PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 2
PERTUDUHAN ANTI-SEMITISME
5. APA PERANAN ORANG YAHUDI DALAM PENJAJAHAN PALESTIN?
Orang Yahudi pernah wujud dan menduduki pinggir Eropah suatu ketika dahulu. Sememangnya, sejarah layanan terhadap mereka yang dianggap sebagai warga kelas kedualah yang mencetuskan idea tanah air Yahudi yang bebas dari penganiayaan Eropah sangat diinginkan, walaupun ia merupakan heterodoksi dalam kepercayaan Yahudi. Palestin, sebagai lokasi yang berpotensi untuk menjalankan idea tanah air baru ini, hanya memasuki bingkai perbualan beberapa dekad kemudian.
Idea tanah air Yahudi di Palestin ini pertama kali dicadangkan oleh Kristian evangelis yang percaya bahawa ia akan membantu saat kembalinya Jesus (AS.). Tetapi, ini hanya menjadi cadangan teologi dan Zion!sme hanya mula mengambil serius akan hal ini apabila potensi manfaatnya menjadi jelas kepada pemikir imperialis British.
Percubaan pertama British untuk mengambil alih Palestin bagi merealisasikan tujuan ini berlaku satu abad sebelum entiti haram Zion!s itu diisytiharkan. Deklarasi Balfour telah dibuat bertujuan untuk memformalkan keinginan Britain untuk mengeksploitasi kelemahan orang Yahudi. Ini berlaku di saat Britain berada di puncak kekuasaannya manakala orang Yahudi berada pada tahap paling rendah.