[Pendidikan Remaja] Remaja Muslim Mesti Membela Palestin
Penulis: Nabila Ummu Anas
Siapa pun kita semestinya merasa simpati dan marah menyaksikan video viral beberapa remaja di sebuah restoran makanan segera pro Zion*s yang menghina anak-anak Palestin. Ketika gelombang protes global mengecam genosid yang dilakukan Zion*s, remaja di negara yang memiliki penduduk muslim terbesar dunia ini malah menjadikannya sebagai bahan gurauan.
Selain merasa simpati dan prihatin, mesti ada usaha yang serius untuk menetapkam pola fikir dan pola sikap remaja muslim agar sesuai dengan tuntunan Islam dan membawa kebaikan bagi diri mereka di dunia dan akhirat.
Muslim Wajib Membela Palestin
Palestin mesti dibela sebab Palestin adalah tanah kaum muslim yang telah ditaklukkan pada masa kekhalifahan. Juga kerana menurut Islam, sesama muslim adalah saling bersaudara sehingga tidak boleh membuka aibnya, apalagi menghinanya secara terang-terangan.
Allah SWT berfirman, “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, oleh itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah akan Allah supaya kamu mendapat rahmat.” [TMQ Al-Hujurat (47): 10].
Rasulullah SAW juga pernah bersabda, “Perumpamaan kaum mukmin itu dalam hal saling mengasihi, mencintai, dan menyayangi, bagaikan satu tubuh. Jika ada salah satu anggota tubuh yang sakit, seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan demam (turut merasakan sakitnya).“ [HR Bukhari dan Muslim].
Oleh sebab itu, sewajarnya di mana pun seorang muslim berada, dia tidak akan tenang dan turut merasakan penderitaan anak-anak, perempuan, dan seluruh saudara muslimnya di Gaza Palestin. Sebagaimana yang kita saksikan di media sosial, pelbagai kebiadaban yang tidak berperikemanusiaan telah dilakukan oleh Zion*s Israel terhadap muslim Palestin, bahkan ketika mereka berada dalam khemah-khemah pelarian di sempadan.
Oleh sebab itu, jika ada remaja muslim yang justeru menghina anak-anak Palestin yang dibunuh dan dibantai oleh Zion*s Israel, ke mana lenyapnya iman, hati, dan rasa persaudaraan mereka? Sesungguhnya di antara tanda keimanan seseorang adalah dia mencintai sesama muslim sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Nabi SAW bersabda, “Tidak sempurna iman salah seorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri.” [HR Mutafaq’alaih].
Membina Remaja dengan Islam
Pembentukan dan pengukuhan keimanan mesti dilakukan kepada remaja muslim agar akidah Islam menjadi asas bagi pola fikir dan pola sikap mereka. Hati yang keras dan tidak peduli terhadap derita muslim Palestin adalah kerana keimanan yang nipis dan pemahaman Islam yang dangkal.
Keluarga muslim mesti memberikan perhatian serius terhadap pembinaan Islam anak remaja mereka. Pembinaan ini tidak boleh hanya diserahkan kepada sekolah ataupun madrasah. Sebagaimana yang kita ketahui, kurikulum yang ada tidak berasaskan Islam, tetapi berasaskan sekularisme. Bahkan pelajaran agama Islam pun sudah banyak yang dikeluarkan dan dihilangkan.
Pembinaan Islam mesti dilakukan oleh keluarga muslim di rumah-rumah mereka atau bersama jemaah dakwah Islam ideologis. Sebuah pembinaan yang akan membentuk keperibadian remaja berlandaskan akidah Islam. Dengan pembinaan ini, remaja muslim tidak hanya faham Islam sebagai ilmu, tetapi menjadikannya landasan berfikir dan bertingkah laku. Adab dan akhlak remaja muslim akan terbentuk dan terus terbina sesuai dengan syariat ajaran Islam.
Pembinaan Islam akan menjadikan remaja muslim sebagai penjaga sekaligus pembela Islam. Mereka pun akan membela saudaranya di mana pun mereka berada, terutamanya terhadap muslim Palestin. Tidak hanya membela di dalam hati, tetapi juga menyuarakannya baik secara lisan mahupun tulisan, di dunia nyata mahupun di dunia maya. Remaja muslim akan menyedari bahawa sekecil apa pun usaha yang mereka lakukan untuk membela Palestin, hakikatnya itu adalah amal soleh yang besar nilainya di hadapan Allah SWT.
Dengan mengikuti pembinaan Islam ideologis, remaja muslim akan difahamkan bahawa solusi hakiki untuk membebaskan Palestina hanyalah dengan kekuatan tentera negeri-negeri muslim yang akan berperang menghadapi Zion*s Israel laknatullah ‘alaih. Namun, negeri-negeri muslim hari ini justeru tidak berganjak, mengecam tanpa ada yang berani mengerahkan pasukan tenteranya. Oleh kerana itu, dakwah di dunia nyata dan dunia maya mesti terus digencarkan, termasuk oleh remaja muslim.
Rasulullah SAW bersabda, “Seorang muslim itu bersaudara bagi muslim lain. Dia tidak boleh menzalimi dan tidak menelantarkan saudaranya.” [HR Muslim].
“Pemimpin para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthalib, dan orang yang berdiri di hadapan penguasa yang jahat dan memuhasabahnya, tetapi akhirnya penguasa itu membunuhnya.” [HR Ath-Thabrani]. Wallahu’alam.