Islam dan Kesihatan Mental
Penulis: Zulia Ilmawati
Tanggal 10 Oktober adalah Hari Kesihatan Mental Sedunia. Peringatan tahunan ini adalah inisiatif badan Kesihatan dunia, Federation of Mental Health (WFMH) pada 1992. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), peringatan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental di seluruh dunia.
Peringatan Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun ini mengangkat tema “Mental Health at Work” atau “Kesihatan Mental di Tempat Kerja”. WHO juga bekerjasama dengan berbagai pihak untuk menyoroti hubungan penting antara kesihatan mental dan pekerjaan. Disebutkan, persekitaran kerja yang aman dan sihat dapat berperanan sebagai faktor pelindung bagi kesihatan mental. Sebaliknya, keadaan persekitaran kerja yang buruk dapat membahayakan kesihatan mental, mengurangi kepuasan kerja, dan produktiviti.
Walaupun setiap tahun diperingati, ternyata masalah kesihatan mental tetap menjadi masalah kesihatan yang belum menemui penyelesaian di tengah masyarakat, baik di peringkat negeri mahupun global. Jumlah bunuh diri remaja makin meningkat dan tekanan (depression) menjadi faktor utamanya. Menurut data WHO terhadap remaja 15—29 tahun, bunuh diri menjadi sebab kematian nombor dua terbesar selepas kemalangan.
Apakah Makna Kesihatan Mental?
Kesihatan mental dalam ilmu psikologi didefinisi sebagai keadaan ketika emosi kita berada dalam keadaan tenteram dan tenang sehingga memungkinkan kita untuk menikmati kehidupan sehari-hari dan menghargai orang keliling. Seseorang yang mempunyai mental yang sihat dapat menggunakan kemampuan atau potensi dirinya secara maksima dalam menghadapi cabaran hidup, serta menjalin hubungan positif dengan orang lain.
Sebaliknya, orang yang kesihatan mentalnya terganggu akan mengalami gangguan suasana hati, kemampuan berfikir, serta pengendalian emosi yang pada akhirnya dapat mengarah pada tingkah laku buruk. Penyakit mental dapat menyebabkan masalah dalam kehidupan sehari-hari, bukan hanya dapat menjejaskan interaksi atau hubungan dengan orang lain, tetapi juga dapat menurunkan prestasi di sekolah dan produktiviti kerja. Terdapat beberapa jenis masalah kesihatan mental dan tiga jenis keadaan yang paling umum terjadi, iaitu stres (resah), cemas, dan depresi (tekanan).
Punca-punca Masalah Kesihatan Mental
Penyebab masalah kesihatan mental sangat kompleks, banyak faktor. Terdapat faktor internal individu dan faktor eksternal, faktor dari luar diri individu. Faktor internal seperti genetik, cedera parah di kepala, hingga berlaku gangguan pada otak, pengaruh hormon, dan lain-lain. Faktor eksternal pula boleh datang dari keluarga seperti pola didik dan “childhood trauma” (trauma masa kecil.
Faktor sosiobudaya seperti ekonomi, budaya, dan media sosial juga boleh menjadi salah satu sebab. Kebijakan yang ditetapkan oleh negara dalam hal pendidikan, kesihatan, ekonomi, dan lain-lain yang menyebabkan banyak masalah, seperti kenaikan harga barang keperluan asas, hilang pekerjaan, penagngguran (disebabkan oleh kesukaran mendapatkan pekerjaan), biaya pendidikan yang tinggi, dan lain-lain.
Faktor sistem kehidupan yang mengatur kehidupan saat ini juga tidak boleh diabaikan, iaitu sistem sekular kapitalisme yang gagal mengatur kehidupan. Alhasil, lahir manusia-manusia bermental rapuh. Sistem ini membuat banyak orang—termasuk kaum muslim—tidak memahami tujuan hidupnya.
Sistem kapitalisme berasas sekular juga berjaya membawa kaum muda khususnya untuk jauh dari pemahaman agama. Mereka cenderung berperilaku mengikuti hawa nafsunya, ingin bebas bersikap tanpa aturan. Akibat sistem rosak inilah, tidak hairan jika produk yang dihasilkan pun rosak, salah satunya hadirnya generasi terganggu kesihatan mentalnya, berpenyakit mental.
Dalam masyarakat sekular merasa bahawasanya tujuan hidup mereka hanyalah untuk mencari kesenangan dunia yang bersandar pada kebendaan. Oleh kerana itu, jika mereka gagal mendapatkan benda yang berupa harta, jawatan, dan prestij, mereka akan merasa gagal dan akan disingkirkan dari hiruk pikuk kehidupan.
Oleh sebab itu, cepat atau lambat, banyak orang yang akan mengalami tekanan dan putus asa. Begitu pula ketika mereka ditimpa ujian atau kesulitan hidup, mereka tidak mampu menanganinya dengan cara yang benar. Justeru memilih jalan pendek, iaitu bunuh diri. Tidak hairan, meski berpuluh-puluh tahun Hari Kesihatan Mental diperingati, isu kesihatan mental justeru makin masif.
Bagaimana Menanganinya?
Setiap individu muslim hendaklah memahami visi misi hidup, mengenali dan memahami peristiwa yang terjadi di luar dirinya dan yang menimpa dirinya baik/buruk, mengerti cara menyikapi peristiwa buruk yang terjadi di luar dirinya dan yang menimpa dirinya dengan sabar. Menjadikan ujian adalah bahagian dari bentuk cintanya Allah pada hamba-Nya, dan jika sabar maka akan mendapatkan pahala.
Di sinilah pentingnya pendidikan dan pembinaan agar setiap muslim memiliki keperibadian Islam dan menjadikan Islam sebagai solusi bagi setiap permasalahan. Landasan pendidikan yang perlu dibangun dengan kukuh sedari kecil adalah akidahnya. Adanya asas akidah yang kuat, akan menjadikan individu muslim memiliki pola fikir dan pola sikap yang Islami. Dari pola fikir dan pola sikap yang Islami inilah akan melahirkan sosok muslim yang tangguh dan cerdas serta ber-akhlakul karimah (akhlak mulia).
Keluarga memiliki peranan sangat penting dalam membentuk anak memiliki mental yang kuat. Keluarga semestinya menjadi tempat anak-anak mendapatkan perlindungan dan kasih sayang, kenyamanan, keamanan, ketenteraman, dan sebagainya. Selain itu, negara juga memiliki peranan penting dalam pengurusan kehidupan bermasyarakat agar manusia dapat menjalankan peranan serta fungsinya sebagai khalifah di muka bumi.
Negara juga berperanan sebagai pelindung keamanan warganya, dengan menciptakan persekitaran mental yang sihat, memberikan pemahaman dan pemikiran tentang sikap mental yang sihat, menyelenggarakan pendidikan yang baik yang dapat mendorong pembentukan kesihatan mental yang baik, membiayai program-program rehabilitasi mental. Seperti yang pernah ada di masa peradaban Islam.
Kesihatan mental dalam sejarah peradaban Islam menjadi perhatian negara. Ilmuwan muslim era Abbasiyah banyak yang mengkaji persoalan ini. Bahkan, Dinasti Abbasiyah mendirikan hospital yang dilengkapi dengan unit psikiatri pada 705 M. Dinasti Abbasiyah melakukan berbagai usaha untuk menangani masalah kesihatan mental. Salah satunya dengan mendirikan hospital dan unit khas bagi penyakit jiwa di Baghdad.
Penutup
Islam adalah sistem hidup, aturan yang menyelesaikan masalah dari pencegahan hingga penyembuhan. Islamlah satu-satunya agama dan sistem kehidupan yang lurus sesuai fitrah penciptaan, mensejahterakan, dan mampu mewujudkan rahmat bagi seluruh alam.
Dalam kehidupan Islam, anak-anak akan mendapatkan pendidikan yang berasas akidah Islam yang mampu mencetak orang-orang bermental kuat. Oleh kerana tujuan pendidikan dalam sistem Islam adalah membentuk keperibadian Islam (syakhsiyah Islamiyah), sekaligus memiliki keterampilan menyelesaikan permasalahan kehidupan.
Semua akan terwujud dengan melanjutkan kembali kehidupan Islam yang pernah ada dengan jalan mendakwahkannya kepada umat dan memperjuangkannya, hingga ianya dapat tegak kembali sebagaimana Rasulullah SAW menegakkannya dahulu di Madinah. Wallahualam.
*diterjemah dan diolah dari artikel asal