[Kaedah-Kaedah Taklid] Sikap Seorang Muqallid jika Mujtahid Mengubah Pendapatnya dan Hukum Muqallid yang Semberono
Penulis: Syamsuddin Ramadhan an-Nawiy dan M. Haris Adiningrat
Pada dasarnya, jika seorang mujtahid memfatwakan sebuah hukum kepada seorang muqallid, misalnya sahnya nikah tanpa wali, kemudian mujtahid tersebut mengubah ijtihadnya maka menurut Imam Al-Amidi, muqallid tadi perlu menceraikan isterinya disebabkan perubahan ijtihad daripada sang mufti.
Masih menurut Imam Al-Amidi, kes semacam ini sama dengan ketika seorang muqallid wajib mengubah arah kiblatnya, ketika mufti yang dimintai pendapatnya mengubah fatwanya disebabkan oleh sebab-sebab tertentu, misalnya kerana salah menentukan arah kiblat.
Hukum Muqallid yang Sembrono
Seorang muqallid yang memilih suatu pendapat berdasarkan pertimbangan mana yang paling ringan dan paling mudah bagi dirinya maka menurut Abu Ishaq al-Maruzi, muqallid semacam ini dihukumi sebagai fasik. Sedangkan menurut Ibnu Abu Hurairah, muqallid semacam ini tidak sampai jatuh ke darjat fasik.
Imam Ibnu Hanbal mengatakan, “Seandainya seseorang beramal dengan pendapat penduduk Kufah dalam masalah an-nabidz (khamar) dan beramal dengan pendapat penduduk Madinah dalam masalah as-sama’ (kesaksian), dan beramal dengan pendapat Mekah dalam masalah mu’tah maka muqallid semacam ini termasuk orang yang fasik.”
Ibnu ‘Abd as-Salam mengatakan, jika seorang muqallid mengikuti pendapat yang jelas-jelas telah masyhur keharamannya secara syarie, dia berdosa. Namun, jika pendapat yang dia ikuti tersebut tidak masyhur keharamannya, dia tidak berdosa.
Di dalam Sunan Al-Baihaqi dituturkan dari Al-Auza’i bahawa siapa saja yang mengambil pendapat dari ulama-ulama yang asing maka dia telah keluar dari Islam.
Sumber: Syamsuddin Ramadhan an-Nawiy dan M. Haris Adiningrat, Kaedah-Kaedah Taklid, Tuntunan Islam dalam Memilih dan Mengikuti Pendapat