[Pemikiran Politik Islam] Pemikiran Politik (Bahagian 1/2)
Penulis: Syeikh Abdul Qadim Zallum
Pemikiran politik adalah jenis pemikiran paling tinggi yang berkaitan dengan pengaturan dan pemeliharaan urusan umat. Tahap tertinggi dari pemikiran politik adalah pemikiran yang berhubungan dengan urusan umat manusia dan dunia dari sudut pandang tertentu.
Akidah Islam adalah suatu pemikiran politik. Oleh kerana itu, ia hendaklah menjadi asas pemikiran politik kaum muslim. Akidah Islam adalah suatu ideologi, sistem, dan deen, termasuk di dalamnya suatu negara.
Akidah Islam berbeza dengan akidah dan ideologi lain. Ini kerana akidah Islam bukan saja akidah spiritual, tetapi juga akidah politik. Hukum-hukum dan pemikiran yang bersumber darinya menekankan perhatiannya pada urusan dunia dan akhirat.
Sudut pandang yang dibangun oleh akidah Islam berbeza dengan semua sudut pandang yang dibangun oleh ideologi dan sistem lainnya. Begitu pula hukum-hukum dan pemikirannya berbeza dengan hukum-hukum dan pemikiran lain yang ada di dunia. Perbezaan itu ada bermula dari asas dan sumber hukumnya secara umum hingga ke setiap rinciannya.
Akidah Islam memancarkan hukum-hukum dan pemikiran yang memperhatikan semua urusan kehidupan dan hubungan manusia di dalamnya. Akidah Islam mengatur semua urusan dan hubungan tersebut, baik yang berkaitan dengan masalah pemerintahan, ekonomi, hubungan sosial, pendidikan, serta kebijakan (dasar) dalam dan luar negeri. Juga mengatur hubungan antara penguasa dengan rakyatnya, serta hubungan negara dengan negara dan bangsa lainnya.
Oleh kerana itu, akidah politik Islam merupakan ideologi yang lengkap dan menyeluruh. Ia mengatur pula semua urusan dan aspek kehidupan, serta menjadi solusi bagi semua permasalahan dalam realiti kehidupan. Allah SWT berfirman, “…Dan Kami turunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu. …” (TMQ An-Nahl: 89).
Allah SWT juga berfirman dalam Kitab-Nya, “…Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kalian untuk kalian, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kalian, dan Aku redhai Islam sebagai agama bagi kalian. …” (TMQ Al-Maidah: 3).
Hilangnya hukum-hukum dan pemikiran yang bersumber dari akidah Islam ini memberi kesan besar bagi umat Islam. Daulah ‘Uthmaniyyah telah mengambil berbagai pemikiran dan hukum dari sumber yang tidak Islami dan menganggapnya sebagai sebahagian dari Islam. Mereka juga mengabaikan pelaksanaan hukum-hukum Islam dalam kehidupan individu.
Kedua hal tersebut merupakan faktor utama hancurnya Khilafah Islamiah sehingga menyebabkan pula terperosoknya kaum muslim ke dalam lembah kehinaan dan keterbelakangan. Oleh sebab itu, kembali menerapkan hukum-hukum dan pemikiran Islam untuk mengatur perilaku individu dan umat Islam dalam kehidupan bernegara adalah suatu hal yang penting.
Hukum-hukum yang bersumber dari akidah Islam mewajibkan umat Islam untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh (kaffah). Di samping itu, untuk menegakkan suatu institusi Islam yang merdeka dan terhormat, serta membangun masyarakat yang khas, iaitu masyarakat Islam.
Hukum-hukum Islam juga mewajibkan kaum muslim menjadi umat yang satu, tanpa memandang latar belakang suku bangsa dan warna kulit. Akidah Islam mempersatukan sudut pandang mereka, yakni dengan sudut pandang halal dan haram, serta menjadikannya sebagi satu-satunya tolok ukur bagi mereka dalam menyikapi setiap masalah dan kejadian dalam naungan Khilafah.
Lebih lanjut, akidah Islam mewajibkan kaum muslim dalam berbagai parti, kelompok, dan organisasi untuk berjuang melanjutkan kehidupan Islam. Selain itu, untuk menyampaikan dakwah Islam dalam rangka memecahkan permasalahan utama kaum muslim.
Dengan demikian, kaum muslim dapat melanjutkan kembali kehidupan islami. Ini bererti umat kembali pada kehidupan Islam di dalam negara Islam. Yakni, suatu masyarakat Islam yang dipengaruhi oleh pemikiran dan perasaan islami, serta diatur dengan sistem dan hukum Islam. Dalam masyarakat ini, semua urusan kehidupan dijalankan sesuai hukum Islam, di bawah naungan Khilafah Islamiah.
Dalam Khilafah, kaum muslim mengangkat seorang Khalifah yang dibaiat untuk didengar dan ditaati selama dia memerintah berdasarkan Kitabullah, sunnah Rasul, serta menyampaikan syiar Islam kepada seluruh umat manusia melalui dakwah dan jihad fi sabilillah.
Sumber: Syeikh Abdul Qadim Zallum, Pemikiran Politik Islam, Upaya Membumikan Politik Sebagai Mainstream Gerakan.