam keadaan perang atau situasi genting sehingga tidak dapat melaksanakan manasik haji pada tempat dan waktu yang tepat, maka ada ketentuan rukhsah (dispensasi) dengan diberlakukannya dam (pengganti) sebagai berikut:
- Pertama, sembelihlah hadyu, iaitu haiwan yang disembelih sebagai pengganti kepada perbuatan wajib haji yang ditinggalkan atau sebagai denda kerana melanggar hal-hal yang terlarang mengerjakannya di dalam ibadah haji, yang mudah diperoleh, dan jangan kamu mencukur kepalamu sebagai tanda selesainya salah satu rangkaian ibadah haji sebelum hadyu sampai di tempat penyembelihannya dengan tepat.
- Kedua, jika ada di antara kamu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya lalu dia bercukur sebelum selesai melaksanakan salah satu dari rangkaian manasik haji, maka dia wajib membayar fidyah atau tebusan iaitu dengan memilih salah satu dari berpuasa, bersedekah atau berkorban, supaya kamu dapat memilih fidyah yang sesuai dengan kemampuan kamu.
- Ketiga, apabila kamu dalam keadaan aman, tidak terkurung musuh, dan tidak terkena luka, tetapi kamu memilih tamattuk, yakni mendahulukan umrah daripada haji pada musim haji yang sama, maka ketentuannya adalah bahawa barangsiapa mengerjakan umrah sebelum haji, dia wajib menyembelih hadyu yang mudah didapat di sekitar Masjidil Haram. Tetapi jika dia tidak mendapatkannya yakni tidak mampu dan tidak memiliki harta senilai binatang ternak yang perlu disembelih, maka dia wajib berpuasa tiga hari dalam musim haji dan tujuh hari setelah kembali ke tanah air. Menjadikan jumlah puasa sepuluh hari secara keseluruhan.
Demikian itu, bagi orang yang keluarganya tidak ada, yakni tinggal atau menetap, di sekitar Masjidil Haram melainkan menetap jauh di luar Mekah.
Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah sangat keras hukuman-Nya bagi orang-orang yang tidak mentaati perintah dan aturan-Nya. Musim haji itu pada bulan-bulan yang telah dimaklumkan, yakni Syawal, Zulkaedah, dan Zulhijjah. Barang siapa mengerjakan ibadah haji dalam bulan-bulan itu, maka janganlah dia berkata buruk (rafats), iaitu perkataan yang menimbulkan berahi, perbuatan yang tidak senonoh, atau hubungan seksual; jangan pula berbuat maksiat dan bertengkar dalam melakukan ibadah haji sekalipun bukan pertengkaran dahsyat. Segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya, kerana Allah mengetahui yang tersembunyi. Allah tidak mengantuk dan tidak pula tidur, semua yang terjadi di langit dan di bumi berada dalam pantauan-Nya.
Bawalah bekal untuk memenuhi keperluan fizikal, yakni keperluan makanan, penginapan, dan pengangkutan sepanjang berada di Tanah Suci; termasuk juga bekalan iman dan takwa untuk keperluan rohani, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, yakni mengerjakan yang diperintahkan dan meninggalkan yang dilarang oleh Allah. “dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)” (Surah al-Baqarah: 197).
Cara Menggapai Haji Mabrur
Sebagai seorang Muslim, kita berhak untuk menggapai ke`mabrur’an haji. Dalam menggapainya tentu tidak sembarangan. Terdapat langkah-langkah yang perlu dilakukan jemaah calon haji, setidaknya mendekati darjat ke`mabrur’an haji. Lantas bagaimana cara mencapai haji mabrur?
- Luruskan niat ketika hendak haji.
Sahabat,
Niat menjadi tolak ukur utama ketika anda hendak menjalankan suatu ibadah baik wajib mahupun sunnah. Oleh kerana itu, sebelum berangkat ke Tanah Suci pastikan untuk meluruskan niat terlebih dahulu. Jangan sampai terselip sedikitpun perasaan ingin dihargai atau ingin dibezakan darjatnya dengan manusia lain setelah menjalankan ibadah haji.
- Gunakan harta yang halal untuk pergi Haji.
Sahabat,
Kehalalan rezeki sangat berpengaruh terhadap keberlangsungan hidup anda. Begitu juga rezeki yang anda gunakan untuk menjalankan ibadah haji. Pastikan menggunakan harta yang halal untuk biaya pergi haji. Hindari penggunaan wang yang berkaitan dengan riba ataupun gharar. Kerana harta yang digunakan untuk membiayayai perjalanan haji, akan dipertanggungjawabkan. Dan bagaimana mungkin Allah akan menerima tamu yang datang dengan sesuatu yang diperangi? Kerana sesungguhnya Allah dan Rasul menyatakan perang terhadap pelaku riba.
- Lakukan setiap ibadah dengan sikap Ihsan.
Sahabat.
Sikap ihsan yang dimaksud adalah beribadahlah seolah-olah anda sedang berhadapan dengan Allah SWT. Hal ini akan memunculkan rasa kusyuk dalam setiap ibadah yang anda jalani termasuk saat melakukan haji. Sikap ihsan ini juga akan menjauhkan manusia dari perbuatan rafats, fusuq, dan jidal.
Sahabat.
Rafats adalah pembicaraan manusia yang sia-sia atau kata-kata kotor. Fusuq adalah bentuk pelanggaran terhadap ketaatan kepada Allah SWT. Sedangkan jidal adalah kekerasan seperti pertengkaran dan juga perkelahian. Jika kita menanamkan sifat ihsan dalam diri kita, maka saat ibadah kita akan merasa sedang benar-benar berhadapan dengan Allah SWT.
- Perbanyakkan berbuat baik sepanjang perjalanan haji.
Sahabat.
Cara untuk menggapai haji yang mabrur lainnya iaitu dengan memperbanyakkan perbuatan baik sesama jemaah dalam momentum ibadah haji. Maksimakan sedekah, dengan cara membahagi perbekalan dengan sesama jemaah haji, dan tolonglah mereka yang memerlukan sepanjang perjalanan ibadah haji. Lakukan semua perbuatan itu dengan hati yang ikhlas tanpa mengharap balasan. Perbanyak mengalah demi kepentingan orang lain kerana kelak Allah SWT akan menggantinya dengan yang jauh lebih baik. Jika anda merasa jenuh dan tidak sanggup, ingatlah dengan tujuan darjat haji mabrur yang diinginkan.
- Jalankan rangkaian ibadah sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW.
Sahabat.
Cara mencapai haji yang mabrur dengan menjalankan semua rangkaian ibadah haji sesuai tuntunan dari Rasulullah SAW. Ikuti semua bimbingan dan juga arahan yang diberikan oleh pemandu haji agar anda tidak melakukan kesalahan sepanjang beribadah. Jangan lupa untuk selalu menjaga kesihatan tubuh agar tetap maksima dalam beribadah.
Sahabat.
Demikian artikel singkat ini semoga bermanfaat dan berkah bagi kita semua. Bagi jamaah haji yang berangkat pada tahun ini semoga lancar semuanya dan menjadi haji yang mabrur. []
Sumber: tintasiyasi