‘Double Standard’ Barat dalam Genosid Terhadap Umat Islam
“Wahai pemimpin kami, mengapa kami tidak pernah melihatmu tersenyum?” tanya seseorang. Dengan jawapan yang menyayat hati yang menyentuh hati nurani semua orang, panglima Saladin al-Ayyubi menjawab, “Bagaimana saya boleh tersenyum, sedangkan Al-Aqsa sedang dijajah? Demi Allah, aku malu untuk tersenyum, sedangkan di sana saudara-saudaraku disiksa dan dibantai”
Hari ini lebih dari 75 tahun Palestin dijajah Zion!s. Kaum muslim diusir, dijajah, dibantai dan dibunuh secara membabi buta. Sejak Oktober 2023, serangan ketenteraan Zion!s telah mengorbankan lebih kurang 39,699 orang. Terbaru, Zion!s menyerang sebuah sekolah yang menampung pelarian Palestin pada Sabtu (10-8-2024) dengan jumlah yang terkorban sebanyak 90 orang.
Di belahan dunia lain, keadaan umat Islam Rohingya tidak jauh berbeza. Mereka dihalau dari tanah air mereka dan dianiaya di tangan tentera Myanmar. Jika mereka kekal di tempat asalnya, mereka dibantai. Jika mereka meninggalkan negara mereka pula, mereka akan terdampar di tengah. Sekurang-kurangnya 150 orang awam dari minoriti Muslim Rohingya Myanmar dipercayai terbunuh minggu ini dalam serangan artileri dan dron di negeri Rakhine, Myanmar. Serangan dilakukan terhadap penduduk Rohingya yang cuba melarikan diri dari pertempuran sengit di pekan Maungdaw.
‘Double Standard’ Barat
Di tengah-tengah ancaman genosid yang menimpa umat Islam, Barat hanya membisu. Di satu sisi, Barat menyeru kepada keamanan dunia, tetapi sebaliknya mereka mengabaikan perlakuan Myanmar terhadap Rohingya dan membenarkan Zion!s terus menyerang Palestin. Kalau pun mereka ambil berat, ia hanyalah formaliti dalam bentuk kritikan dan kutukan.
Lihatlah, di tengah-tengah pembantaian yang sedang menggila ini, AS mengeluarkan bantuan bernilai 3.5 bilion dolar AS atau sekitar RM 157 billion untuk mengukuhkan senjata dan peralatan ketenteraan Zion!s. Jabatan Luar Negara AS berkata bahawa Kongres telah meluluskan peruntukan bantuan kepada Zion!s selama genosid sedang berlaku ke atas rakyat Palestin.
Dunia sebenarnya sudah tahu pelaku sebenar genosid ini dan pembekal senjata tentera Zion!s. Walau bagaimanapun, tidak ada negara yang berani mengatakan bahawa pelaku genosid yang paling besar sebenarnya adalah mereka. Inilah ‘double standard’ Barat. Mengenai masalah umat Islam, mereka banyak melanggar jargon yang mereka sendiri cipta, antaranya:
Pertama, Barat mendakwa bahawa mereka sangat menjunjung tinggi hak asasi manusia, tetapi itu tidak berlaku bagi kaum muslim. Contohnya, umat Islam Palestin dan Rohingya masih dipenjarakan dan ditindas. Hak mereka untuk hidup sebagai manusia telah dihapuskan melalui penganiayaan, pengusiran dan penjajahan yang tidak berkesudahan. Hak asasi manusia seperti apa yang menyembunyikan genosid di depan mata? Di manakah hak asasi manusia apabila hak rakyat Palestin dan Rohingya terhadap makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan dan keselamatan telah dirampas akibat serangan tentera yang menyasarkan mereka?
Jika kita teliti, sumbangan AS dan sekutunya dalam menyokong serangan ketenteraan Zion!s sudah cukup membuktikan bahawa mereka adalah pencabul hak asasi manusia yang serius. Begitu juga dengan kerajaan Myanmar yang menghalau dan menganiaya orang Islam Rohingya. Tidak ada satu negara pun di dunia yang menggelar Myanmar sebagai kerajaan Buddha yang radikal. Amat berbeza jika pelaku penganiayaan atau pembunuhan berlatarbelakangkan Islam, Barat segera menggelarnya sebagai pengganas, radikal dan ekstremis.
Kedua, Barat menjunjung tinggi nilai-nilai kebebasan, tetapi membungkam kritikan terhadap Zion!s dan pembelaan terhadap Palestin. Beberapa ketika dahulu, kandungan yang mengandungi pmbelaan terhadap Palestin dan kritikan terhadap Zion!s telah disekat di beberapa aplikasi media sosial. Institusi politik, media dan institusi pendidikan di Barat secara berstruktur mengecualikan dan membungkam rakyat Palestin dan penyokong mereka.
Salah satu naratif anti-Palestin yang telah merasuk Barat selama ini adalah menganggap tindakan menyokong Palestin sebagai satu bentuk keganasan yang didorong oleh kebencian anti-Semitisme (anti-Yahudi). Atas nama anti-perkauman, penyokong Palestin sering menghadapi kritikan, jenayah dan ugutan.
Sentimen negatif terhadap Muslim Rohingya juga turut timbul. Naratif yang muncul adalah Rohingya tidak jauh berbeza dengan Zion!s yang menjadi pelarian, tetapi akhirnya merampas wilayah dan mengusir penduduk asal. Naratif jahat ini menjadi perbincangan hangat di media sosial, walaupun pengusiran Rohingya sebenarnya adalah kerja kerajaan Myanmar yang tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara.
Ketiga, ketidakkonsistenan reaksi Barat terhadap pembunuhan orang awam. Kemunafikan Barat dapat dilihat ketika mereka menanggapi pembunuhan orang awam Palestin. Tiada pemindahan atau bantuan ketenteraan untuk Palestin. Bantuan kemanusiaan ditahan dan digunakan sebagai alat tawar-menawar politik. Sementara itu, terhadap Zion!s dan ‘mangsanya’, institusi politik, ketenteraan, ekonomi, budaya dan sosial di AS dan sekutunya telah digerakkan sepenuhnya untuk memberikan sokongan. Kenyataan takziah membanjiri laman web dan media negara yang menyokong Zion!s.
Lalu, bagaimana dengan Rohingya? Tidak ada hukuman tegas untuk Myanmar. Barat hanya memberikan mandat kepada UNHCR (pesuruhjaya PBB yang bertanggungjawab ke atas pelarian) sebatas berkepentingan membantu menyediakan tempat tinggal sementara di negeri yang disinggahi oleh para pelarian.
Hakikatnya, Barat tidak mempunyai kepentingan untuk mempertahankan hak orang Islam yang dirampas oleh penjajah. Mereka hanya mengambil berat dan mahu menjamin kepentingan mereka sendiri. Dari segi politik, Barat tidak memberi perhatian besar kepada Rohingya. Mereka hanya menyerahkannya kepada UNHCR supaya negara tuan rumah dapat membantu mengatasi masalah Rohingya.
Bagi Palestin pula, Barat sengaja mengekalkan kewujudan Zion!s untuk menjaga kepentingan AS di rantau Timur Tengah. Penubuhan negara Zion!s yang telah disahkan oleh PBB pada tahun 1948 adalah bukti bahawa Zion!s sememangnya ditubuhkan untuk menjamin kepentingan Barat di rantau ini.
Teraniaya Tanpa Junnah
Di bawah naungan Khilafah, lebih dari 400 tahun tiga agama (Islam, Nasrani, dan Yahudi) hidup damai di Palestin. Sebelum virus Zion!s menyerang, Palestin benar-benar sebuah negara yang diberkati. Bencana itu datang apabila idea untuk menubuhkan negara untuk Yahudi muncul dalam fikiran Theodor Herzl, pengasas gerakan Zionisme dan pencetus penubuhan Isr@el.
Ketiadaan Khilafah membuat umat Islam terpecah belah menjadi lebih dari 50 negara. Kepentingan nasional negara masing-masing telah menghalang para pemimpin negara umat Islam untuk menolong muslim Palestin dan Rohingya. Negara-negara umat Islam hanya mendoakan dan menghantar bantuan sosial dan kemanusiaan, sedangkan di setiap negara Islam berkumpul pasukan tentera yang sangat besar. Namun, apakan daya, halangan nasionalisme telah menjadi penghalang terbesar untuk merealisasikan kesatuan ummat Islam di bawah titah khalifah.
Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya al-imam (khalifah) itu (laksana) perisai yang (orang-orang) akan berperang di belakangnya (mendukung) dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)-nya. Jika seorang imam (khalifah) memerintahkan supaya takwa kepada Allah ’azza wajalla dan berlaku adil, ia (khalifah) mendapatkan pahala kerananya, dan jika ia memerintahkan selain itu, ia akan mendapatkan seksa.” (HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Abu Dawud, Ahmad).
Wajar ketika Imam Al-Mula al-Qari di dalam Mirqât al-Mafâtih menjelaskan makna “imam” di dalam hadis ini dengan mengatakan imam yang dimaksudkan adalah al-khalifah atau amirnya. Makna ungkapan kalimat “al-imamu junnah” adalah perumpamaan sebagai bentuk pujian terhadap imam yang memiliki tugas mulia untuk melindungi orang-orang yang berada di bawah kekuasaannya sebagaimana dijelaskan oleh Imam an-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim.
Imam atau khalifah tidak sama dengan gelaran presiden, perdana menteri, raja atau seumpamanya. Imam atau khalifah adalah istilah syarie yang bertentangan dengan istilah pemimpin dalam sistem demokrasi, parlimen atau beraja. Imam atau khalifah menerapkan sistem Islam secara kaffah (menyeluruh).
Kehadiran imam atau khalifah bagi kaum muslim sangat penting dan genting. Penting kerana ia akan menjadi perisai yang melindungi kaum muslim dari berbagai gangguan. Genting kerana khalifah dengan institusi Khilafah akan membebaskan negara-negara umat Islam yang terjajah kembali ke pangkuan Islam. Dengan khalifah dan negara Khilafah, kaum muslim akan mendapatkan kembali gelaran sebagai umat terbaik yang membawa rahmat bagi seluruh alam.
Membangun Kesedaran Umat
Untuk mengembalikan Khilafah sebagai junnah bagi kaum muslim, perlu ada kelompok atau jemaah yang memperjuangkannya. Mari becermin pada dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dalam perjuangan Baginda mendirikan Daulah Islam pertama di Madinah.
Pertama, Rasulullah SAW. melakukan pembinaan intensif kepada para sahabat dan orang-orang yang masuk Islam di rumah Arqam bin Abi Arqam. Baginda membina mereka dengan akidah yang kukuh pada masa awal penyebaran islam. Tahap tatsqif (pembinaan) secara intensif perlu terus dilakukan agar dapat menghasilkan individu yang berkeperibadian Islam yang mantap selayaknya para sahabat yang dibina langsung oleh Rasulullah ﷺ. Inilah langkah yang perlu dilakukan oleh kelompok dakwah atau organisasi Islam dalam membentuk ketakwaan individu dengan keimanan yang mengkristal.
Kedua, Nabi berinteraksi dengan masyarakat dan menerangkan Islam secara jelas kepada penduduk Mekah. Selepas Allah SWT. memerintahkan Rasulullah menyampaikan ajarannya secara terang-terangan, Baginda mula menyiarkan kegiatan dakwahnya secara terbuka di hadapan para pemimpin, pembesar Quraisy dan penduduk Mekah. Terdapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Sahabat dan umat Islam sering mengalami penganiayaan, penghinaan, boikot dan juga pembunuhan kerana keislaman mereka.
Pada peringkat interaksi dengan masyarakat, kumpulan atau jemaah dakwah mestilah konsisten menyampaikan segala ajaran Islam kepada masyarakat. Dakwah amar makruf nahi mungkar hendaklah dijalankan agar manusia mempunyai kesedaran Islam yang menyeluruh. Pada peringkat ini, pendakwah akan menghadapi pelbagai cabaran dan ujian, seperti diskriminasi, ugutan, penganiayaan, kecaman dan tuduhan negatif. Mereka bukan sahaja berdepan dengan orang yang berbeza fahaman, tetapi juga berdepan dengan pemerintah yang zalim serta polisi-polisi mereka yang menindas.
Ketiga, Rasulullah ﷺ mendirikan Negara Islam di Madinah setelah penduduk Madinah bersedia menerima dan menyerahkan kekuasaan mereka kepadanya. Ini menggambarkan bahawa penubuhan sistem Islam akan menjadi lebih mudah apabila manusia mempunyai kesedaran Islam yang menyeluruh supaya mereka faham bahawa sistem yang ada sekarang sudah rosak dan mesti ditukar kepada sistem Islam sebagai penyelesaian muktamad.
Kehadiran kumpulan dakwah yang berideologi Islam adalah wajib di kalangan umat. Mereka sentiasa konsisten berdakwah untuk menyedarkan rakyat dan menjelaskan kerosakan ideologi kapitalisme demokrasi. Dengan kesedaran ini, umat Islam sendiri kemudiannya akan menginginkan tegaknya Khilafah dalam kehidupan mereka. Hanya negara Khilafah yang mampu menandingi kekuatan musuh Islam demi menjaga maruah dan kemuliaan Islam dan umat Islam. Dengan adanya Khilafah, tidak akan ada lagi umat yang akan ditindas, diancam kelaparan, mundur dan dijajah.