“Kita Tidak Boleh Bertahan Tanpa Sistem Dunia Hari Ini”
Oleh: Fatima Musab (Anggota Pusat Media Hizbut Tahrir)
Keyakinan bahawa kita tidak dapat bertahan tanpa sistem dunia semasa mungkin merupakan penghalang terbesar kepada keselamatan rakyat Palestin. Sama ada disedari atau tidak, keyakinan ini telah dianut oleh sebahagian masyarakat dunia kerana mereka terus mencuba menggunakan kaedah demokrasi untuk membantu rakyat Palestin, walaupun sebenarnya kaedah ini telah terbukti gagal menyelesaikan masalah dunia.
Inilah realiti yang sedang kita hadapi bersama penolakan kita terhadap penyelesaian dua negara. Walau bagaimanapun, jika kita hendak menegakkan semula syariat Islam di atas muka bumi, kita bukan saja perlu bertahan, tetapi juga perlu terus berjuang dan menolak sistem pemerintahan yang sedang digunapakai saat ini.
“Jika kita menolak sistem ini, negara lain akan mengasingkan kita”
Kenyataan ini sering diulang oleh penyokong sistem rosak ini. Mereka mempersoalkan bagaimana kita boleh menukar sistem? Sedangkan kita tidak dapat bertahan tanpa sistem antarabangsa dan semua faedah yang ditawarkan oleh globalisasi.
Tetapi mari kita fikir sejenak. Apabila kita melihat cara ekonomi berfungsi, ia tertumpu pada satu perkara khusus – iaitu memastikan negara di seluruh dunia bergantung kepada mereka (negara penjajah). Jika kita membangunkan industri kita, maka mereka pasti akan menggalakkan perdagangan dan memberi manfaat kepada sistem antarabangsa. Jika kita ingin mengukuhkan mata wang kita, kita perlu mencari cara untuk membawa lebih banyak dolar ke negara kita melalui perdagangan yang sama, atau dengan menyesuaikan dasar dan persekitaran tempatan kita supaya ia kondusif untuk pelaburan antarabangsa.
Jadi, apakah maksud semua ini? Ini bermaksud, ekonomi kita hanya boleh berfungsi jika kita menjadi sebahagian daripada negara lain di dunia dengan cara bergantung pada mereka. Ini juga bermaksud bahawa sumber daya alam kita dimiliki atau berada di bawah kawalan dunia. Dunia yang mengeksploitasi kita agar sistem dunia yang digunakan saat ini terus berkembang.
Gagasan Negara Mandiri
*Gagasan negara mandiri digambarkan sebagai ketinggalan zaman atau mustahil untuk dicapai. Bagaimanapun, ia akan menjadi mustahil jika kita terus menggunakan sistem dan norma antarabangsa yang sedang berkuatkuasa. Dan kalaupun kita melakukan gagasan negara mandiri saat ini, kita akan terperangkap dalam lingkaran yang hanya akan membahayakan kita.
Jadi, mengapa kita tidak cuba untuk memecahkan kitaran ini? Adakah kerana kerisauan bahawa seluruh dunia akan mengasingkan kita?
Kenapa kita perlu takut? Satu-satunya perkara yang kita hilang adalah manfaat material dari ‘pilihan’ produk yang kita gunakan dan perkara yang dapat kita akses. Sedangkan apa yang akan kita perolehi adalah kepemilikan tunggal terhadap sumber alam yang ada pada kita, yang akan membolehkan kita berkembang, membangun dan yang paling penting, membuat polisi, keputusan dasar kita sendiri. Keputusan dasar yang membolehkan kita untuk menghantar tentera ke Palestin dan membebaskan mereka daripada penindasan entiti Yahudi.
Jika kita takut dengan pengasingan, kita hanya perlu ingat bahawa pengasingan hanya berlaku dalam sistem ini (sistem yang secara literal melukis garis di seluruh peta dunia dalam usaha untuk memastikan umat Islam sentiasa terpisah disebabkan oleh penjajahan dan dasar ‘pecah dan perintah’ yang mereka amalkan.
Jadi, bagi anda yang bimbang tentang pengasingan, luangkan masa untuk duduk dan melihat peta dunia. Fikirkan berapa banyak negara yang telah menerima Islam dahulu dan sekarang, kemudian fikirkan apa yang akan berlaku apabila kita bersatu semula.
“Kita tidak boleh bersatu, terlalu banyak perpecahan dalam ummah”
Bukankah keadaan di Palestin menunjukkan kita sedang bersatu? Umat Islam di seluruh dunia menyeru bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, dengan menyatakan bahawa kita sememangnya satu Ummah. Apa yang kita tidak ada hanyalah kepimpinan untuk merealisasikan pemikiran, perasaan, dan komitmen kita yang sama terhadap agama Islam.
Tiadanya penyatuan antara umat Islam adalah disebabkan oleh kita hidup dalam sistem yang telah membahagikan umat Islam kepada negara-negara bangsa dan memisahkan kita dengan garis dan sempadan buatan manusia.
Dunia Muslim
“Tidak ada ‘Dunia Muslim’, sama seperti tiada ‘Dunia Kristian’. Umat Islam adalah sekumpulan penduduk yang pelbagai yang hidup dalam konteks yang pelbagai dengan sejarah dan susunan politik yang pelbagai. Kategori ini (Dunia Muslim) bersifat reduktif dan perkauman. Tidak ada satu pun sejarah terkini yang mendedahkan betapa tidak bergunanya kategori ini selain pembunuhan beramai-ramai di Palestin. Kerajaan negara majoriti Islam tidak mempunyai pendirian bersatu dan mereka juga tidak mendapat manfaat daripada parti-parti yang memperjuangkan rakyat Palestin. ” Petikan oleh Nida Kirmani, Profesor Madya (Sosiologi) di LUMS Pakistan
Idea ini hanya terpakai apabila kita hidup dalam dunia yang berpaksikan nasionalisme, dengan kerajaan yang memperjuangkan cita-cita ini sebagai cara untuk mengekalkan kuasa mereka dalam sistem semasa. ‘Dunia Muslim’ memang wujud; ia terletak dalam fikiran dan emosi umat Islam. Namun kekuatan umat Islam tidak akan dapat diwujudkan melainkan kita menolak sistem Kapitalis, dan menolak pandangan bahawa kita adalah ‘penduduk yang pelbagai yang hidup dalam konteks yang pelbagai dengan sejarah yang pelbagai dan susunan politik’. Idea yang jelas merupakan definisi ‘pecah berdasarkan identiti nasionalis’. Sebagai umat Islam, dengan negara Islam yang memerintah kita, semua identiti nasionalis ini tidak akan bermakna kerana undang-undang Allah lah menyatukan kita, insya Allah sekali lagi.
“Walaupun kita menolak sistem ini, kita tidak akan berjaya – Amerika Syarikat dan sekutunya terlalu kuat”
Kita berasa takut akan kesan menolak sistem ini, dan juga takut kehilangan sokongan daripada Amerika Syarikat dan sekutunya, tanpa menyedari betapa sebenarnya mereka (Amerika dan sekutunya) sangat bergantung kepada negara-negara umat Islam, dan betapa takutnya mereka akan penubuhan semula Khilafah.
Mereka berjuang tanpa mengenal penat lelah untuk memahami pemikiran kita pada zaman Khalifah, sehingga akhirnya mereka berjaya memecahkan dan membuatkan umat Islam saling berbalah, apabila mereka tidak dapat mengalahkan kita melalui peperangan. Kemudian mereka membahagikan kita ke beberapa buah negeri, dan mengadakan perselisihan di antara kita, supaya mereka dapat terus menundukkan kita. Mereka takut bahawa suatu hari nanti kita akan dapat mengatasi perbezaan ini dan umat Islam sedar bahawa kita adalah umat yang satu, dan kita menolak kerajaan Kapitalis yang cuba mengatakan sebaliknya.
Apa yang mereka harapkan adalah penglibatan para penguasa umat Islam untuk mengukuhkan kuasa mereka. Pihak berkuasa umat Islam lah yang telah membenarkan Amerika memasuki ruang udara negara Islam, mengeksploitasi pangkalan tentera dan mempengaruhi dasar polisi negara umat Islam.
AS mempunyai 750 pangkalan tentera di 80 buah negara dan tanah jajahan di seluruh dunia. Pangkalan ini diberikan kepada mereka oleh penguasa pengkhianat kita, dan pangkalan itu penting untuk kawalan fizikal Amerika ke atas tanah kita.
“Selain terdapat lebih kurang sembilan pangkalan AS di Filipina, mengikut pengiraan Pentagon, di Asia Timur sahaja, terdapat 313 pangkalan tentera yang dimiliki Amerika Syarikat”
“Tentera AS kini menggunakan ruang udara Pakistan untuk sampai ke Afghanistan sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan perisikan yang sedang berlangsung… Mereka menjalankan operasi luar ufuk dari pangkalan di Timur Tengah, memaksa dron terbang dari pangkalan terpencil, seperti di Qatar dan Pakistan. Mereka juga menggunakan ruang udara UAE, sekitar Iran, dan juga Pakistan sebelum sampai ke Afghanistan.” (Sumber : https://www.cnn.com/2021/10/22/politics/us-pakistan-afghanistan-airspace/index.html )
“Amerika Syarikat mempunyai dua pangkalan di Asia Tengah, masing-masing di Uzbekistan dan Kyrgyzstan. Mereka menyewa pangkalan itu secara percuma, tetapi terpaksa menanggung biaya keselamatan pangkalan, bahan api jet dan kos lain (Uzbekistan menyatakan bahawa mereka berhutang kos pendaratan dan kos lain dari Amerika Syarikat untuk kos pembinaan semula infrastruktur yang rosak akibat penggunaan besar-besaran daripada pesawat). Kerajaan Uzbekistan juga menerima kira-kira $150 juta USD dalam bentuk pakej bantuan tahunan, serta latihan menentang keganasan, latihan perisikan dan latihan penguatkuasaan undang-undang daripada institusi kerajaan AS.” (Sumber : https://www.cfr.org/backgrounder/asia-us-military-bases-central-asia )
Tetapi, di bawah pemerintahan Islam, Khilafah tidak akan pernah menerima semua ini. Sebaliknya, haram baginya untuk berbuat demikian. Ia tertulis dalam Perkara 189 Rang Undang-undang Perlembagaan iaitu :
“Perkara 3, negara-negara yang -antara kita dan mereka- tidak terikat dengan perjanjian, termasuk negara imperialis seperti England, Amerika, dan Perancis, serta negara-negara yang mempunyai cita-cita di negara Islam seperti Rusia; dianggap sebagai negara bermusuhan (muhariban hukman). Negara Islam akan melakukan pelbagai langkah berjaga-jaga terhadap mereka dan tidak boleh membangunkan hubungan diplomatic dengan negara tersebut. Rakyat negara tersebut dibenarkan memasuki negara Islam tetapi perlu membawa pasport dan visa khas untuk setiap individu bagi setiap perjalanan. Melainkan negara-negara tersebut menjadi muhariban fi’lan.
“Poin 4, negara-negara yang jelas memerangi umat Islam (muhariban fi’lan) seperti Israel, maka terhadap negara-negara tersebut hendaklah dilayan dengan sikap seperti dalam keadaan darurat perang sebagai asas kepada setiap perlakuan dan tindakan sama ada perjanjian gencatan senjata atau tidak dan seluruh penduduk negara tersebut dilarang memasuki wilayah Islam.”
Dengan polisi yang telah ditetapkan, apakah kuasa yang Amerika ada ke atas kita? Mereka tidak akan mempunyai akses kepada tanah kita, sumber kita, ruang udara kita. Mereka merupakan negara pulau (di benua terpencil) – jadi, bagaimana mereka boleh sampai ke negara Islam? Bagaimana mereka boleh mengawal kita? Melalui mata wang dolar? Oh, jelas saja Khilafah akan menolaknya – lagipun, dolar tidak mempunyai nilai sebenar. Dan penolakan Daulah akan mengurangkan apa sahaja nilai yang Amerika serta sekutunya ada.
Kita menolak undang-undang mereka, perdagangan mereka dan menyingkirkan syarikat multinasional mereka. Pada asasnya, hapuskan semua kuasa yang dimiliki olehAmerika dan sekutunya ke atas umat Islam. Jadi, pengaruh mereka terhadap polisi kita – ekonomi, politik dan ketenteraan – akan hilang. Kemudian apalah yang boleh mereka lakukan?
Fikirkan tentang perkara ini – fikirkan dengan teliti – dan lihatlah peta dunia sewaktu anda memikirkannya.
Jika kita lihat di benua Asia – majoritinya adalah wilayah Islam, dengan perpecahan yang hanya berlaku dalam sistem yang digunapakai saat ini- seperti Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Iran, Iraq, Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Azerbaijan, Turkmenistan. Negara-negara ini kemudiannya dihubungkan dengan negara-negara di Timur Tengah – Kuwait, Bahrain, Qatar, Oman, U.A.E, Arab Saudi Jordan, Syria, Lubnan, Turki, dan Palestin, yang kemudiannya berhubung dengan negara-negara Islam di Afrika – termasuk Mesir.
Jika kita tegakkan Khilafah di salah satu negara tersebut, maka idea Khilafah akan tersebar ke negara lain. Dan keadaan ini akan menjadi kekuatan yang tidak dapat dikalahkan. Amerika Syarikat, dan sekutu Kapitalis yang lain, tahu betul tentang perkara ini. Itulah sebabnya mereka terus mengekalkan kewujudannya di negara-negara ini, menyebarkan peperangan dan konflik untuk mengeruhkan rantau ini, dan mendorong kita ke dalam situasi yang membuatkan kita percaya bahawa kita tidak akan pernah menang.
Selagi mana kita masih redha dengan apa yang berlaku saat ini dan tidak mahu bergerak untuk menuju ke arah yang lebih baik, saudara-saudara Islam kita di Palestin akan terus menderita.