[Ath-Thariq] Sosialisme dalam Pertimbangan Akal dan Fitrah (Bahagian 1/2)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Dalam perbincangan tentang cara meleraikan simpulan besar (hall al-‘uqdat al-kubra) melalui pemikiran yang cemerlang, kami telah sampai pada kesimpulan bahawa terdapat Zat yang telah mencipta alam, manusia, dan kehidupan daripada tiada. Di alam semesta ini Dia telah meletakkan sistem yang Dia kawal untuk segala sesuatu di dalamnya. Kesimpulan ini tidak sesuai dengan penyelesaian yang dicadangkan oleh sosialisme untuk menyelesaikan masalah ini.
Sosialisme hanya berpegang teguh pada prinsip pemikiran “Tiada Tuhan dan kehidupan hanyalah jirim” iaitu tidak ada Zat yang menciptakan alam ini dan segala yang ada di dalamnya hanyalah jirim yang berkembang (berevolusi) kerana kehendaknya sendiri.
Pelbagai bentuk jirim lahir yang menjadi sebahagian daripada alam ini. Bahan yang paling tinggi dari semuanya adalah manusia. Perkara tertinggi pada manusia ialah otak, yang kemudiannya bukanlah otak—sehingga batas maksimumnya—tetapi hasil daripada evolusi jirim.
Atas sebab ini, menurut mereka, tidak ada sesuatu di luar kerangka alam semesta, manusia dan kehidupan. Pemikiran (idea) tentang kewujudan pencipta hanyalah pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh orang kaya untuk menghisap darah orang miskin (proletariat). Agama hanyalah candu dan vodka bangsa-bangsa yang sangat berbahaya dan boleh membunuh kreativiti dan kemajuan bangsa-bangsa tersebut.
Adapun huraian kami tentang realiti penyelesaian yang ditawarkan oleh sosialisme untuk menghuraikan al-uqdat al-kubra (simpulan besar) di mana penyelesaian ini adalah asas kepada ideologi sosialisme, kita dapati bahawa penyelesaian ini tidak dibina di atas akal, tetapi dibina di atas material dan ini jelas kelihatan dengan mengetahui cara idea ini berkembang.
Jika kita perhatikan sejarah, ideologi ini sebenarnya muncul sebagai penolakan terhadap kerosakan moral paderi dan pemimpin gereja Katolik, mereka menghisap darah bangsa atas nama agama. Sekumpulan saintis bangkit untuk melakukan revolusi menentang kezaliman ini, mengakibatkan konflik yang akhirnya melahirkan idea sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan) dan penyelesaian ini memuaskan majoriti kalangan intelektual.
Ada segelintir golongan yang tidak berpuas hati dengan penyelesaian ini dan mereka tidak menginginkan apa pun melainkan hilangnya agama secara keseluruhannya, maka golongan ini tidak menyerah begitu sahaja, malah mereka tetap dengan pendirian mereka.
Pendirian mereka menjadi lebih teguh apabila melihat kerosakan yang dilakukan kapitalisme. Mungkin ini berdasarkan kewujudan sesuatu keagamaan dalam kapitalisme di mana pengiktirafan tersirat tentang kewujudan agama masih wujud sehingga kini.
Nietsche telah menyatakan, “Manusia sepatutnya mempunyai kebebasan untuk mengisytiharkan dan mempercayai bahawa Tuhan sudah mati.” Oleh sebab itu, sebenarnya penyelesaian ini tidak mengikut kaedah perbincangan biasa (normal), iaitu hendaklah menggunakan kaedah aqliyah dalam membincangkan kewujudan agama atau pencipta yang ada, sama ada mereka mempunyai pengaruh atau tidak, mereka malah mengikut jalan ini dalam bentuk yang bertentangan.
Para ilmuan tersebut melihat fakta kerosakan berskala besar di Eropah dan mereka mengganggap bahawa kaum agamawan dan pengatasnamaan agama menjadi faktor penyebab kerosakan tersebut. Seandainya mereka meneliti dengan lebih mandalam, maka mereka akan mendapati bahawa sebenarnya agama langsung tiada kaitan dengan kaum agamawan tersebut. Kaum agamawan itulah yang sebenarnya bermasalah dan membuat kerosakan atas nama agama.
Sebaliknya, mereka memutuskan bahawa agama adalah punca kerosakan. Mereka percaya bahawa wajib menghapuskan dan memerangi agama dengan segala usaha mereka dan tidak meninggalkan sedikit pun pengaruh yang berasal dari agama itu, walaupun pada nama, seperti yang berlaku dalam kapitalisme.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa perbincangan mereka mengenai agama dan kewujudan pencipta bukanlah perbincangan tentang aqliyah fi’liyyah (perbincangan logik dan praktikal). Sebaliknya, semua perbincangan ini hanyalah selimut yang digunakan untuk menutup kedengkian dan emosi mereka, iaitu dengan memperkenalkan idea mereka. Idea-idea dan istilah-istilah falsafah yang keliru dan batil di awal perdebatan akhirnya menjadi objek pembahasan yang lebih baik lagi mulia.
*Bersambung ke bahagian 2.