Kunci Kejayaan Nabi Ibrahim AS Melahirkan Ketaatan
Oleh: Ustazah Dedeh Wahidah Achmad
Tiga kunci kejayaan yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s. dalam menjalankan ketaatan yang perlu kita teladani:
- Keimanan yang kukuh.
Iman inilah yang dijaga oleh Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya sebagaimana wasiat Nabi Ibrahim kepada anak-anaknya,
يَٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
“Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam“. (TMQ Al-Baqarah [2]: 132)
Oleh kerana itu keimanan ini akan dijaga sepanjang hayat ketika sudah beriman, istiqamah dalam keimanan sampai ajal menjemput. Agar kita semua dapat melakukan perkara tersebut, kita hendaklah mendidik anak kita, keluarga kita agar memiliki keimanan yang sempurna. kita juga perlu menanam keyakinan yang penuh kepada Allah swt dan, kepada agama kita, Islam.
- Menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Sentiasalah memelihara hubungan dengan Allah. Hidup ini ketika banyak ujian, ketika banyak kusakaran, kalau connection kita dengan Allah itu lemah (hilang), maka ibarat smartphone yang tidak ada signal, walaupun canggih tetaplah tak boleh digunakan, ia tidak berfungsi.
Nabi Ibrahim dan keluarganya senantiasa menyambungkan “signal” itu secara kuat kepada Allah, terbukti ketika beliau menikah dengan Hajar sebelum mempunyai anak, beliau sentiasa memanjatkan doa-doa kepada Allah di antaranya doa yang disebut dalam surah As-Saffat:100;
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّلِحِينَ
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.”
Pelajaran bagi kita, kalau kita melakukan sesuatu, mahu mendidik anak, melayani suami, berbakti pada orang tua, berdakwah, belajar, sudahkah kita memohon kebaikan pada Allah atau kita hanya menyandarkan kemampuan kita sendiri. Padahal kemampuan kita itu terbatas, ada lemahnya ada salahnya.
Oleh sebab itu sambungkan “signal” yang kuat pada Allah dengan taqarrub Ilallah, mendekatkan diri pada Allah. Tidak mungkin “signal kita akan kuat ketika kita melakukan banyak maksiat, “signal” akan semakin kuat ketika kita menunjukkan ketaatan, kita taat sejengkal Allah akan mendekat dengan sehasta. Kita datang dengan berjalan, Allah akan datang dengan berlari itulah perumpamaan yang disampaikan dari Rasulullah. Kalau kita pernah melakukan dosa segera kembalikan “signal“ itu ke atas, segera istighfar, segera bertaubat.
- Membiasakan komunikasi yang harmoni.
Komunikasi antara suami dengan isteri, antara ibubapa dengan anak. Keluarga Nabi Ibrahim menunjukkan komunikasi yang harmoni, yang berjalan lancar antara Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar.
Ketika Siti Hajar ditinggalkan di lembah di Mekah yang tidak ada orang, tidak ada manusia, tidak ada pohon, tidak ada air, ditinggalkan berdua dengan Ismail yang masih bayi. Siti Hajar bukan mempermasalahkan kenapa saya di tinggalkan di lembah yang sunyi ini, tapi yang dikatakan oleh Hajar adalah,
“Apakah Allah memerintahkan yang demikian?” Dan Nabi Ibrahim menjawab, “Ya itu adalah perintah Allah.
Apa kata Hajar jika itu perintah Allah? jawab Hajar,
“Lakukanlah kerana Allah tidak akan mensia-siakan kita,”.
Itulah contoh bagaimana seorang suami menjalin hubungan dalam berkomunikasi dengan isteri.
Demikian juga ibubapa dengan anak, ketika Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih puteranya Ismail, beliau tidak terus melakukanya, tetapi beliau berkomunikasi terlebih dahulu dengan puteranya. Komunikasi dalam rangka mempersiapkan si anak supaya, yang taat itu bukan ayahnya saja, bukan orang ibubapanya saja.
Nabi Ibrahim juga menyampaikan perintah yang berat itu kepada puteranya yang disebutkan dalam surah As-Saffat: 102,
فَلَا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يُبُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ انِي اذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَابَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللهُ مِنَ الصَّبِرِينَ
“Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.”
Kalau anak se-frekuensi dengan ibubapa, keimanannya sama, ketaatannya sama, maka akan terbangunlah komunikasi. Ibubapa yang mampu mengkomunikasikan kenapa perlu menutup aurat, kenapa perlu solat, tidak boleh berpasangan (couple) diluar nikah, tidak boleh ini itu. Kenapa mesti menjadi pengemban dakwah, kenapa mesti belajar, itu semua perlu dikomunikasikan dengan baik kepada anak, sehingga clear bahawa melakukan semua itu kerana Allah menyuruh kita. Kerana kita tidak ingin masuk syurga sendirian. Kita ingin masuk syurga bersama keluarga. Kenapa ada perintah dan larangan, dan kenapa kita mesti taat? Kerana kita ingin masuk syurga bersama-sama. Kejayaan itu ketika kita berjaya berkomunikasi secara harmoni.
- Sentiasa melakukan pengajaran dan memberi nasihat
Di dalam keluarga Nabi Ibrahim terjadi pengajaran dan pendidikan. Jadi yang namanya nasihat itu bukan sesuatu yang tabu (taboo), anak-anak tidak alergik dengan nasihat, ibubapa juga tidak malas untuk memberikan nasihat.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 132 ,
وَوَفِّى بِهَا إبْرَاهِمُ بَنِيْهِ وَيَعْقُوبُ يُبَنِيَّ إِنَّ اللهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَا نْتُم مُّسْلِمُونَ
“Dan Ibrahim mewasiatkan (ucapan) itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.”
Inilah nasihat yang perlu dilakukan ibubapa kepada anaknya dan bagaimana ibubapa sentiasa mempunyai waktu, kesempatan, dan perhatian untuk memperhatikan pendidikan dan pengajaran kepada anak. Pengajaran boleh diperoleh dari sekolah atau institusi pondok, tetapi akan berbeza kalau pengajaran itu disampaikan oleh ibubapa. Ibubapa yang mempunyai tanggungjawab pengajaran, ibubapa itu yang mempunyai kasih sayang, ibubapa yang mempunyai harapan untuk masuk syurga bersama-sama.
Allah yang menitipkan anak kepada kita. Maka, ajaran dakwah, ajaran agar menjadi pejuang itu semestinya bukanlah sekadar diharapkan dari guru anak-anak kita, tapi keluar dari kata-kata kita sendiri (ibubapa). Mari kita menjadi keluarga pejuang, menjadi pengemban dakwah Islam, Insya Allah itu akan lebih baik. Kita boleh berkolaborasi, kita boleh bekerjasama dengan pihak lain, sama ada pihak sekolah atau pondok, untuk mendidik anak-anak kita, tapi penanggungjawab utama adalah kita (ibubapa).
Semoga momen Aidiladha bukan hanya mengingatkan kita untuk berkorban tapi ada sisi lain bagaimana kita mempelajari ketaatan sempurna dari Nabi Ibrahim dan keluarga. Bukan hanya ketaatan individu tapi kita siap secara menyeluruh untuk melaksanakan ketaatan pada semua perintah Allah, sehingga dengan ketaatan sempurna itu Islam akan menjadi aturan yang ditetapkan di seluruh alam. Islam akan menjadi ideologi melalui tegaknya Khilafah Islamiyah dan melalui diri kita, anak-anak kita, keluarga kita turut menjadi salah satu yang menyumbang pada tegaknya syariat Islam. Meraih sakinah dengan penerapan syariat secara kaffah.
Sumber: Tintasiyasi [ Catatan siri kajian Tsaqafah Islam: Refleksi Taqwa Keluarga Ibrahim a. s. di YouTube Muslimah Media Center (MMC) ]