Palestin Makin Merana
Oleh: Hasbi Azwar (@ Majalah Alwaie)
Ada “alasan yang masuk akal” untuk percaya bahawa ¡srael melakukan kejahatan genosid terhadap warga Palestin Sebagai sebuah kelompok di Gaza.
(Francesca Albanese, Wartawan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang HAM di Wilayah Palestin).
Pada 17 Mac 2024, hari Ahad menjelang sahur, keluarga Tabatibi di kem pelarian di Nuseirat, Gaza Tengah, sedang menunggu untuk bersantap sahur. Kaum perempuan sedang berada di dapur untuk menyiapkan hidangan saat itu. Makanan belum juga tersedia. Tiba-tiba peluru berpandu Zi0nis menghancurkan tempat tinggal mereka, menewaskan 36 anggota keluarga Tabatibi dan melukai 30 orang lainnya. Jenazah para mujahid itu diperlakukan dengan penuh kekurangan; dibungkus dengan plastik jenazah dan dibawa dengan trak tanpa bak. Tidak ada lagi ambulan atau kenderaan yang tersedia untuk menghantar mereka secara selayaknya dan terhormat.[1]
Ini hanyalah satu kisah dari jutaan kisah saudara-saudara Muslim Palestin, baik di Gaza mahupun di Tebing Barat, yang saat ini sedang dijajah dan dibantai oleh rejim Zi0nis bersama para sekutu mereka.
Sudah hampir setengah tahun sejak Oktober lalu, pembantaian Zi0nis terhadap warga Muslim Gaza terus-menerus berlaku hingga ke saat ini. Setiap hari ratusan yang terkorban. Sampai hari ini sudah lebih kurang 32 ribu orang yang meninggal dunia. Sekitar 7000 yang lain masih tertimbun di bawah reruntuhan bangunan. Sebahagian besar dari para mangsa tersebut adalah perempuan dan kanak-kanak.
Akibat dari serangan Zi0nis, hampir dua juta warga Gaza telah pergi meninggalkan rumah-rumah mereka untuk berpindah ke wilayah yang dianggap lebih aman di Selatan, di wilayah yang dekat dengan Mesir, di Rafah dan Khan Younis. Adapun yang masih tinggal di rumah-rumah mereka di utara terancam menderita kelaparan dan kekurangan gizi. Saat ini, di perbatasan Gaza dan Mesir, ribuan khemah menjadi tempat berlindung bagi para pengungsi yang diperkirakan luasnya sekitar 3.5 km atau seluas 500 padang sepak bola.
Para pengungsi tersebut mencari perlindungan dengan membawa pakaian seadanya. Mereka tidak membayangkan akan mengungsi selama itu. Bahkan ada seorang ibu yang hanya menggunakan satu pakaian; dipakai terus sampai lusuh dan usang. Sehingga dia rasa malu untuk keluar dari khemahnya.
Zi0nis mengepung Gaza, menyekat masuknya bantuan ke Gaza serta memutuskan aliran elektrik dan internet. Sejak itu pembantaian sistematik Zi0nis bermula, yakni sejak Oktober 2023, sampai saat ini. Padahal sebelum serangan 7 Oktober, sebahagian besar warga Gaza (75%) hidup menunggu bantuan dari pihak lain sebagai pelarian.
Menurut The World Food Programme, untuk menjamin keterpenuhan keperluan dasar warga Gaza, 300 trak pembawa makanan diperlukan setiap hari. Namun, Zi0nis ¡srael hanya membenarkan 164 trak masuk setiap hari[2]. Ini bererti hanya setengah dari keperluan warga Gaza yang dapat terpenuhi setiap harinya. Itu pun jika pengagihannya maksima. Hakikatnya tidak demikian. Banyak trak yang sedang menghantar bantuan ke wilayah Gaza juga dijadikan sasaran tembakan oleh Zi0nis.
Kekejian Zi0nis juga berdampak akut bagi kehidupan para ibu di Gaza. Banyaknya jumlah perempuan dan ibu yang meninggal menambah beban hidup fizikal dan mental bagi anak-anak mereka yang ditinggal. Para ibu yang masih bertahan terpaksa berpuasa untuk mengutamakan anak-anak mereka agar dapat bertahan hidup di tengah kekurangan makanan. Itu pun kadang-kadang mereka terpaksa mengais-ngais sisa makanan di tapak reruntuhan bangunan yang ada. Namun, semua itu tetap tidak cukup. Banyak anak yang akhirnya bertarung nyawa kerana kekurangan gizi dan kekurangan air minuman. Bahkan sampai seorang anak di Gaza meminum air kotor berwarna coklat yang bergenang di jalan raya.[3]
Dampak serangan Zi0nis terhadap infrastruktur di Gaza juga sangat parah. Sejak puluhan ribu peluru berpandu ditembakkan ke Gaza, menurut WHO, hampir 80% atau 160,000 infrastruktur seperti rumah, hospital, sekolah, masjid, kampus, sumber air, fasiliti kebersihan hancur dan musnah. Dianggarkan sebanyak puluhan billion dolar AS dan lebih 70 tahun masa diperlukan untuk memulihkan Gaza menjadi seperti sediakala.[4]
Hospital yang menjadi tumpuan bagi warga yang cedera juga menjadi sasaran penghancuran oleh Zi0nis ¡srael dari 36 hospital di Gaza. Terdapat 12 buah hospital yang masih layak digunakan bagi warga yang sedang sakit atau tercedera. Hospital yang masih aktif itu pun tetap terus menjadi sasaran bom, diintimidasi dan dituduh berkomplot dengan Hamas. Mereka ditangkap, diseksa dan dibunuh oleh tentera Zi0nis laknat.[5]
Belum lagi kisah para tahanan dari warga Gaza yang ditangkap dan diculik paksa oleh tentera Zi0nis. Di dalam tahanan, mereka diseksa, tidak diberi makan dan tidak mendapat rawatan. Kaum perempuannya ditelanjangi dan diperkosa oleh para tentera teroris Zi0nis tersebut.[6]
Kekejaman terus terjadi bahkan saat setelah Mahkamah Antarabangsa mendesak ¡srael untuk menghentikan upaya genosid oleh ¡srael dan PBB mengeluarkan resolusi untuk gencatan senjata di Gaza.
Di Tebing Barat, Palestin, keadaannya juga sama buruknya. Setelah serangan 7 Oktober terjadi, penduduk di Tebing Barat dilanda ketakutan setelah rejim Zi0nis melakukan berbagai sekatan melalui penutupan jalan, sekatan di pos-pos pemeriksaan, pembunuhan dan intimidasi serta penangkapan beramai-ramai.
Rejim Zi0nis bahkan melengkapi warganya dengan senjata yang dibahagikan ibarat pembahagian bekal yang digunakan untuk menembak warga Palestin, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Sejak 7 Oktober 2023 sehingga akhir Januari 2024, 350 warga Palestin terbunuh. Sehingga akhir Mac 2024, lebih dari 7000 orang ditahan dan diseksa sedemikian rupa dalam penjara.[7]
Sekatan di pos pemeriksaan juga menyebabkan warga Tebing Barat menjadi sukar untuk berkunjung ke kampung keluarga mereka. Ini kerana mereka terpaksa melewati pos Zi0nis terlebih dahulu untuk menyeberang ke wilayah Palestin yang lain.[8]
Yang penting dicatat dari apa yang terjadi di Palestin saat ini, baik di Gaza mahupun Tebing Barat, adalah bahawa genosid ini tidak terjadi hanya saat 7 Oktober saja. Malah, genosid ini telah pun berlangsung sejak 1948 saat entiti Zi0nis menduduki tanah Palestin secara haram. Sejak saat itu, warga Palestin yang mendiami wilayah itu sejak ratusan tahun yang lalu tiba-tiba terusir dari rumah mereka. Mereka menjadi pengungsi di berbagai negara tetangga, termasuk di dalam Palestin sendiri. Sekitar 5.9 juta warga Palestin secara keseluruhan berstatus pengungsi sejak tahun 1948.[9]
Saat Zi0nis menguasai Palestin, pembunuhan, diskriminasi, penganiayaan, pengusiran, penderaan, dan penangkapan terus-menerus berlaku setiap hari terhadap Muslim Palestin. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan negara-negara anggotanya, termasuk juga negara-negara Muslim, sentiasa menyuarakan solusi dua negara. Seolah-olah ini adalah konflik antara dua pihak yang setara dan berebut tanah kosong, kemudian mereka berperang satu sama lain.
Padahal yang berlaku di tanah Palestin adalah jutaan Yahudi yang diprasarana oleh British bersama sekutu-sekutunya datang dan mengusir warga Palestin dari kediaman mereka. Kekuatan sekutu Barat pulalah yang menopang dan melindungi pembantaian Zi0nis di Gaza selama 76 tahun terakhir. Bagaimana mungkin ini disebut konflik. Ini adalah pendudukan, penjajahan, genosid dan pembantaian rejim penjajah Zi0nis terhadap warga Muslim Palestin yang lemah dan tidak mempunyai kekuatan apalagi pelindung.
Penjajahannya juga mengerikan. Hal ini kerana, bukan hanya rejim Zi0nis yang terlibat langsung, tetapi juga warganya dididik dan dipersenjatai untuk membenci Muslim Palestin dan mendorong mereka untuk membunuh kaum Muslim.
Memang PBB banyak memberikan bantuan dan membentuk badan-badan khusus untuk Palestin. Bantuan pembangunan juga banyak disumbang oleh berbagai negara. Namun, tidak ada satu pon negara tersebut yang bertindak untuk menghentikan penderitaan Muslim Palestin. Seorang aktivis Palestin pernah mengungkapkan bahawa warga Palestin bukannya tidak mahu berterima kasih atas berbagai bantuan untuk pembangunan Gaza dan Palestin. Namun, apalah ertinya itu semua jika ¡srael tidak dihentikan kekejamannya. Jika sekadar membangun infrastruktur, hanya dalam hitungan waktu ¡srael akan datang lagi dan menghancurkan semuanya. Apa yang warga Palestin paling perlukan saat ini adalah ¡srael diadili dan dibawa ke pengadilan antarabangsa. Jika tidak, bantuan kemanusiaan bilion dolar hanya terbuang sia-sia dan tidak terlalu berdampak terhadap nasib warga Palestin.
Solusi sejati atas penderitaan Palestin hanyalah pembebasan melalui intervensi militer atau jihad yang hanya boleh dilakukan oleh negara-negara yang peduli terhadap Islam dan kaum Muslim. Sayangnya, kita pesimis dengan keadaan para pemimpin umat Islam saat ini.
Sebagai bahagian dari keluarga besar umat Islam, kita ada dua tugas besar yang mendesak saat ini. Pertama: Selalu mengangkat persoalan Palestin dengan mengedepankan akar masalah dan solusi yang benar. Ini boleh disampaikan melalui berbagai forum termasuk di media sosial. Kedua: Menjelaskan kepada umat terkait pengkhianatan para pemimpin Muslim terhadap saudara-saudara Muslim Palestin yang hanya mampu beretorika. Di sebalik itu mereka bermesraan dengan Zi0nis dan negara-negara pendukung Zi0nis.
Kita berharap dengan dua ikhtiar itu, umat sedar akan keadaan yang sebenarnya terjadi di tengah-tengah kaum Muslim serta akar masalah dari sekian permasalahan itu. Seterusnya mereka mahu bersama-sama untuk menyongsong perubahan ke arah yang lebih baik, iaitu dengan melanjutkan kehidupan Islam untuk membebaskan kaum Muslim yang terzalimi di berbagai penjuru dunia.
WalLaahu a’lam.
Catatan kaki:
[1] ‘The Tabatibi Family Massacre: Is*aeli Airstrike Hits Their Home during Suhoor’, WAFA Agency, accessed 29 March 2024, http://wafa.ps/Pages/Details/142525.
[2] BBC News, ‘Gaza Strip in Maps: How Life Has Changed’, BBC News, 23 March 2024, sec. Middle East, https://www.bbc.com/news/world-middle-east-20415675.
[3] ‘Acute Malnutrition Has Doubled in One Month in the North of Gaza Strip: UNICEF’, accessed 30 March 2024, https://www.unicef.org/press-releases/acute-malnutrition-has-doubled-one-month-north-gaza-strip-unicef.
[4] ‘Gaza Needs Multibillions and 70 Years to Be Habitable Again: UNCTAD | Al Mayadeen English’, accessed 30 March 2024, https://english.almayadeen.net/news/Economy/gaza-needs-multibillions-and-70-years-to-be-habitable-again.
[5] BBC News, ‘Gaza Strip in Maps’.
[6] ‘Is*ael/oPt: UN Experts Appalled by Reported Human Rights Violations against Palestinian Women and Girls’, OHCHR, accessed 30 March 2024, https://www.ohchr.org/en/press-releases/2024/02/Is*aelopt-un-experts-appalled-reported-human-rights-violations-against.
[7] Mat Nashed, ‘More than 7,350 West Bank Palestinians Arrested by Is*ael during Gaza War’, Al Jazeera, accessed 30 March 2024, https://www.aljazeera.com/features/2024/3/22/Is*ael-arrested-over-7350-west-bank-palestinians-since-war-on-gaza-began.
[8] Arab Center Washington DC (ACW), ‘The Occupied West Bank Since October 7: Movement Restrictions and Collective Punishment’, Arab Center Washington DC, 28 March 2024, https://arabcenterdc.org/resource/the-occupied-west-bank-since-october-7-movement-restrictions-and-collective-punishment/.
[9] ‘Palestine Refugees | UNRWA’, accessed 30 March 2024, https://www.unrwa.org/palestine-refugees.