[Soal Jawab] Hujah untuk Aksi Solidariti Membela Palestin Tanpa Membawa Bendera Palestin
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Soalan:
Ustaz mohon tunjuk ajar dan bimbingannya. Apakah sebab dan hujah mengapa Aksi Solidariti Membelas Palestin tidak menggunakan bendera Palestin?
Jawapan:
Sebab-sebab berikut dikemukakan mengapa Aksi Solidariti Membela Palestin yang haq dan syarie dilakukan tanpa bendera Palestin:
Pertama, kerana bendera Palestin sekarang bukan dibuat oleh rakyat Palestin, tetapi dibuat oleh British, mengikut perjanjian Sykes – Pycot (antara Britain dan Perancis) pada tahun 1916 yang membahagikan negara-negara Arab yang pernah menjadi wilayah yang bersatu di bawah Khilafah Uthmaniyyah Turki.
Maka, mengibarkan bendera Palestin sekarang ini, bermakna bersetuju dengan kejahatan kaum kafir penjajah yang memecah belahkan kesatuan negara Islam.
Kedua, kerana bendera Palestin hanya mewakili 22% dari wilayah Palestin, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, mengikut sempadan wilayah selepas perang Arab Israel 1967. Sementara itu, 78% wilayah Palestin kini adalah wilayah Israel.
Jadi, mengibarkan bendera Palestin ketika ini bermakna menyerahkan 78% tanah Palestin kepada kafir Yahudi Zionis yang menjajah dan menduduki tanah Palestin.
Ketiga, kerana bendera Palestin adalah simbol negara demokrasi-sekular, iaitu bentuk negara dari Tamadun Barat, bukan simbol dari negara Islam (Khilafah) seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Bendera yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW., yang menjadi simbol negara Islam, adalah liwa’ dan rayah, bukan yang lain.
Liwa’ ialah bendera berwarna putih, dengan tulisan berwarna hitam La ilaha illallah muhammadur rasulullah.
Rayah ialah bendera berwarna hitam, dengan tulisan berwarna putih La ilaha illallah muhammadur rasulullah.
Maka, mengibarkan bendera Palestin hari ini, tidak lain bermakna menyokong penubuhan negara demokrasi-sekular yang berasal dari Tamadun Barat yang kafir.
#BenderaPalestin #AksiBela #BenderaNegaraBangsa