[Ath-Thariq] Sistem Ekonomi dalam Islam (Bahagian 2/3)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
- Kepemilikan Umum (Public Ownership).
Inilah hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan pergaulan jemaah (umum) dalam menggunakan (memanfaatkan) sesuatu, dan terlihat pada:
a) Segala yang menjadi kemudahan awam (mata pencarian ramai orang), seperti padang kampung. Rasulullah SAW. bersabda, “Mina adalah tempat tinggal orang-orang yang lebih dahulu,” sehingga orang-orang bersatu di Mina dan ia menjadi tempat umum.
b) Bahan perlombongan tidak terhad seperti telaga minyak. Rasulullah SAW. bersabda, “Tiga perkara yang tidak pernah dilarang (untuk dimiliki oleh sesiapa pun) iaitu air, api dan ladang.” dan “Umat Islam bersatu dalam tiga perkara: air, padang dan api.” dan apa yang diriwayatkan daripada Abyadh bin Jamal bahawa dia telah bertanya kepada Rasulullah SAW. untuk menguruskan lombong garam, maka Rasulullah SAW. memberikannya, lalu seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, tahukah engkau apa yang engkau berikan kepadanya? “Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada kami kekayaan yang terus mengalir,” maka Baginda mengambilnya kembali. Kekayaan yang terus mengalir [bermaksud] yang tidak pernah putus (tidak terhad).
c) Barangan yang sememangnya mustahil dimiliki oleh individu tertentu seperti sungai. Dalilnya adalah Allah SWT. telah menetapkan hukum benda-benda tersebut sebagai hukum syirkah antara manusia dalam pemilikannya (manusia semuanya bersatu dalam memilikinya) semata-mata dengan alasan bahawa semua manusia memerlukannya. Oleh kerana itu, segala yang bersama-sama dengannya dalam illatnya adalah termasuk dalam hukum ini. Dengan demikian, sungai, laut dan tasik adalah hak milik awam. Selain itu, kilang menjadi milik awam sekiranya mereka giat memproses barangan am (bahan) seperti minyak dan besi dan menjadi hak milik istimewa jika barangan yang diproses itu termasuk barangan milik persendirian seperti tekstil, pakaian dan sebagainya.
- Kepemilikan Negara (State Ownership).
Merupakan hukum syarak yang menentukan pemilikan yang pengurusannya bergantung kepada pandangan khalifah, seperti harta cukai, kharaj dan jizyah. Berdasarkan hal ini, harta fai, cukai, kharaj, jizyah dan sebagainya adalah harta negara kerana Rasulullah SAW. menguruskan semua itu berdasarkan pendapatnya, Allah SWT. berkata,
مَآ اَفَاۤءَ اللّٰهُ عَلٰى رَسُوْلِهٖ مِنْ اَهْلِ الْقُرٰى فَلِلّٰهِ وَلِلرَّسُوْلِ وَلِذِى الْقُرْبٰى وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِيْنِ وَابْنِ السَّبِيْلِۙ كَيْ لَا يَكُوْنَ دُوْلَةً ۢ بَيْنَ الْاَغْنِيَاۤءِ مِنْكُمْۗ
“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu..” [TMQ Al-Hasyr (59): 7]
[Selanjutnya kembali pada pembahasan asas sistem ekonomi Islam, Pent.]
Asas keempat, menimbun harta itu haram hukumnya.
Allah SWT. berfirman,
وَالَّذِيْنَ يَكْنِزُوْنَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُوْنَهَا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۙفَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ اَلِيْمٍۙ
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” [TMQ At-Taubah (9): 34]
Ayat ini berbicara tentang menimbun harta, sama ada zakat diberikan atau tidak. Kita tidak boleh beranggapan bahawa kita dibenarkan menimbun sesuatu yang dizakatkan, tidak ada sebab lain selain ketiadaan dalil atas hal itu.
Asas kelima, peredaran harta itu wajib hukumnya. Allah SWT. berfirman,
كَيْ لَا يَكُوْنَ دُوْلَةً ۢ بَيْنَ الْاَغْنِيَاۤءِ مِنْكُم
“..supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu..” [TMQ Al-Hasyr (59): 7]
[Bersambung ke bahagian 3/3]
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)